Foto : Google.
Bismillah.
Taufan Haiyan. Berita hangat kini. Entah kenapa tiada pula saya nampak liputan hangat di muka buku. Mungkin lain padang lain belalang. Namun, apa yang melanda Filipina, Bandar Tacloban khususnya amat menyayat hati. Dilanda taufan maut memang sukar. Dengan kepadatan penduduk bandar sekitar 220,000 dan mengikut berita melaporkan kebanyakan rumah penduduk daripada kayu dan beratap jerami, anda bayangkanlah sendiri. Saya kira dengan kelajuan kereta di lebuhraya Malaysia yang mencapai lebih 180km sejam saja sudah cukup untuk ranapkan rumah mereka. Ini kan pula taufan dengan kelajuan lebih kurang 315km sejam. Bayangkan, bayangkan.
Melihat gambar yang terpampang di media cukup menyentuh hati. Bukan saja saya, tapi juga anak-anak saya. Becok mulut bertanya,
"Kenapa dia duduk dekat situ?."
"Kenapa mak dia menangis?."
"Kenapa comot?."
Ada seribu lagi kenapa. Termasuk kenapa abah tak balik lagi. Ya, abah sama-sama dalam misi membantu mangsa taufan. Walau pun dari jauh.
Taufan Haiyan melanda merupakan siklon tropika terkuat di dunia, dengan ranking ke-5 super-taufan, musim taufan Pasifik 2013. Ia melanda Filipina bermula Jumaat lalu dan hingga kini telah mengubah haluan ke arah selatan China. Badai yang melanda Filipina ini dilaporkan telah mengorbankan 1,774 nyawa namun lebih 10,000 dikhuatiri maut dalam kejadian berkenaan.
Allahuakbar. Alhamdulillah kita di Malaysia kurang masalah bencana sebegini. Alhamdulillah kita berada di Malaysia. Sedikit ujian dari Tsunami di Kedah dan Penang beberapa tahun dulu, belum habis cerita lagi bantuannya. Masih ada rungutan penduduk. Inikan pula musibah sebesar ini. Bagaimana ya?. Bagaimana?.
Jadi, bersyukurlah kita yang tidak pernah dilanda musibah besar-besar gaya itu. Syukurlah kita tatkala dilanda musibah kecil sebagai peringatan.
Doa Nabi Nuh Agar Terselamat Daripada Ribut Taufan.
وَقُل رَبِّ أَنزِلنى مُنزَلًا مُبارَكًا وَأَنتَ خَيرُ المُنزِلينَ ﴿٢٩﴾(29) "Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "Ayat ini khasiat dan khafiatnya amalannya juga adalah mendapatkan rezeki dan tempat tinggal yang elok. Terbanyang pula rumah mangsa taufan ini. Sudah tidak nampak bayang. Tambah lagi berita semalam berkenaan kes mangsa taufan mencuri beras dari stor simpanan bantuan. Bayangkanlah hingga ke tahap itu mereka perlu lakukan untuk terus hidup. Desakan untuk terus hidup. Ada juga yang meminta sedekah di jalanan. Sedih, sedih. Yang hairannya, saya dengar juga dari slot berita yang sama, bantuan mencurah-curang. Setiap negara yang berikan bantuan nilainya berjuta-juta. Termasuk negara kita USD 1 juta. Cepatlah bantuan ini sampai. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga
besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun
bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Beli buku yang anda suka:
Anda ada bisnes?. Iklankan
produk/perkhidmatan anda di soho directory:
Perlukan supplemen untuk kekalkan
kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri
Hubungi Wani Mohd Nor
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
No comments:
Post a Comment