Monday, July 1, 2013

Pengenalan Nutrisi untuk Kumpulan Sasaran

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Carian Google

Ahli keluarga yang pelbagai usia memerlukan nutirisi yang sesuai.

Setiap individu mempunyai keperluan nutrisi yang berbeza-beza. Ini bergantung kepada keadaan fizikal, kesihatan, aktiviti fizikal dan ada kalanya berkait juga dengan kumpulan darah. Walau bagaimanapun, secara umumnya, keperluan nutrisi boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan asas iaitu:-


  • bayi dari lahir sehingga umur 6 bulan, 
  • bayi berumur 6 bulan ke atas, 
  • kanak-kanak, 
  • dewasa dan
  • warga emas.


Bab ini akan mengupas keperluan nutirisi setiap kumpulan sasaran ini berserta dengan contoh menu harian yang boleh diaplikasikan. Cara pemakanan yang sesuai juga akan diselitkan sedikit sebanyak untuk panduan anda. Apa yang penting adalah semangat anda terutamanya chef utama keluarga anda, untuk menyediakan juadah yang sesuai dan sihat mengikut keperluan ahli keluarga. Makanan yang bernutrisi penuh, suasana semasa makan yang ceria bukan sahaja menjamin kesihatan malah kecergasan bersama.

Salam kesihatan dari saya!.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts