Friday, January 3, 2014

Urus masa 2014

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Alhamdulillah.

Sudah hari ketiga di tahun 2014. Hari Jumaat pertama di 2014. Anak-anak dan suami sudah berangkat. Sayu terasa bila anak bujang saya lambaikan tangan dengan nada suara tak sanggup mahu berpisah. Alahai. Sudah biasa berkepit, tiba-tiba berpisah di pagi hari, memang mengundang rasa sayu. Dalam sayu ada juga kegembiraan dia mahu ke sekolah. Manakan tidak, seawal pagi sudah senyum lihat baju sekolah siap bergosok.

Kakanya pula seperti biasa, sentiasa ceria dengan impian tak sudah. Macam-macam cerita keluar dari mulut. Kadang-kadang sampai tak tertahan telinga mendengarnya. Kadang-kadang mengundang angin puting beliung bila kerja tidak bergerak, disuruh mandi masih lagi dengan cerita angan-angannya. Aduhai anak.

Bila semua sudah bertolak, sunyi pula di rumah. Namun, aplikasi jalan terus. Tidak berlengah fikirkan perkara maca-macam, terus gerak lakukan apa yang patut. Oh, jangan lupa dapatkan Majalah Mingguan Wanita yang terkini, ada tulisan dari Puan Masayu Ahmad. Bacaan sesuai untuk para suri. Gambar hadapan perkahwinan Che Ta, isunya tentang cara pengurusan masa untuk elak stress bekerja di rumah. Apa yang ditulis benar belaka. Saya masih cuba aplikasi dalam jadual harian saya.

Semua perkara perlu dilakukan pantas. Untuk saya, kerja yang memerlukan tumpuan dan fokus saya ubah semula jadualnya dilakukan waktu pagi. Kerja dengan fokus insya-Allah dapat dilakukan lebih pantas. Waktu bersendirian tamat jam 12 tengah hari sebelum ambil anak pulang sekolah.

Hari kedua untuk membiasakan diri dengan jadual baru. Semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Maksudnya ini hari kedua persekolah. Harapnya hari ini tiada lagi gambar anak sekolah tersepit di kerusi. Lucu dan kasihan bercampur baur.

Pendaftaran kelas Asas Blog dan tempahan ebook masih lagi berjalan seperti biasa. Anda boleh lihat di page tabs dibahagian atas blog ini untuk lihat maklumat lanjut berkaitan.

Salam nutrisi jasmani dan rohani dari Bijak Nutrisi.


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts