Sunday, June 2, 2013

Kandungan Nutrisi

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Gambar: Pencarian Google

MAKRONUTRIEN DAN MIKRONUTRIEN 




Anda beli bahan mentah masakan di pasar atau beli sahaja makanan siap di kedai? Kedua-duanya memerlukan kebijaksanan memilih dan analisa untuk memastikan diri sendiri dan ahli keluarga tersayang anda sihat dan selamat. Dalam kita memilih makanan yang mahu kita letakkan di pinggan, apakah yang anda dalam fikiran anda? Sedapnya ayam masak merah. Masak lemak udang nampak mengiurkan. Ingat!. Pandanglah makanan anda, selak-selak lauk yang ada apakah kandungan lauk yang anda pilih. Fikir dan analisa dulu apakah nutrien makanan itu. 



Bagaimana mahu mengetahui nutrien makanan yang ada? 

Sebelum itu, penting untuk kita tahu maksud nutrien yang disebut-sebut ini. Nutrien merupakan bahan yang terkandung di dalam nutrisi iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral dan bahan bioaktif fitokimia seperti flavanoids dan carotenoids. Nutrien ini dibahagikan kepada makronutrien dan juga mikronutrien. 
Makronutrien merupakan karbohidrat, protein dan lemak, manakala mikronutrien pula adalah vitamin, mineral dan bahan bioaktif fitokimia. 

Mudah bukan bila kita dah mengetahui kandungan nutrisi. Walau bagaimanapun, saya masih lagi akan jelaskan lanjut lagi setiap kelas makanan itu dalam bab akan datang. Ya, saya tahu anda memang tip top dan arif tentang  karbohidrat, protein, lemak dan bla bla bla.. Jadi, jom kita segarkan kembali ingatan anda waktu belajar di sekolah dulu. Baca lagi bab akan datang ye.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts