Tuesday, December 10, 2013

Contoh buku dari Big Bad Wolf 2013

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hujung minggu lalu saya sempat ke pameran buku Serigala Jahat Yang Besar. Walau pun ikut hukum terjemahan tidak boleh terjemah nama khas, saya suka juga mahu terjemahkannya. Sampai sekarang saya tak tahu lagi sebab musabab kaitan big bad wolf dengan buku. Tapi yang pasti, jualan berterusan dari pagi ke pagi, dari malam ke malam, memanglah umpama serigala jahat tak kenal waktu. 

Ok. Apa yang saya dapat dari pameran buku. Memang banyak yang menarik. Tapi tak mampu pula nak borong semua. Buku anak-anak memonopoli ruang beg saya. Selebihnya buku saya dan satu buku untuk suami saya. Cukuplah kan. Buku saya, buku suami saya juga. Buku suami saya, buku saya juga. Cop nama untuk buku pun ada dua-dua nama. 

Objektif saya untuk mencari bahan untuk penulisan. Jadi saya dapat tiga. Ada banyak lagi di sana. Hanya beli tiga. Buku karangan Gina Ford tidak berjumpa, tapi yang ada cukup memadai.  Semoga semangat menulis membuak-buak dengan bahan yang ada ini. 

Kesimpulannya, pameran ini memang super duper menarik dengan harga yang teramat syahdu saya melihatnya. Ada yang serendah RM1!. Menarikkan?.

Sesiapa yang teringin untuk ke pameran ini, silalah pergi. Ia akan berlangsung sehingga 15 Disember 2013. Terus menerus 24 jam. Pergilah pada waktu bukan waktu puncak. Saya sampai di sana jam 8.30 pagi dan dapat berjalan lenggang kangkung. Saya pulang jam 10.30 pagi dan orang sudah mula ramai dan berlaga-laga. Saya pergi kerana tidak suka berlaga-laga seperti ikan laga. 

Kepada yang akan ke sana, selamat membeli belah. 

Salam nutrisi. 



Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com

Dapatkan e book 44 Resepi Pantang pada harga promosi RM30 sahaja. Tempah sekarang. 


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts