Wednesday, October 2, 2013

Apa jadi dengan makanan lepas dimakan?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Anak saya selalu bertanya, "lepas kita makan nasi, nasi pergi mana mama?".
Kakak pula tolong jawab. "Adik, nasi yang kita makan nanti turun sampai kaki".
Senyum sajalah. Kadang-kadang saya betulkan juga, “bila makan, nasi masuk dalam perut, lepas tu jadi ini”, sambil picit-picit otot tangan dan kaki. Entah faham, entah tidak.



Ya, apa proses yang terjadi bila kita makan?. Organ apa yang terlibat?.

Organ yang mula-mula terlibat adalah mata. Ramai kata mata tidak termasuk dalam sistem pencernaan. Memang betul. Tapi mata terlibat secara tidak langsung. Dari mata yang melihat, kemudian ditambah dengan aroma yang harum, kecur air liur kita. Rangsangan dari minda menggalakkan proses pencernaan seterusnya.

Organ yang terlibat dalam proses pencernaan seterusnya adalah mulut, gigi, lidah, farinx, kerongkong dan perut. Kemudian diteruskan pula dengan usus kecil, usus besar dan anus.

Berapa lama proses pencernaan berlaku sehingga kita dapat serap nutrisi yang diperlukan?
Ia bergantung kepada metabolisma dan keadaan organ individu. Puratanya antara 5-96 jam sehingga ia dikeluarkan sebagai ‘hampas’ atau najis atau tidak perlu disebut lebih lagi. Hehehe... Panjang keseluruhan sistem pencernaan pula menjangkau sehingga 9 meter panjang dan usus kecil merupakan organ pencernaan yang paling panjang dengan purata 4-7 meter.

Wow, lamanya proses sehingga 96 jam?. Ya, yang lamanya di usus besar. Kadangkala proses peristalsis individu sangat lambat, tidak lancar kemungkinan dari kurangnya air sebagai pelincir atau ususnya panjang. Pada pandangan saya ia juga diwarisi. Saya individu yang sensitif dengan kekurangan air dan serat. Salah seorang anak saya juga begitu. Pada awalnya doktor membuat hipotesis anak saya kurang saraf di anus untuk merengsa perasaan meneran. Tetapi akhirnya doktor membuat konklusi, anak saya hanya sukar buang air besar. Situasi itu dikenali sebagai ‘functional constipation’.

Sepanjang masa anak saya menghadapi masalah sembelit dari lahir sehingga umur 2 tahun, berbagai hipotesis doktor saya terima. Termasuklah katanya semua nutrisi yang anak saya dapat diserap dengan baik dan tiada hampas yang ingin dikeluarkan. Logik juga dek akal saya pada awal kelahiran kerana anak saya belum makan lagi. Bila sudah menginjak 6 bulan, masalah semakin kronik. Akhirnya, penyelesaian mudah dari doktor tersayang, minum yakult. Ya, ia berhasil. Untuk ibu-ibu yang hadapi masalah yang sama, bolehlah mencubanya. Tapi khusus untuk anak-anak setahun ke atas sahaja. Mahu solusi yang lebih murah dan tahan lama, klik di sini.

Salam kesihatan. Ikuti entri seterusnya berkenaan proses pencernaan makanan kita.

=========================================================

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts