Wednesday, October 16, 2013

Pelik Tapi Benar Tentang Sistem Pencernaan Manusia.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Daily Mail.

Harap tidak terlambat untuk saya mengucapkan Salam Aidiladha kepada anda. Bagaimana pengisian di hari raya?. Masih meriah atau hanya duduk di rumah usai solat sunat hari raya di masjid, masing-masing ada cara tersendiri. Sedikit sebanyak ada juga sambutannya termasuklah diraikan dengan ketupat, lemang dan rendang. 

Semalam sempat saya membaca suratkhabar lama. Tidaklah terlalu lama. Membaca suratkhabar hari Isnin pada hari Selasa, masih dikira sebagai suratkhabar lama juga. Sudah jatuh harga dari RM1.50 senaskhah kepada RM0.20 per kilo (di tempat sayalah). 

Artikel yang menarik perhatian saya berkenaan seorang pemuda dari Yorkshire, England yang menghadapi masalah dengan sistem pencernaannya. Ia bukan sesuatu yang diubahsuai, tetapi beliau telah diciptakan dengan sistem pencernaan yang menghasilkan alkohol. Subhanallah. Semoga kita mempelajari sesuatu dengan kejadiaan Allah ini. Kerana saya yakin, Allah tidak menciptakan setiap sesuatu dengan sia-sia.

Pemuda ini bernama Matthew Hogg ini, akan mabuk apabila beliau makan makanan bersumberkan karbohidrat seperti kentang, kerepek, roti dan sebagainya.  Makan sepinggan nasi, kesannya umpama minum tiga botol wain merah. Sindrom yang dikenali auto brewery  ini menyebabkan beliau rasa mabuk setiap hari termasuklah apabila bangun pagi. Kesan alkohol yang berlebihan ini juga menyebabkan beliau menghadapi penyakit hati.
Pemuda ini didiagnosis mempunyai kadar pertumbuhan ragi atau yis yang berlebihan di dalam ususnya. Oleh itu, beliau terpaksa menjalani diet yang ketat untuk mengawal pertumbuhan ragi dalam tubuh. Semoga pemuda ini tabah dengan ujian ini dan berjuang untuk kehidupannya.


Jadi, sesuatu itu tidak mustahil dengan izin Allah. Sistem pencernaan manusia yang unik mempunyai fungsi khusus untuk menyerap nutrisi yang dimakan oleh kita. Kejadian seperti ini jarang ditemui, tetapi ia terjadi. Pencernaan karbohidrat telah bermula daripada saat makanan dikunyah di dalam mulut. Setibanya di usus, karbohidrat tadi sudah pun dalam bentuk ringkas.Baca lagi tentang pencernaan di sini. Jadi tidak mustahil dengan kehadiran ragi di usus, terutamanya dalam jumlah yang banyak, disertai dengan kondisi suhu badan yang sesuai, alkohol mudah saja terhasil. Daripada diserap sebagai molekul ringkas iaitu monogliserida glukosa, ia berubah bentuk kepada alkohol etanol.

Jika anda mengambil tahu, salah satu penyebab penyakit sirosis hati adalah kerana pengambilan alkohol yang berlebihan. Pesakit yang menghadapi sirosis hati mempunyai kesukaran untuk menjalankan proses hati termasuklah pencernaan dan juga proses detoksifikasi. Kesan daripada auto brewery  dalam sistem tubuh akan memberi kesan keseluruhan fungsi tubuh, bukan saja rasa mabuk itu.

Jadi, benarlah arak (alkohol) itu memberi lebih banyak keburukan berbanding manfaat.

" Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang khamar dan judi. Katakanlah, " Pada keduanya terdapat dosa besar dan manfaat kepada manusia. Tetapi dosanya lebih besar daripada manfaatnya". Dan mereka menanyakan kepadamu (tentang) apa yang (harus) mereka infakkan. Katakanlah. Kelebihan (dari apa yang diperlukan)." Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada mu agar kamu memikirkan."
-Surah Al-Baqarah, ayat 219-

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts