Monday, December 9, 2013

Hamil dan Kolesterol

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari Isnin muncul lagi. Menghitung hari menjelang tahun baru 2014.

Hari ini bersambung kisah kolesterol lagi. Persoalan kali ini, adakah kolesterol akan menggangu kehamilan serta anak yang dikandung.

Semasa hamil, paras kolesterol akan meningkat 10-20% daripada paras normal.  Jadi ibu yang hamil, tidak perlu rasa bimbang, kerana ia normal. Lazimnya ia meningkat pada trimester kedua dan kembali normal beberapa bulan selepas bersalin, bergantung kepada kadar penurunan berat badan dan penyusuan. Paras kolesterol ketika hamil adalah pada anggaran 190 - 270 mg/dl, manakala paras normal adalah 160 - 200 mg/dl.

Bagaimana pula dengan kandungan?. Adakah ia terjejas dengan keadaan kolesterol yang meningkat?. Sudah tentu tidak. Kolesterol yang meningkat sememangnya diperlukan untuk pertumbuhan fetus. Walau bagaimanapun, ia tetap perlu dikawal untuk mengelakkan penyumbatan arteri.

Jika paras kolesterol berada terlalu jauh dari paras yang sepatutnya, biasanya, doktor akan menasihatkan ibu menjaga pemakanan secara ketat. Amalkan pemakanan yang kurang berlemak dan manis serta ambil makanan tinggi kandungan serat. Ada juga ibu yang mengambil minyak ikan untuk mengawal kandungan kolesterol. Ia antara langkah-langkah yang boleh dicuba.

Ada juga kes yang berkaitan dengan wanita yang sedang dalam prekirispi ubat berkaitan kolesterol dan ingin hamil. Kata beliau, doktor telah menasihatinya untuk berhenti mengambil ubat berkenaan. Apa jua keadaan, jika anda dalam tempoh perawatan, perkara terbaik adalah berjumpa dan mendapatkan nasihat pakar. Seeloknya stabilkan paras kolesterol sebelum mula merancang untuk hamil.

"Cegah sebelum parah".

Salam nutrisi rohani dan jasmani.



Sertai Akademi Bekerja Di Rumah dengan mendaftar kelas asas blog di bawah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
2) kelas asas blog dan fan page
3) kelas asas blog dan iklan mudah.my
4) kelas asas blog dan penulisan kreatif.

Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
FB Wani Mn




No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts