Thursday, September 5, 2013

Selamat Hari Lahir Anak Bujangku Seorang

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Nurzahwani Mohd Nor

"Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Amir Safwan,
Allah selamatkan kamu..."

Alhamdulillah, anak bujang nan seorang telah pun berumur tiga tahun. Anak comel yang menceriakan hidup mama. Mama sentiasa mendoakan agar Amir Safwan menjadi insan bertakwa, mendirikan solat dan berjaya dunia akhirat. Sesungguhnya usaha Mama pada ketika ini adalah untuk anak-anak Mama nikmati kelak. Semoga usaha ini akan berjaya. 

Mengimbas tiga tahun dahulu, 2 September 2010 adalah bulan Ramadhan. Tujuh hari menghampiri Syawal. Amir Safwan sebenarnya dijangka lahir pada 30 Ogos. Sehari sebelum Merdeka. Pada 30 Ogos, Mama telah pun rasa contraction. Buat lawatan ke hospital Putrajaya, tetapi dinasihatkan balik kerana bukaan masih lagi 1 cm. Mama gembira kerana tidak perlu meraikan kemerdekaan di hospital. 

Tanggal 2 September jam 12 tengah hari, contraction makin kuat. Awalnya Mama was-was hendak ke hospital. Atas nasihat kakak, Mama menelefon Abah dan kami ke hospital. Pada saat itu, Mama masih berpuasa. Kononnya pasti sempat hingga berbuka. 

Jam 6 petang, Mama telah berada di wad. Contraction makin kuat. Akhirnya, lagi beberapa minit hendak berbuka, Mama terpaksa batalkan puasa kerana khuatir tiada tenaga kelak. Namun Mama hanya dapat menjamah segigit roti. Saspen sungguh sehingga tiada selera makan sambil melayan contraction yang menguat. 

Waktu orang sibuk hendak berbuka, Mama berjalan masuk ke bilik bersalin. Bilik penuh!. Ujian sungguh. Akhirnya berjaya juga mendapat tempat dan bersedia untuk bersalin ( dengan tenaga yang tidak seberapa). Usaha untuk melahirkan seorang anak memang tiada jalan patah balik. Walau apa dugaannya kita harus teruskan. 

Lahirlah Amir Safwan yang disayangi Mama, Abah dan Kakak Dhiya. Tahun ini,  Amir menyambut hari lahir dalam keadaan demam. Namun terus semangat memotong kek dan bermain. 
Pada ketika ini, Amir masih demam. Mujur Mama bekerja dari rumah sahaja dan sentiasa bersedia disampingmu.
Bersabarlah di atas dugaan ini anakku. 

Selamat hari lahir sayangku Amir Safwan. Semoga coretan ini masih dapat dibaca 10 tahun lagi. 


***************************
Mula bekerja dari rumah agar dapat mencapai impian menjana pendapatan dari rumah dan berada di samping anak-anak. 
Langkah awal bagi yang tiada ilmu tentang bisnes secara online,ikuti kelas di bawah:-
1) kelas asas penulisan dan blog
2) kelas asas blog dan fanpage

Hubungi saya untuk maklumat lanjut:-
1) FB Wani Mn
2) WhatsApp/SMS 0136200432
3) E-mail wanimn_2301@yahoo.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts