Wednesday, September 4, 2013

Salam perkenalan dari blog protege Nadra Amat


Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Sukacitanya saya perkenalkan protege sulung saya Puan Nadra Amat, berasal dari negeri di bawah bayu. Ikuti perkongsian minat beliau menerusi blognya http://nadraamat.blogspot.com/.

Salam Perkenalan

Assalamualaikum..
Untuk entri yang pertama ini saya ingin memperkenalkan diri. Nama saya Nadra Binti Amat. Saya dilahirkan pada 15 Ogos 1983 dan berasal dari Sabah. Saya merupakan anak sulung daripada 7 adik-beradik. Saya telah membesar dalam sebuah keluarga yang agak ramai.Alhamdulillah,saya bersyukur mempunyai hubungan yang sangat akrab bersama ibu dan ayah serta adik-beradik.

Selepas tamat sekolah tingkatan 5,saya telah melanjutkan pelajaran ke UiTM Cawangan sarawak dalam bidang Diploma Sains Komputer. Dan saya telah menghabiskan pengajian pada 24 ogos 2004 dalam bidang tersebut. Dengan keazaman ingin terus bekerja selepas belajar,saya telah mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah.Mungkin juga kerana pada masa itu saya ingin membantu kedua orang tua saya untuk meringankan bebanan mereka. Adik-adik saya juga masih ramai yang sedang belajar di sekolah rendah dan menengah.

Saya mula berkerja sebagai kerani di sektor kerajaan pada tahun 2007.Sebelum itu, saya pernah bekerja di beberapa buah kilang sekitar Selangor.Merantau dan bekerja di negeri lain sangat memberi pengalaman yang berharga kepada saya. Pengalaman ini mengajar saya untuk lebih berdikari dan yakin kepada diri sendiri. Saya juga berkesempatan berjalan-jalan ke Genting Highland,Melaka, dan sudah semestinya pada setiap hujung bulan,Masjid Jamek Kuala Lumpur adalah tempat yang sering di kunjungi untuk membeli-belah.

Pada 20 Disember 2009,saya telah berkahwin dengan suami tersayang,Maidi Ely Braga. Tak disangka perkenalan yang bermula di Lapangan Terbang Kota Kinabalu,rupanya telah membawa kami ke jinjang pelamin. Alhamdulillah, kini kami telah dikurniakan 2 orang puteri. Nur Sumayyah,puteri sulung saya yang sangat petah berkata-kata dilahirkan pada 16 Mac 2010 dan Aisyah Humaira,puteri bongsu yang manja lahir pada 9 Disember 2011. Masa akan datang saya mengharapkan agar dikurniakan anak lelaki pula.

Sejak dibangku sekolah lagi,saya memang suka membaca buku.Buku yang sering saya baca seperti buku berkisar sejarah,penyiasatan,buku-buku agama,sejarah islam,majalah-majalah kesihatan dan kecantikan dan banyak lagi. Saya juga pernah menjadi pustakawati sekolah. Setiap hari sabtu,pasti saya ke perpustakaan untuk menghabiskan masa dengan membaca buku. Sekarang ini lagi mudah mencari bahan bacaan,cari saja menggunakan google,pasti banyak buku-buku yang menarik untuk dibaca. Lagi satu,saya suka membeli barang secara online "online shopping", terutamanya tudung dan pakaian. Mungkin disebabkan kekangan masa,jadi membeli secara online adalah cara yang paling cepat dan mudah untuk membeli barang yang diingini. Tapi kena sentiasa berhati-hati,kadang-kadang ada penjual yang menipu. Saya juga sudah mula meminati bidang perniagaan,dan saya pernah menjadi dropship barangan bayi secara online.

Pada awalnya,saya bermula dengan menyertai MLM Shaklee. Sejak melahirkan anak kedua,kesihatan saya agak kurang baik dan saya pun mulalah mencari-cari di internet ubat yang boleh mengatasi masalah kesihatan saya. Saya telah terjumpa blog (Puan Hanis) yang menjual supplemen Shaklee. Bila dah jadi pengguna produk shaklee dan merasai sendiri keberkesanannya,mulalah timbul keinginan untuk menceburi bidang perniagaan secara online.Keinginan untuk berkongsi pengalaman dengan para ibu di luar sana yang mungkin menghadapi masalah yang sama membuka hati saya untuk mencuba bidang ini. Sejujurnya,saya memang tiada asas dalam perniagaan.Tetapi dengan keazaman untuk belajar berniaga insyaAllah saya boleh lakukannya.

Cukup setakat ini dulu coretan saya pada kali ini. Kita akan bertemu di entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts