Saturday, October 19, 2013

Travelog famili - Bali 2008

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi Nurzahwani Mohd Nor

Dengan nama Allah, pembuka bicara di pagi hari.

Setiap penulis ada waktu masing-masing untuk menulis. Memang benar. Bagi saya, waktu subuh sebelum anak-anak bangkit tidur adalah waktu terbaik untuk saya. Alhamdulillah, waktu ini juga ilham mudah datang mencurah-curah. Jadi, di subuh hari Sabtu ini, saya diilhamkan Allah untuk membingkiskan pengalaman dan tips makan angin. Kebanyakan destinasinya di dalam negara. Catatan pengembaraan ini ada yang telah lama berlalu dan akan dicatat dari semasa ke semasa. Kisah makan angin yang telah berlalu, saya ambil dari catatan saya di blog lama, dikemaskini dan dimuatkan di sini.

Saya memang suka makan angin. Jadi, saya suka untuk berkongsi pengalaman saya termasuklah do's and dont's semasa mengembara makan angin bersama keluarga dan anak kecil. Jika berjalan solo sudah tentu lebih mudah. Tetapi dengan bayi dan anak kecil, kita perlu lebih banyak bersedia.

Bukan apa, minat saya mungkin bermanfaat untuk orang lain dan diri saya sendiri juga. Untuk rujukan saya di masa akan datang. Jika suka, bolehlah datang ke blog ini dan baca lagi.

Pembuka siri ini saya mulakan dengan cerita makan angin ke Bali, Indonesia pada November 2008. Wah!. Cerita sudah lapuk. Tidak mengapalah, saya mahu coretkan juga sebagai memori.

Bali, 2008.
Kisahnya pada penghujung November 2008, suami saya telah diminta untuk menghadiri satu mensyuarat di Bali, Indonesia selama seminggu. Jadi, kami mengambil kesempatan ini dengan memanjangkannya kepada percutian kami sekeluarga. Suami saya telah bertolak awal untu menghadiri mesyuarat. Saya dan anak saya, Dhiya, yang berumur tujuh bulan pada masa itu menyusul kemudian. Kami akan bertolak bersama berdua dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali, Indonesia. Ia merupakan pengalaman pertama saya menaiki penerbangan antarabangsa, dan mencatat rekod peribadi saya, penerbangan bersama anak kecil berusia tujuh bulan. Namun benar, serahkan kepada Allah, doa banyak-banyak urusan dipermudahkan dan YAKIN BOLEH. Sesungguhnya bertitik tolak dari situ, menjadikan saya seorang ibu yang yakin, boleh saja semuanya. Tetapi, yang paling risau sudah tentu kedua orang tua saya. Terima kasih Mak dan Ayah. Saya berjaya juga akhirnya.

Menaiki pesawat bersama anak kecil sememangnya renyah. Antara tips yang saya boleh berikan bagi anda yang mahu melakukan perjalanan lebih kurang sama seperti saya, yang mana suami atau teman telah berada di destinasi dan anda menyusul bersama anak kecil:-

1) Pastikan semua barangan pakaian dan keperluan anda dan anak anda telah dikirimkan kepada teman anda tadi. Buat satu senarai barangan dan tuliskan perancangan anda, bagaimana anda akan sampai ke destinasi anda. Contohnya, dihantar ke lapangan terbang oleh mak dan ayah. Menunggu sebelum daftar masuk. Daftar masuk dan terus ke kapal terbang.

2) Hanya bawa keperluan penting semasa penerbangan dan perjalanan seperti pampers, susu jika susu formula, tisu basah dan sepersalinan pakaian anak anda. Jika anak anda sudah boleh makan, bawa snek ringan kesukaannya, air sebotol. Ingat, anda hanya boleh membawa botol berisi cecair dalam kuantiti sedikit untuk bayi anda bagi penerbangan antarabangsa. Jika tiada bayi, anda mungkin akan dipaksa meninggalkan botol air semasa proses pemeriksaan. Bagi penerbangan domestik (dalam negara), peraturan ini tidak berkuatkuasa. Barang-barang tadi, bawa yang ringan sahaja. Bawa dalam beg sandang, bukan dalam beg bimbit seperti diapers bagsling bag atau bakul berkelah.

3) Tidak perlu membawa kereta sorong bayi. Ia merenyahkan. Tukar kepada carrier atau sling wrap. Ia lebih mudah dan selamat.

4) Tidak perlu check-in sebarang beg. Hanya bawa beg sandang dan terus di bawa bersama anda sehingga di tempat duduk anda. Tidak perlu letakkan beg di bahagian penyimpanan beg. Memadai letak di bahagian kaki dan dibaringkan. Mudah untuk anda akses kepada beg anda, bila terjadi situasi seperti bayi anda perlukan susu, ingin menukar pampers atau makan.

5) Jangan lupa, caj telefon bimbit anda sehingga penuh. Kurangkan penggunaan telefon sehingga anda berjumpa dengan teman anda. Jika ada talian hayat seperti power bank, bateri kedua, telefon kedua, sila bawa.

6) Pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian dan pakailah jaket atau baju luar yang berpoket serta seluar berpoket. Anda perlukan ini untuk penyimpanan barang mudah akses. Letakkan duit-duit kecil di kocek-kocek berasingan. Simpan juga duit kecil untuk negara yang anda akan lawati. Mudah jika ada perkara yang terdesak dan memerlukan.

7) Bertenang, bertenang, bertenang. Ya, untuk apa jua misi anda, ketenangan merupakan perkara yang penting. Jika anda tidak bertenang, bagaimana bayi anda mahu bertenang?. Ingat, bayi boleh mengesan perubahan emosi ibunya.

Mak dan ayah yang menghantar saya ke KLIA, Dhiya dan satu beg biru sandang yang saya bawa. Itu sahaja.

Pengembaraan saya menaiki pesawat dari KLIA ke Bali alhamdulillah selamat. Tips yang saya berikan di atas, ada yang saya tidak buat. Jadi, untuk peringatan saya sendiri dan semoga bermanfaat kepada anda semua, bolehlah mencuba tips di atas, jika bersesuaian. Siri pengembaraan ke bali ini akan saya sambung kelak. InsyaAllah.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts