Sunday, June 2, 2013

Catatan 4: Ingin tahu Google

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

"Nak cari apa?"
"Google saja lah"

Mudah kan zaman informasi. Semuanya dihujung jari. Bila tiba kedatangan smartphone. Lagi laju manusia berurusan. Mudahnya sampai saya pun dapat mengikuti kelas mebuat e-book hanya sekadar menggunakan medium internet. :)

Saya sukakannya!.

Berbalik kepada tajuk, ingin tahu google.
Saya ingin tahu apakah yang akan keluar jika saya taip nama saya. 
Waahhh!!. Banyak juga keputusannya. Saya tak menjangkakannya. Sampaikan maklumat semasa bersekolah dahulu pun ada. Dari google search ini saya baru tahu, nama saya bersama ayah saya ini unik. Tiada yang sepadan dengan nama itu. Bagus juga.


Anda pernah cuba google search nama anda? Cuba lah. Mungkin ada yang menarik. 

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts