Foto: Google
Acapkali membaca buku kesihatan, terserempak dengan ayat "Sindron Restoran Cina", bila dikaitkan dengan perasa makanan. Sindrom makanan Cina adalah rasa mual, pening, mengantuk, panas dan berpeluh selepas makan. Saya selalu juga rasa situasi ini bila makan di kedai. Mulanya tidak perasan. Tapi setelah emak, ayah dan adik suarakan masalah mereka, saya mula perasan yang saya pun ada rasa yang sama.
Kemudian, bila baca dan geledah internet tentang isu perasa makanan, terbaca pula sindrom ini. Eh, eh, sama pula. Rupanya itulah penangan MSG atau nama panjangnya monosodium glutamate. Atau nama glamor di Malaysia Pak Aji. Sampai ada nama glamor. Walhal ada banyak jenama lain. Mungkin.
![]() |
Butiran MSG |
Setiap bahan mempunyai garis panduan tahap selamat. Begitu juga dengan MSG. Joint Expert Committe on Food Additives, jawatankuasa penasihat WHO menetapkan tahap selamat MSG adalah pada 120mg per kg berat badan setiap hari. Banyak sangat ke 120 mg?. Sangat sedikit. Dan sepatutnya kurang lagi.
Sebagai ibu beranak dua (baru), saya cuba untuk minimakan kemasukan MSG dalam makanan keluarga dengan masak sendiri di rumah. Masing-masing ada kegemaran masing-masing. Saya rasa elok juga kurang satu bahan perasa yang tidak berapa penting. Jimat duit bukan?.
Saya hanya berkongsi. Selebihnya, tepuk dada tanya selera.
Tempah E-Book ini di www.peminatbukuonline.blogspot.com
Hubungi penulis untuk mula jana wang dari rumah dengan blog.
nurzahwanimohdnor@gmail.com
SMS/WhatsApp: +60136200432
wani..lama xjumpe..setuju sgt minimakan msg dalam masakan kte kat rumah especially tuk anak2 kan...
ReplyDeleteck oh ck. Ingatkan siapa. Kamu rupanya. Ye lah. Dah lama tak jumpa. Jomla jumpa jumpa. Aku n Juidayu Juseli ada gak jumpa-jumpa. Kitorang dok dekat.:)
ReplyDelete