Foto: Majalah Saji
Dari mata turun ke hati.
Itu merupakan salah satu tagline dalam bidang kulinari. Saya sangat suka makanan yang dihidangkan di cafe hotel kerana hiasan makanannya. Kadangkala rasa makanan yang dihidangkan ala-ala saja. Dek kerana hiasan yang menawan hati, makanan pun nampak macam sedap.
Saya pernah terbaca artikel berkenaan diet orang Jepun. Mengikut artikel berkenaan, orang Jepun makan menggunakan perasaan dan menghargai rupa makanan. Sebelum makan, mereka akan mengambil masa beberapa minit untuk menghargai karya makanan. Apabila menyuap makanan, mereka makan dengan perlahan sambil menikmati setiap penjuru rasa makanan dengan penuh perasaan. Kuantiti yang mereka makan juga sedikit sahaja. Senang kata, mereka makan dan kenyang dengan perasaan makanan, bukan dengan asbab penuhkan perut.
Pernahkan anda mendengar tentang food stylist?. Kebetulan saya melihat rancangan Safiyya di televisyen tempoh hari. Itu pertama kali saya mendengarnya. Selalunya style selalu dikaitkan dengan pakaian. Kali ini ia berkait dengan makanan. Food stylist merupakan individu yang menggayakan makanan untuk tujuan fotografi. Orang kata, make-up makanan. Ada pelbagai alat yang digunakan untuk menggayakan makanan. Contohnya adalah pembakar atau burner untuk mendapatkan efek garing, glycerine untuk efek berkilau dan segar, pisau kecil, pencucuk dan pelbagai lagi alatan-alatan kecil. Pada mulanya saya jangkakan menggayakan makanan sama sahaja dengan teknik hiasan makanan, rupanya ia bukan 100% sama. Kesimpulan saya, kulinari merupakan teknik hiasan makanan untuk dimakan, manakala teknik yang digunakan oleh food stylist lebih untuk tujuan fotografi. Tujuannya tetap sama supaya makanan tampak lebih menarik.
Mahukah kita praktiskan teknik-teknik ini dirumah?. Bagi saya, jika anak yang ada masalah cerewet untuk makan, ini salah satu cara untuk menarik minat mereka untuk makan. Contohnya sayur. Tapi berdasarkan pengalaman saya, masa anak-anak yang sudah cerdik, tetap juga tidak makan sayur walau dihias secantik mana. Mereka sudah pandai mengasingkan makanan yang mereka tidak suka. Saya kena cari teknik lain yang lebih kreatif untuk mereka.
No comments:
Post a Comment