Thursday, October 10, 2013

Program HEARTS untuk surirumah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Suri yang sudah lama tidak berlasak menempuh kesesakan jalan raya di pagi hari, sekali terkena, sakit badan masih bersisa. Sayalah orangnya yang dimaksudkan.  Sebenarnya saya telah memohon untuk menyertai program HEARTS yang dianjurkan oleh HRDF, projek di bawah naungan Kementerian Sumber Manusia. Saya mendapat tahu program ini daripada rakan di Akademi Bekerja Di Rumah. Terima kasih kepada Kak Yong Azlin kerana mencadangkan saya untuk memohon program ini. Program di jalankan di Kelana Jaya. Jadi saya terpaksa menempuh jalan raya yang sesak di pagi hari. Letih. Tapi ia berbaloi. Program HEARTS yang menyentuh hati saya. 

Ringkasan mengenai program HEARTS; ia merupakan satu program yang mana objektif asalnya adalah untuk membuat panggilan semula surirumah profesional untuk kembali semula menyumbang produktiviti kepada tenaga kerja negara. Kata mudahnya adalah kembali bekerja. Sama ada secara sepenuh masa atau fleksibel di rumah. Sebagai permulaan, terdapat 13 program yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, program ini mungkin bertambah atau berkurang pada masa akan datang. Untuk kitaran pertama ini, hanya 400 orang yang akan dipilih untuk menyertai program pilot ini. Sekiranya kitaran pertama berjaya, program ini akan dilanjutkan untuk kitaran seterusnya. Suri rumah yang berjaya menempatkan diri dalam kursus yang dipilih perlu menghadiri 3 modul yang puratanya mengambil masa selama seminggu. Modul 1 dan 2 mengambil masa dua hari dan modul 3, hari selebihnya.

Kesimpulan dari saya berkenaan program HEARTS.
Bagi saya, idea mewujudkan program ini sangat menarik. Ia memberi peluang untuk suri rumah yang memang berhajat untuk kembali bekerja. Walau bagaimanapun, peserta sering diingatkan belum tentu peserta akan mendapat jawatan yang diingini kerana belum ada syarikat yang memberikan komitmen penuh untuk mengambil surirumah kembali bekerja, lebih-lebih lagi secara fleksibel dari rumah. Tetapi, setiap ilmu yang dicurahkan pasti ada manfaat. Daripada program ini, boleh saja suri rumah mencetus idea untuk memulakan bisnes dan memberikan nilai tambah kepada diri sendiri. Pelajar yang lulus akan mendapat sijil, jadi boleh saja jual sijil itu untuk mencari jawatan sendiri. Tidak perlu tunggu HRDF memberikan surat tawaran kepada kita. 

Bagi Modul 1 dan Modul 2, saya telahpun menghadirinya pada Isnin dan Selasa lepas. Alhamdulillah, penceramah kami iaitu Puan Malar mempunyai pengalaman luas mengenai surirumah yang bekerja dari rumah kerana beliau juga begitu. Bezanya, Puan Malar merupakan pencermah yang memerlukan beliau bergerak ke sana sini keluar dari rumah menyampaikan ceramah. Selain dari itu, beliau akan berada di rumah menyiapkan modul atau membangunkan modul latihan. Saya kagum dengan semangat beliau. Saya kira beliau seorang yang sangat berjaya setelah melalui berbagai cabaran bekerja daripada bekerja sebagai cikgu gantian, pensyarah, pengurus syarikat dan akhirnya berhenti. Beliau berjaya kerana mengetahui keinginan hidup beliau atau passion.


Oleh kerana pengalaman Puan Malar yang meluas, pendekatan beliau melalui Modul 1 dan 2 tidak sama seperti yang dirancangkan oleh HRDF. Nasib baik. Jika tidak, saya rasa rugi. Oleh kerana saya sukakan pendekatan beliau, saya gagahkan juga merempuh kesesakan jalan raya, bertolak dari rumah sebaik saja solat subuh, belum nampak matahari dan anak masih tidur. Perkara yang saya tidak sangka akan lakukan selepas berhenti kerja. Jadi, kepada surirumah yang sudah memohon dan akan memohon, apa yang saya ceritakan ini, mungkin tidak sama dengan apa yang anda akan terima kerana lain penceramah, lain pendekatannya. Kesimpulan saya, setakat ini, elok untuk hadir program ini kerana ianya percuma. Kemudian anda berpeluang untuk membuka minda, menambah ilmu dan kenalan. Ilmu Allah luas, carilah peluang dan rebutlah peluang yang ada.

Jika anda berminat untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan program ini, boleh layari di sini

Salam kesihatan dari bijak nutrisi.

--------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

1 comment:

  1. Berbaloi ke utk peserta luar dr KL datang? Sebab nk kena kira tambang bas, makan dengan tempat tinggal

    ReplyDelete

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts