Friday, October 11, 2013

Penyakit Bawaan Makanan-Pengalaman Penulis

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi penulis

Perut meragam dan tersekat dalam kesesakan jalan raya. Oh, Tidak!.

Situasi ini memang tidak digemari. Bukan saja pada diri kita, lebih menyayat hati jika anak kecil kita yang mengalaminya. Galau rasa hati bila melihat badan anak mula lembik tidak bermaya dan seterusnya perlu dimasukkan ke hospital.

Ini semua simtom penyakit bawaan makanan. Saya sendiri pernah mengalaminya. Pulang dari bercuti, anak kecil saya berumur setahun lebih masa itu, mengalami cirit-birit berpanjangan lebih dari tiga hari. Mujur saya yang jaganya sendiri. Pada mulanya, saya hanya berharap ia tidak berpanjangan. Masuk hari kedua, cirit-birit tidak juga berhenti, tambah lagi sudah nampak campuran darah di najis. Mungkin kerana ada luka di anus. Segera telefon suami dan bawa ke hospital. Rakan-rakan, jika ini terjadi pada anak-anak, jangan tunggu lama. Lebih awal ke hospital lebih elok. Anak saya terus dimasukkan ke wad kerana nampak tanda-tanda dehidrasi dan keadaan yang tidak aktif. Kami berdua ditempatkan satu wad khas yang tidak bercampur dengan pesakit kanak-kanak lain. Pesakit sedia ada juga dipindahkan ke wad lain agar penyakit ini tidak berjangkit. Wah!. Saya tidak menyangka sehingga ke tahap itu. Ya, betulkan?. Ia adalah penyakit bawaan makanan dan boleh berjangkit melalui najis juga. Kita cerita lanjut nanti.



Tidak lama selepas saya dan anak berada di wad, pesakit kanak-kanak berkaitan cirit-birit mula bertambah. Hati bertambah risau. ADAKAH IA SATU GEJALA seperti sakit kaki, tangan dan mulut?. Saya mula bertanya-tanya Doktor yang merawat anak saya. Selepas soal jawab berlangsung, saya maklumkan saya baru pulang bercuti dan ada membeli cendol dari tepi jalan pada hari terakhir dalam perjalanan pulang. Kerana cendol. Sungguh sesal rasa hati sebab teringin makan cendol tepi jalan hari itu. Kawan-kawan satu wad pula, cerita yang berlainan. Tidak menunjukkan satu kaitan yang jelas antara satu sama lain. Jadi, doktor menyimpulkan ia bukanlah satu gejala yang disebabkan dari sumber makanan yang sama. Baik. Lega.  Mungkin rotavirus, mungkin juga bukan. Namun rawatan antibiotik masih lagi diteruskan. Anak saya masih lagi disuntik dan meraung setiap kali disuntik. Hampir seminggu saya berada di sana begitu. Akhirnya saya buat keputusan untuk berhentikan suntikan antibiotik dan memberikan antiobiotik secara oral sahaja kepada anak saya. Saya meyakinkan doktor anak saya mudah makan ubat. Alhamdulillah sememangnya anak saya mudah makan ubat. Akhirnya kami dapat pulang ke rumah bila kadar pembuangan najis anak saya semakin berkurang. Tidak sekerap sebelumnya. Dia juga mula aktif. Syukur.

Sakit bawaan makanan. Apakah ia sebenarnya?.

Sakit bawaan makanan lebih dikenali sebagai keracunan makanan. Ia terjadi kepada manusia melalui makanan atau air. Tapi saya rasa, haiwan pun boleh terkena keracunan makanan. Hanya yang berurusan dengan haiwan yang lebih tahu.

Sakit bawaan makanan hanya boleh disahkan secara tepat dengan kajian makmal. Kita tidak boleh mengatakan perut kita meragam dan cirit-birit, terus kita katakan makanan kantin itu tercemar. Mungkin juga kita alah kepada sesuatu bahan masakan saja. Orang lain tidak pula mengalami simtom yang sama. Jadi, kajian makmal akan mengesahkan samada terdapat tanda-tanda pencemaran melalui ujian darah atau terhadap makanan itu sendiri.

Sakit bawaan makanan boleh menjadi satu gejala yang merebak kepada ramai orang. Ini perkara yang paling ditakuti. Contohnya seperti daripada kenduri, susu sekolah, kantin asrama dan banyak lagi kes.

Jadi, sangat penting untuk memastikan penyediaan makanan itu selamat dan bersih. Terutama sekali pengendali makanan. Bukan saja tukang masak. Tetapi ia meliputi pengendalian makanan dari ladang, jika ia dari ladang seperti ayam, buah, sayuran. Kemudian pemprosesan, penjualan, penyimpanan dan seterusnya. Pendek kata, dari ladang hingga ke pinggan. Semua sekali bertanggungjawab ke atas makanan tersebut, hatta tukang suap makanan sekalipun. Ha... ibu-ibu yang suap anak sekali ya. Pastikan tangan bersih. Itu pesanan untuk diri saya juga sebenarnya.


Salam bernutrisi rohani dan jasmani untuk anda.

Nurzahwani Mohd Nor.


Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts