Sunday, August 7, 2016

Tips ambil gambar studio dengan anak kecil

Assalamualaikum.

Seumur perkahwinan saya yang telah menjangkau 10 tahun (alhamdulillah), baru 2 kali kami ambil gambar di studio.

Kali pertama masa anak pertama baru berumur lebih kurang 4-5 bulan.  Seingat saya waktu bulan Syawal.  Kali kedua, tahun ini.  Sudah beranak tiga.

Kedua-dua kali memang ada adegan yang tak boleh dilupakan. Aduhai.  Dari pengalaman yang sedikit, saya kongsikan dengan anda.  Kami tidak menggunakan perkhidmatan jurugambar yang memang khas untuk ambil gambar anak-anak macam yang selalu saya jumpa di facebook.

Sebenarnya pernah juga bertanya caj untuk ambil gambar baby baru lahir. Dengar cajnya telan liur sajalah.  Bagi yang mampu alhamdulillah...  Tak salah pun kan.

Jadi, pilihan kami, terjah saja mana-mana kedai gambar. Ambil saja gambar di kedai menggunakan background sedia ada. Jangan risau, selalunya ada banyak pilihan.  Bukan macam dulu kala, asyiklah gambar tangga dan rak buku kan?. Lucu.  Kalau zaman dulu kala lagi, gambar latarbelakang tingkap ada pokok kelapa.



Sekarang boleh pilih, jika nak gambar putih saja pun boleh. Mudah nak masuk dalam media dan edit kan?. Pilihan masing-masing.

Asik bebel saja Acik Wani oi. Mana tipsnya?

Ok, jom baca.

1. Jika ada bayi, pastikan bayi anda sudah bersih dari kekotoran. Sama ada di baju, rambut dan paling penting pampersnya baru tukar.  Maksudnya belum buang air besar paling penting.  Sebab proses ambil gambar ni lama.  Kalau nak campur tukar pampers bagai, aduhai. Bikin masalah dengan mood.

Kesnya, masa ambil gambar anak pertama dulu, kami tak sedar pun anak sudah buang air besar.  Sudahlah pakai lampin kain moden tu.  Kesian anakku merah kena ruam.  Sob, sob, sob.

2. Kalau anak sudah boleh faham, kita boleh ceritakan serba sedikit apa sebenarnya yang kita nak buat di kedai gambar.  Ingat, kanak-kanak paling tak suka rutin berubah. Jadi, bila kita cerita sikit banyak, mereka ada idea apa akan berlaku. Tak ada lah episod tanjat boboi.

3. Sebolehnya pastikan mood anak-anak baik. Penting supaya tak ada air mata masuk dalam gambar kan.  Haru lagi siap ada episod meraung nganga mulut besar-besar.

4.  Cuba dapatkan jurugambar yang mesra kanak-kanak.  Kalau rajin sila tanya jiran tetangga, atuk,  nenek sebelah rumah ya.  Google kan hado.

Waktu kami bergambar tu, siap ada seorang jadi pom pom girl, seorang lagi jurugambar.  Dari gula-gula, mainan, macam-macam keluar.  Wah!. Susah rupanya.

5. Ok yang ini paling penting.  Pastikan kedai atau jurugambar tu, boleh superb dalam bab edit gambar.  Setiap snap gambar sangat berharga.  Jika jurugambar hebat dan rajin mengedit, anda pasti terkejut tengok kepala masing-masing berubah, mulut herot jadi manis.  Memang ohsem lah orang kata.

6.  Akhir sekali bab bayaran.  Ini bergantung pada poket.  Survey juga kiri kanan kedai gambar yang anda jumpa.  Baru puas hati.


Itu sajalah yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman yang sikit ini.  Kalau rasa bermakna, alhamdulillah.  Sedekahkan fatihah untuk saya. :)



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts