Sunday, October 27, 2013

Hati-hati dengan “Biological Hazard”.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google.

Biological Hazard. Kedengaran mengerikan. Lagak bunyinya seperti serangan senjata biologi. Sebenarnya saya hanya ingin cerita tentang bahaya pencemaran makanan disebabkan faktor biologi. Maksudnya pencemaran ini berpunca daripada benda hidup iaitu manusia sendiri, salah tatacara pengendalian dan penyediaan makanan dan juga daripada haiwan.

Alkisahnya, bermula bila saya membeli-belah barangan dapur di sebuah pasaraya terkemuka di tempat tinggal saya. Saya ternampak najis Mak Menti di rak yang ditempatkan santan dan botol-botol jem. Orang kata jangan sebut namanya. Sebab itulah saya guna nama gelarannya saja. Betulkah?. Wallahualam.

Ok. Berbalik kepada cerita tadi. Sebab sangat prihatin perkara ini, saya selak juga barisan hadapan barang yang dipamer untuk lihat apa yang ada dibelakangnya pula. Oh!. Tidak sanggup saya katakan. Sebenarnya bukan sekali. Berulang kali saya datang masih juga ada di situ. Yang peliknya, di tempat lain tidak pula saya nampak. Jadi, saya memang elakkan membeli barang-barang yang saya tandakan sebagai ‘kawasan merah’. Akhirnya, pada satu hari, kebetulan saya terserempak dengan pekerja pasaraya di situ. Saya terus tunjuk najis Mak Menti. Eh, eh. Rupanya mereka sudah lama sedar. Dan beliau turut mengakui, Mak Menti itu, memang ada di rak situ sahaja. Saya pelik pula sebab sudah tahu tapi tiada tindakan?. Sedangkan tahukah mereka ia merupakan ancaman besar?.

Kemudian, hendak dijadikan cerita lagi. Saya membeli barang dapur di pasaraya lain pula. Lagi sekali saya ternampak juga adegan yang sememangnya saya tidak mahu lihat. Mulanya saya terbau seperti kencing Mak Menti.  Mungkin hidung saya salah. Jadi saya jalan lagi. Tiba di tempat bawang. Saya nampak pula punggung Mak Menti!. Saya terkaku lihat Mak Menti terkedek-kedek masuk ke timbunan bawang. Oh tidak. Kenapa saya harus terlibat dengan perkara sebegitu?. Dek terkesima saya pun tak lalu nak panjangkan pada pihak pasaraya. Tambahan pula esoknya adalah Hari Raya Haji. Orang sangat padat. Saya tidak mahu pula besarkan cerita yang sememangnya ancaman besar ini. Sebenarnya lebih pada tidak pasti apa yang patut saya lakukan. Saya pun terus bayar barangan yang ada di troli, yang pastinya barangan berbungkus yang bukan dari kawasan jajahan Mak Menti tadi.

Selepas peristiwa itu, saya khabarkan pula pada kakak saya. Rupanya beliau pun ada pengalaman dengan ancaman pencemaran biologi terhadap makanan. Kata beliau, hati-hati dengan ikan bilis. Lihat betul-betul sebelum membeli kerana beliau telah menggoreng ikan bilis bersama najis Mak Menti. Uwekk!. Mahu muntah saya mendengarnya.

Ya. Rakan-rakan. Hati-hati. Itu semua adalah ancaman biologi terhadap makanan. Ia pencemaran tersembunyi. Untuk barang yang berbungkus atau pun dalam tin, amalkan membasuh dahulu pembungkus, keringkan dan baru simpan. Nampak leceh. Jika rakan-rakan ibu rasa perlukan bantuan, mintalah sang suami membantu dan terangkan sebabnya. Ia untuk kebaikan satu keluarga. Kita cuba untuk lebih berhati-hati. Terutamanya apabila banyak penyakit berkaitan leptospirosis.


Pencemaran faktor biologi terhadap makanan bukan terhad pada haiwan seperti Mak Menti. Tetapi juga termasuk haiwan seperti serangga dan lalat yang tertarik kepada alatan penyediaan makanan dan juga makanan itu sendiri. Pengendali yang tidak menjaga kebersihan tangan, batuk dan bersin ketika menyediakan makanan juga merupakan ancaman biologi yang akan menyebarkan patogen penyebab pencemaran makanan.


Pengalaman yang mengerikan masih terngiang-ngiang. Saya sampaikan pada rakan-rakan bukan untuk memburukkan pasaraya berkenaan. Cuma untuk membuka mata dan juga supaya berwaspada. Semoga perkongsian ini memberikan manfaat.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.


Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts