Monday, October 14, 2013

Berita semalam: Isu minyak sawit

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Sudah lama tidak menonton berita jam lapan di televisyen. Selalunya waktu begini sibuk mengemas di dapur samada untuk makan malam atau sesudah makan malam. Tapi, malam tadi kami makan malam awal. Jadi, sempat untuk menonton berita.

Berita utama yang menjadikan saya melekat untuk teruskan menonton adalah berkenaan kempen anti-minyak sawit di Perancis. Untuk makluman rakan-rakan, negara Eropah masih lagi terus menerus memainkan sentimen minyak sawit dalam produk makanan kepada penduduk di sana. Kini, mereka mula meletakkan label "pas d'huile de palme" iaitu “tidak ada minyak sawit” pada bungkusan makanan sepert roti, biskut, dan wafer di Paris pula.

Sempena persidangan berkaitan minyak sawit, pihak TV3 menemuramah beberapa pihak berkepentingan dalam industri minyak sawit. Berdasarkan temuramah berkenaan, di simpulkan bahawa, mereka berusaha untuk membawa kes pelabelan berkaitan isu anti-minyak sawit ini ke mahkamah kerana ia bersalahan dengan akta pelabelan makanan. Kandungan yang tidak terdapat di dalam makanan tidak patut dilabelkan di pembungkus makanan.

Apa perasaan anda bila mendapati ada satu label di pembungkus biskut anda, “Tidak mengandungi minyak soya”. Mesti anda mula berfikir, kenapa dengan minyak soya?. Tambah lagi bila di pembungkus bihun juga mengatakan perkara yang sama, di pembungkus roti juga ada label yang sama. Sudahnya, timbul rasa curiga dengan minyak soya. Adakah minyak soya pembawa masalah kesihatan?.Sentimen inilah yang dimainkan oleh pihak Eropah untuk menjatuhkan industri minyak sawit dan mengurangkan daya jual minyak sawit. Khuatir juga kan?. Sebagai antara negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, perkara ini perlu diatasi dengan segera. Ia komoditi negara bukan?. Sumber duit negara. Sumber pendapatan beribu-ribu pengusaha dan pekebun kecil.


Memang, minyak sawit bukanlah minyak paling ideal di dunia ini. Profil kimianya tidak sehebat minyak zaitun. Tapi apa lebihnya minyak soya?. Contoh saja di sini, saya bandingkan dengan minyak soya. Banyak lagi minyak di dunia ini, minyak canola, minyak jagung, minyak rapeseed, minyak kacang tanah. Jadi kenapa minyak sawit yang dijadikan isu?. Takut sangatkah mereka dengan minyak sawit dan kehebatan pemasaran minyak sawit ke seantero dunia?. Jika dicanangkan minyak sawit ini mempunyai masalah kesihatan dan menggalakkan penyakit kardiovaskular, sudah ada kajian dan pengeluaran minyak ‘Smart Balance’ yang menggunakan minyak sawit sebagai komposisinya dan ia telah dikaji bagus untuk kesihatan (ya, tips hari ini). Baguskah minyak ‘lembut’ yang perlu ditambah hidrogen untuk menghasilkan marjerin?. Sekurang-kurangnya minyak sawit mempunyai profil kimia yang lebih elok, lengkap untuk penghasilan marjerin tanpa perlu proses penambahan hidrogen. 

Penambahan hidrogen = hidrogenasi = risiko kewujudan trans-fat = risiko penyakit kardiovaskular.

Jika dikatakan minyak sawit menarah hutan sehingga tiada tempat untuk orang utan tinggal. Apa bagusnya minyak kekacang yang lain, meratakan bumi dengan kadar yang sama untuk menghasilkan jumlah tan minyak yang jauh lebih sedikit kuantitinya berbanding jumlah tan penghasilan minyak sawit?. Sekurang-kurangnya kelapa sawit membentuk kanopi, tidak pula dengan pokok kekacang yang melata di tanah.

Isu ini tidak akan berhenti di sini saja. Permainan ini telah berlarutan selama beberapa dekad. Sebagai rakyat Malaysia, kita lakukanlah peranan kita. Saya tidak menyuruh anda tukar minyak yang anda guna kepada minyak sawit dan pulun minyak sawit hari-hari. Cukuplah dengan bersederhana penggunaannya. Tetapi, janganlah anda bantu sebarkan perkara buruk berkenaan minyak sawit. Saya sudah kerap berjumpa dengan e-mel dan perkongsian di muka buku berkenaan marjerin= plastik. Hentikanlah mengedarkan perkara yang anda sendiri tidak pasti kebenarannya. Nanti jatuh fitnah, susah juga bukan?.

Jika bukan anda yang mengusahakan perkara berkaitan minyak sawit, mungkin ada rakan, jiran, saudara mara yang mengusahakannya. Ia mungkin mata pencarian tunggal mereka. Jika harga minyak sawit turun dan terus turun, sudah tentu peritnya terasa. Jika tidak dapat membantu, jangan tambah usaha untuk burukkan lagi keadaan.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts