Wednesday, October 29, 2014

Pengalaman setelah 2 tahun menjadi Work at Home MOM.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Nampaknya bulan hadapan genap saya 3 tahun berhenti dari jawatan profesional di pejabat dan menjawat jawatan sepenuh masa di rumah.  Dalam masa 3 tahun, jika baru mula menjawat jawatan di pejabat, masih di kira junior.  Banyak lagi yang perlu dipelajari.  Jadi, sama juga keadaan di sini. Saya masih lagi cuba mencari penyesuaian terbaik.  Tak disangkal bila ada perubahan jadual, terkial-kial juga menyesuaikan diri.

Saya bermula memberanikan diri untuk mencari pendapatan dari rumah setelah satu tahun berhenti kerja.  Masa itu, anak saya yang kedua sudah berumur dua tahun dan kakaknya sudah mula bersekolah.  Saya mula mencari-cari peluang.  Pulang dari menjemput kakak di sekolah, saya sering singgah membeli kuih di sebuah gerai sehingga datang idea untuk menghantar kerepek untuk dijual di kedai kakak itu.  Cadangan saya diterima baik oleh kakak tersebut.  Syukur kerana diberi peluang. 

Saya mula membeli dan membungkus kerepek untuk dihantar ke gerai.  Namun, perniagaan itu tidak bertahan lama.  Nampaknya kurang laku sebab harganya mahal.  Kerepek mahal sebab saya membeli dari pengeluar pada kuantiti yang sedikit, ditambah pula dengan kos pengangkutan ke sana. Sudahnya saya berhenti menjual kerepek.  Tamatlah perniagaan pertama saya.

Tapi, nak kata putus asa tu tidak.  Saya terus cari jalan.  Dalam pada mencari-cari vitamin untuk kulit, saya terjebak pula dengan bisnes shaklee.  Nampak memberangsangkan.  Saya suka dengan produk Shaklee dan cara bisnes ini berjalan.  Banyak yang saya belajar dari sini termasuklah untuk mula berniaga secara online.  Mempercayai perbankan internet dan perkhidmatan pos.  Malu nak bercerita, dulunya saya tak percaya perbankan online dan orang pos.  Lucu pula.

Saya mula belajar menggunakan FB.  Akaun sudah lama ada, tapi tak pandai guna.  Saya buka semula beberapa emel berkaitan kerja dari rumah dan bertemu dengan kelas ebook dan blog anjuran kak Masayu Ahmad.  Ha, di sinilah keseronokan bekerja dari rumah bermula.

Menyertai kumpulan suri rumah yang bekerja dari rumah.  Berkenalan dengan Kak Aishah, Kak Ashikin, Anys, Zaila, Mie. Ramai lagilah.  Seronok.  Bekerja sealiran.  Banyak yang dikongsikan. Pengalaman jatuh bangun bekerja dari rumah.  Terima kasih atas kesempatan yang diberikan oleh kumpulan yang diterajui oleh Puan Masayu Ahmad.  Syukur atas nikmat yang Allah berikan.  Dari malu nak keluar kepompong, sekarang orang tahu saya menjalankan perniagaan dari rumah.

Macam mana saya jana pendapatan dari rumah?

Saya masih belum sampai tahap berjaya yang saya inginkan.  Saya masih belum mencapai empat angka sebulan jana pendapatan dari rumah.  Tapi sudah stabil 3 angka setiap bulan.  Dulunya nak cari RM10 pun saya tak pernah jangka saya akan dapat. Sekarang alhamdulillah.

Berkat ajaran yang diterima, saya bermula dari yang kecil.  Mula jana RM10, jana lagi 50 dan seterusnya.  Hasil jualan produk AKADEMI BEKERJA DARI RUMAH. Menjual

  • e-book
  • kelas blog secara online
  • kelas akaun
  • pakej mula bisnes dari rumah


Kebanyakannya produk digital.  Mudah.  Tak perlu keluar rumah membuat pengeposan.

Seterusnya saya berjinak-jina semula dengan bisnes produk fizikal.  Saya mahu merasai pengalaman ini.  Awalnya saya tidak pula menjadikan ia satu perniagaan.  Niat saya cuma ingin berkongsi produk yang saya gunakan.  Saya mencari produk gantian Milo.  Dah pelbagai jenama saya cuba dan akhirnya berjumpa yang berkenan.  Produk bumiputera Islam.  TAMAR KOKO.

Saya mula kongsi di FB berkenaan produk ini.  Tidak disangka mendapat sambutan.  Sememangnya jika dilihat, produk ini tidak menjanjikan pulangan lumayan. Tak banyak untung orang kata.  Tapi saya buat juga dengan niat ingin bantu produk Bumiputera Islam dan sebarkan yang sebenarnya produk kita juga sedap dan bermutu.

Dalam masa yang sama, saya sememangnya sudah lama ingin menjual barangan kanak-kanak.  Hasrat ini memang dari zaman saya mula tamat belajar lagi.  Bila bekerja memang saya ada menjual baju kanak-kanak.  Ambil dari pengedar dan jual di sekitar kediaman.  Sekarang dengan kemudahan internet, saya menjalankan dropship produk kanak-kanak.  Permainan, dan juga keperluan pendidikan. menggunakan platform kedai online PITSTOPMAMADANJUNIOR, saya boleh ditemui di blog www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com serta page FB pitstopmamadanjunior (https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior). Masih baru dan bertatih dalam perniagaan produk fizikal.  Saya masih mencari tuning yang tepat.

Apa motivasi saya terus menjana pendapatan dari rumah?
   
Setelah 2 tahun berkecimpung dalam bidang ini, saya boleh katakan jemaah adalah sumber terbaik motivasi.  Kita kena berada dalam kelompok yang positif dan boleh bertukar fikiran.  Saling membantu mengetuk kepala bila alpa.  Menguatkan jati diri dan menjawab persoalan dalam kepala, kenapa saya berhenti kerja dengan gaji tetap ribu-ribu sebulan dan berada di rumah mencari pendapatan tidak tetap.  Perkara inilah yang membantu saya menangkis segala anasir kiri dan kanan yang menjelir lidah bak biawak kata Dr Azizan Osman.  Jiwa kena kental jika berada dalam arus yang menyongsang dari biasa.  Pandangan orang ramai, dengan Ijazah Sarjana Sains Kimia, saya mesti duduk di pejabat.  Tapi kenapa?.  Saya pun tak faham kenapa kena ada perkataan MESTI.  Saya ada pilihan dan boleh berada di rumah.

Anda yang membaca juga ada pilihan.  Dudukkan diri anda dalam kelompok yang betul dan positif.  Kentalkan jiwa.  Jangan pula terus nak melompat ke bulan.  Setiap perkara ada langkah pertama.  Rezeki dari Allah. Percaya, yakin dan usaha.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts