Monday, July 1, 2013

Catatan 12: Perlukah Minum Air?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian google


Minum air!.
Perkara mudah yang susah dilaksanakan. Air diketahui umum sebagai sumber terpenting untuk badan kita. Badan kita mengandungi 80% air. Secara statistiknya, otak manusia mengandungi 85% air, 80% daripada darah kita adalah air dan 70% daripada otot adalah air. Banyakkan?. Air juga merupakan ubat yang mujarab untuk sakit kepala, tidak lawas dan sakit sendi. Manusia boleh hidup sehingga seminggu tanpa makanan, tapi hanya dapat bertahan selama 3 hari sahaja tanpa air!.

Rasanya sudah jelas mengapa kita perlukan air yang banyak sepanjang hari. Banyak gunanya. Air sangat penting untuk proses kemandirian badan, penyerapan nutrisi dan juga sistem perkumuhan. Jadi, MINUMLAH BANYAK AIR. Tambahan pula jika kita minum air berkarbonat dan berkaffein, kerana ia merupakan pencuri air!.

Walau bagaimanapun, ada juga situasi kelebihan air, tetapi jarang-jarang berlaku. Ia dinamakan hyponatremia. Air berlebihan menyebabkan sel membengkak dan menjadikan individu itu pitam, mual, kecelaruan fikiran dan akhirnya kematian.

Dari mula kita membincangkan berkenaan minum banyak air. Tapi berapa banyakkah yang dikatakan banyak?. Umum mengatakan minumlah 8 gelas sehari. 8 gelas tu, gelas besar mana ya?. Sebenarnya bukanlah gelas kecil yang selalu digunakan masa hari raya atau sukan sekolah. Tapi gelas besar. Satu gelas = 8oz lebih kurang 250 ml. Itu pendapat umum. Sebenarnya, setiap individu berbeza. Ia berkait juga dengan keadaan fizikal, aktiviti fizikal, cuaca, mengandung atau tidak, sakit atau tidak, jenis makanan yang dimakan dan banyak lagi faktor lain. Bagaimana mahu tentukan kita sudah mimum air yang mencukupi?. Mudah!. Lihat urin diri sendiri. Jika berwarna, maksudnya kurang air. Jika pucat dan jernih. Tahniah!. Anda sudah cukup air.

Sebenarnya ada cara yang spesifik untuk mengira keperluan air. Anda boleh rujuk di sini . Ini adalah keputusan saya:-

"74.5 ounces or 2.2 liters

If you eat a healthy diet, about 20 percent of your water may come from the foods you eat. If you eat a healthy diet you can drink 59.6 ounces of water today, or 1.8 liters.

Water is an obvious source for your daily fluid needs. Other good beverages include milk, herbal teas, low-sodium broth, or 100-percent fruit and vegetable juices. Soft drinks will also count toward your daily total of fluid, just remember that sugar sweetened soft drinks add extra calories to you daily diet that you don't need, while drinking water may help you lose weight."


Jadi, jangan lupa. Minum banyak air mengikut keperluan badan anda, setiap hari tanpa gagal untuk kesihatan dan kecergasan anda.

Salam kesihatan dari saya!.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts