Friday, October 4, 2013

Apa terjadi dengan makanan selepas kita makan?. (Episod dua)

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber: http://biologi.blogsome.com, http://www.biologi-sel.com, www.sususejat.com

Topik di sini masih lagi berkisar pada proses pencernaan makanan. Mengapa kita bincangkan perkara ini?. Kerana anak saya bertanya. ☺. Mungkin anak anda juga akan bertanya perkara yang sama bukan. Kerja seorang suri dan ibu, boleh jadi macam-macam sehingga kepada proffesion guru biologi. Bersedia saja.

Baik, umumnya proses pencernaan objektifnya adalah untuk membolehkan badan kita mendapat nutrisi yang kita makan. Proses pemecahan dan penyerapan makanan sehingga nutrisinya dapat diserap oleh sel dan digunakan untuk menjalankan fungsi masing-masing.

Organ yang terlibat?
Organ pencernaan dibahagikan kepada dua iaitu organ pencernaan bahagian atas dan organ pencernaan bahagian bawah.

Organ pencernaan bahagian atas adalah mulut, gigi, lidah, farinx, kerongkong/esofagus dan perut. Manakala organ pencernaan bawah pula adalah usus kecil, usus besar dan anus. Fungsi sistem pencernaan bahagian atas atau awalan adalah untuk menjalankan proses pemecahan makanan kepada butiran kecil dan dibawa ke bahagian bawah di mana ia diproses untuk penyerapan nutrisi. Akhir sekali dikeluarkan sebagai hampas.

Prosesnya seperti berikut:-
1. Kemasukan makanan ke dalam tubuh melalui mulut.
2. Proses mengunyah makanan oleh gigi.
3. Proses menelan makanan di kerongkong/esofagus.
4. Proses penukaran makanan menjadi molekul yang lebih kecil dengan bantuan enzim dan jus gaster di perut.
5. Proses penyerapan, terjadi di usus kecil
6. Penyahinjaan. Pengeluaran hampas yang tidak berguna untuk tubuh melalui anus.

Saya hendak fokus pada proses-proses akhir pencernaan iaitu di usus kecil. Usus kecil merupakan organ pencernaan yang paling panjang, menjangkau sehingga 9 meter. 

Bermula daripada perut, makanan yang telah separa proses, akan bertukar rupa daripada pejal kepada separa pejal. Ia dipanggil 'chyme'. Ada juga makanan yang masih belum cair sepenuhnya. . Minta maaf ya. Sila jangan geli. Kalau sedang makan, baik anda berhenti. Anda pernah lihat muntah bukan?. Begitulah lebih kurang keadaan 'chyme'. 

'Chyme' dari perut akan masuk ke usus kecil secara pancutan kecil melalui injap 'pyloric'. Isipadu setiap pancutan hanyalah lebih kurang sebanyak 3ml sahaja. Proses ini memakan masa yang panjang antara 2-3 jam. 

Apabila chyme telah berada di usus kecil, pencernaan lemak baru sahaja bermula dibantu oleh enzim lipase.
Kemudian seterusnya diserap, juga di usus kecil. Saya hanya ingin berkongsi informasi, tahukah anda enzim lipase manusia ada dijual dipasaran untuk digunakan dalam kajian saintifik?. Harganya pula tersangatlah mahal. Seingat saya RM600 untuk beberapa gram. Bagaimana mereka dapatkan enzim ini ya?. Hmm...

Baik, sambung semula. Ketika di usus kecil, kebanyakan protein dan karbohidrat telah tercerna daripada proses di mulut hingga ke perut. Jadi ia akan dipecahkan lagi kepada molekul yang lebih kecil untuk penyerapan di usus kecil. Lemak akan memecah kepada asid lemak, monoglyserida dan digliserida, protein kepada asid amino dan peptida, karbohidrat kepada molekul ringkas sakarida. 

Selepas lima jam, sebahagian besar chyme telah diserap oleh usus kecil. Yang tinggal hanyalah unsur lemak tadi, monosakarida dan digliserida dan lemak bebas. Ya, lagi banyak bahan berlemak anda makan, lagi banyaklah ia akan terapung di sini. 

Di akhir proses, nutrien telah diserap oleh usus kecil. Yang tinggal adalah hampas yang tidak dapat diserap oleh usus kecil. Contohnya fiber. Manusia tiada enzim yang dapat mencerna serat dan selalunya enzim itu diperlukan oleh haiwan herbivor sahaja. Hampas ini akan masuk ke usus besar dan dicernakan oleh mikroflora. Kebanyakan air dan sodium akan diserap di sini menjadikan hasil akhirnya pejal. Ya, anda tahu apa seterusnya. Tidak perlu diulas lagi.

Subhanallah. terperinci sekali ciptaan Allah. Sama-sama kita renungkan ya.
Lain kali kita cerita lagi tentang apa yang terjadi dengan nutrisi yang kita makan.

Nutrisi berkesan untuk kesihatan anda.
-------------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts