Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Pejam celik , pejam celik, sudah masuk trimester kedua kehamilan. Syukur atas nikmat tuhan, kandungan dan ibu sihat dan selamat. Sakit dan bisa memang peneman. Ingatan dititip di minda tentang kafarah dosa. Nak banding dengan nikmat yang ada, malu pula mahu lebih-lebih merungut. Teringat sirah nabi, apabila anaknya mengadu lelah, disyorkan untuk berzikir mudah. Subhanallah, walhamdulillah wala ila ha ill-Allah, Allahuakbar.
Kandungan makin memberat dan sudah mula terasa kesan sakit girdel pelvis atau Pelvic Girdle Pain. Sakit ini memang saya ada alami dari kandungan pertama dan berterusan sehingga kandungan kedua. Namun semasa hamil kali kedua sakitnya kurang sedikit. Dan kini ia berulang lagi.
Apa itu SGP?
SGP merupakan sakit yang dirasai di bahagian pinggul, pinggang, belakang dan merayap sehingga ke kaki. Sakitnya menyucuk-nyucuk sehingga menyukarkan pergerakan perubahan posisi. Jika sudah alami sekali, kemungkinan besar akan berulang lagi.
Sebenarnya dalam tempoh 4 tahun jarak kehamilan kedua dan yang terkini, SGP saya sudah beransur hilang dan tidak dirasai selepas saya aktif melakukan aerobic dan regangan badan. Semuanya secara tidak sengaja. Jadi saya kongsikan di sini. Sebelum itu pelbagai cara saya lakukan termasuklah amalan kalsium namun tidak nampak kesannya. Selepas lakukan senaman, barulah nampak kesan. Anda yang mengalami SGP dan sudah bersalin, jika kesan sakit masih terasa, bolehlah mula beraerobic ya. Saya juga sudah berazam untuk beraerobic selepas bersalin nanti.
Oh, sebut tentang azam, belum terlambat lagi rasanya. Salam Maal Hijrah!.
Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Hubungi penulis :
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432
❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Ingin belajar buat blog?
|
No comments:
Post a Comment