Saturday, November 9, 2013

Rezeki di kampung

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Koleksi penulis

Minggu kali ini berkesempatan pulang ke kampung halaman. Sepang ke Melaka, tidaklah jauh mana. Hati bagai digaru-garu kerinduan kampung halaman. Hajat dihati mahu tengok keadaan sepanjang perjalanan. Setiap kali pulang, ada saja pembaharuan, bangunan baru naik, hutan dah hilang. Rupanya hajat tak kesampaian. Saya selamat belayar walaupun perjalanan belum sampai separuh. Tahu-tahu sudah sampai. Kami sampai pun sudah larut malam. Mujur emak dan ayah setia menunggu. Terima kasih emak, ayah. 

Esoknya seawal pagi sudah bangun. Anak-anak menunggu saja pelawaan Atuk untuk naik traktor. Ayah saya ada traktor, untuk bantu mesin rumput, tolak tanah, dan pelbagai kerja. Ayah saya bukanlah taraf pekebun kecil, hanya usahakan tanah dusun buah kecil-kecilan. Jadi, traktor itu hadiah untuk dirinya sendiri. Kalah dengan usia dan tenaga yang berkurang. Apa salahnya kan. Dengan traktor itu jugalah Atuk mengumpan cucunya bergembira. Dapat naik keliling rumah satu kali pusing pun cucu sudah girang tidak terkira.

Kali ini, Atuk dan Nenek ajak ambil pisang di kebun. Atuk bawa traktor sekali cadangnya mahu mesin rumput. Tiba di kebun, nampak pula durian sedang galak berbuah. Ayah dan emak kata belum mahu gugur lagi durian itu. Tapi bila saya  berdiri bawah pokok durian, hidung mula mencium bau harum durian. Emak terus jalankan misi. Wah, rezeki kami, cari punya cari, kami jumpa lapan biji durian. Alhamdulillah. Rezeki durian runtuh. Seronok betul. Anak saya memang sukakan durian, terus saja minta dikopek durian. Habis dua biji durian di dusun. Berlawan pula dengan minum air kelapa muda. Memang pengalaman menariklah untuk kami yang jarang-jarang masuk kebun. 

Bila matahari meninggi, masing-masing sudah lencun dengan peluh. Kami pun berangkat pulang dengan bekal durian dan kelapa muda. Rezeki yang tidak dirancang. Alhamdulillah. Dan pengalaman hebat untuk anak-anak, makan durian, minum air kelapa sambil berperang dengan nyamuk. Tapi di muka masing-masing ada wajah puas kerana dapat naik traktor Atuk pusing-pusing mesin rumput. 


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts