Sunday, October 13, 2013

Perbelanjaan RM25,000 untuk ke klinik?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Bismillah.
Dengan tajuk yang mengejutkan itu, saya mulakan dengan nama Allah.
Alkisah, saya menghadiri kenduri kahwin anak kepada kenalan rapat suami saya di pejabatnya. Beliau telah pun pencen. Beliau adalah bos suami saya. Ya, bos pun kenalan rapat. Jemputan kenduri wajib dipenuhi walau terpaksa merempuh kesesakan jalan raya musim perayaan. Dari Salak Tinggi ke Ipoh, perjalanan lambat saya penuhi dengan perkara positif mengisi masa lapang. Oh, bukan tidur kerana saya yang bantu suami memandu 3/4 perjalanan.

Dijadikan cerita, anak kenalan tadi ramai yang bergelar doktor. Menantunya juga doktor. Sempat duduk bersama semeja dan makan bersama kerana jam sudah lewat, majlis hampir tamat, kami baru sampai. Jadi merai diri sendiri makan bersama menantu tuan rumah. Menantu tuan rumah merupakan doktor yang mempunyai klinik sendiri. Isterinya pula doktor di hospital kerajaan. Beliau tertarik kerana saya merupakan suri rumah sepenuh masa. Saya katakan padanya " saya kerja di rumah", dan seperti biasa kiraan campur, tolak, darab, bahagi, masuk ke minda adalah surirumah sepenuh masa tidak bekerja goyang kaki tiada pendapatan. Normal. Saya tidak pun berkecil hati.

Beliau mula buka cerita. Isterinya juga berhajat untuk berhenti menjadi doktor di hospital. Namun beliau takut dengan situasi tidak cukup pendapatan menampung isi belanja rumahnya yang beribu-ribu itu. Pendapatannya sebulan untuk klinik beliau adalah RM 25,000. Angka itu terus menjerit di minda saya. RM25,000 sebulan rakyat dipersekitaran klinik beliau menghabiskan duit untuk mendapatkan rawatan klinik pesakit luar. Maksudnya sakit demam, selsema, cirit-birit biasa. Wah!. Angka itu terus menjerit dalam minda saya sepanjang perjalanan hingga ke pagi ini. Ia sangat menakjubkan. Nampak sungguh rakyat Malaysia mudah sakit atau mudah rasa sakit atau suka ke klinik?.




Cuba bayangkan, dengan RM25,000 itu, puratanya katakanlah seorang pesakit membelanjakan RM50 sekali lawatan ke klinik. Ya, mungkin ada yang hingga seratus lebih ada yang hanya RM20. Jadi katakan puratanya RM50. Jikan RM25,000 dibahagikan dengan RM50, ia adalah 500 orang pesakit sebulan!. 500 pesakit mendapatkan rawatan untuk satu klinik. Cuba kira klinik di kawasan kediaman anda. Patutlah sebelah klinik ada kedai makan, selang dua tiga ada lagi satu klinik. Ia tidak mustahil kerana klinik memang boleh buat duit.

Anda adalah apa yang anda makan. Bersederhanalah. Utamakan kesihatan. Saya akui ia memang payah, tetapi cubalah. Kerana saya juga begitu. Sentiasa mencuba. Kerana itu saya suka menulis topik kesihatan, untuk mengingatkan diri saya sendiri. Supaya saya tidak terlupa dan supaya saya sering menambah ilmu.

Cuba ya. Untuk saya dan rakan-rakan. Jangan kayakan klinik lagi. :)

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
 

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts