Thursday, October 30, 2014

Tips menggunakan FB

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Facebook ada macam-macam!.
Saya boleh kata sekarang tak perlu tonton berita pun sudah banyak berita terkini dari FB.
Dari sukan, bencana, produk terkini, fesyen, tiket kapal terbang, destinasi percutian. Apa saja. Nak tahu laporan bola sepak pun ada.  Siap ulasan.  

Cuba bayangkan jika anda ada 3-5 ribu kawan di FB, update perkara yang sama. Perlawanan bola Kedah VS Pahang.  Dari tak tahu dan tak nak ambil tahu, siap boleh tahu setengah jam perlawanan sudah 3-0!. Lucu.

Macam-macam ada. Dari perkara positif sampailah ke perkara negatif, rungutan, kejian pun ada.  
Macam mana anda nak hilangkan perkara-perkara negatif di baca di wall anda?

Unfriend?
Scroll cepat-cepat?
Jangan baca newsfeed langsung?.

Yang akhir sekali bagus juga. Sebab ia menjamin kerja anda banyak yang beres.  Tapi kita kadang-kadang nak juga tahu aktiviti semasa kawan-kawan. Ye tak?

Tahukah anda?.  (baca jika anda betul-betul baru dengan FB)
FB sekarang pun dah pakai algorithm.  Apa yang keluar di newsfeed kita adalah apa yang kita like, kita post, dan yang kita terlibat dalam aktiviti berkenaan.  Jika kita banyak like aktiviti menjual shawl, maka yang keluar di newsfeed,  gambar shawl juga.  

Jadi, gunakan ruang ini.  Like perkara yang positif saja. Tulis dan post perkara positif dan disukai kawan-kawan positif. Maka yang keluar di newsfeed semua yang positif.  Bila terkeluar perkara-perkara negatif, itu jarang-jarang nak ada.  Bukan tiada langsung ya.

Nak cuba? cuba lah. Ini berdasarkan pemerhatian saya saja.  Kalau salah jangan pula marah. He, he, he.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts