Wednesday, July 3, 2013

Catatan Harian 13: Susu Ibu VS Susu Formula

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi Nurzahwani Mohd Nor

Mahu teruskan penyusuan susu ibu atau senang bagi sahaja susu formula?.


Satu masa dulu: gigih pam susu sambil menaip minit mesyuarat (Siap lekat doa di meja!)

Susu ibu, tetap terbaik. Ini kerana penghasilan susu ibu sebenarnya sejajar dengan masa, dan mengikut keperluan badan bayi. Zat yang terkandung dalam kolostrum dalam masa 0-24 jam tidak sama dengan susu yang dihasilkan tiga hari selepas kelahiran. Susu yang dihasilkan sebelum enam bulan juga tidak sama dengan susu yang dihasilkan selepas enam bulan kelahiran.

Anda mesti perasan atau ada yang perasan tapi tidak ambil tahu, susu formula juga berganti mengikut umur bukan. 0-6 bulan, 6-12 bulan dan seterusnya. Mengapa?. Kerana mengikut keperluan bayi. Susu formula dihasilkan dengan susah payah mencampur berbagai jenis bahan bersama susu lembu bagi mendapatkan formula yang terbaik untuk menyamai susu ibu tetapi tidak juga berjaya. (Jika sudah berjaya tentu tidak perlu penambahan dan kajian lagi, setuju?). Namanya pun susu formula kan?. Saya pernah menghadiri kursus persediaan laktasi. Kaunselor Suraya (Lunatots) menyatakan susu yang hampir menyamai susu manusia ialah susu gorilla!. Ada berani?. Saya percayakannya.

Banyak kajian yang dijalankan untuk menghasilkan susu ibu ini. Malah, semasa saya bekerja dahulu, banyak artikel yang saya baca, susu formula ini dihasilkan dari campuran minyak sayuran juga!. Minyak sayuran seperti minyak sawit, minyak soya dan seumpamanya. Aneh sungguh anak kecil minum minyak. Minyak yang digunakan ini telah diubah struktur kimianya bagi menyerupai struktur kimia susu ibu. Wah!. Hebatnya sains. Melalui sains, kajian dan penyelidikan, asal minyak yang mempunyai tahap penghadaman yang rendah, diubah agar menjadi mudah dihadamkan. Walau bagaimanapun, minyak tetap minyak, susu tetap susu. Walau pun kumpulannya sama, LEMAK. Biar formula kimianya sama, belum tentu secara biologinya sama, belum tentu fizikalnya sama.

Kajian juga dijalankan tentang DHA yang popular dimasukkan dalam susu formula. Untuk melihat kesahihan betul atau tidak DHA mempertingkatkan kepandaian bayi. Kajian menggunakan tikus putih atau lebih dikenali sebagai ‘Lab rat’. Rakan saya yang menjalankannya. Lucu!. Memelihara tikus sedangkan beliau seorang penggeli. Dalam fikiran saya, mahu dikaji apa lagi?. Bukankah DHA sememangnya ada dalam susu ibu?. Tentulah ada fungsinya. Allah tidak menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia.

Walau bagaimanapun, susu mana yang menjadi pilihan, tepuk dada tanya selera. Itu berdasarkan kemampuan, pilihan dan keperluan masing-masing.Susu ibu memang berbeza dengan susu formula. Susu formula murah memang berbeza dengan susu mahal yang berlabel ‘gold’ atau ‘premium’. Bezanya adalah kajian yang dijalankan. Yang penting, SIHAT. Jangan pula ibu stress bila dah berusaha sedaya upaya tetapi gagal menyusukan bayi. Ibu stress, anak lagi stress. Jangan pula anak-anak menjadi beban pada ibu bapanya. Lalui masa-masa berharga dengan sihat dan ceria.


Salam kesihatan!.

________________________________________________

Sudah selesa bekerja di rumah sahaja. Bila anak merengek, susukan terus. Tidak perlu pam, tidak perlu resah menunggu mesyuarat habis. Seronoknya!. Anda mahukan pengalaman seperti saya?. 
Sertai Akademi Bekerja Dari Rumah.

SMS|Whatsapp 0136200432 sekarang!.

Mahukan bukti?.
Sila baca pakej e-book di bawah
RM 100 untuk 3 e-book?. Memang berbaloi-baloi.
Harga runtuh!!. RM 100 untuk 3 e-book
Apa tunggu lagi?.
SMS|Whatsapp 0136200432
untuk pertanyaan lanjut.

http://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=6714

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts