Search This Blog

Suri bijak urus kewangan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Alhamdulillah, bagi yang penjawat awam bonus telah pun masuk. Seronok bila dapat duit bukan?. Siapa yang tidak seronok. Bila bab belanja lagi seronok. Sayalah bijak pandai fasal kewangan, jauh lagi pasal urus akaun. Oh, hari ini sedang berlangsung Kelas Urus Akaun Bisnes Kecil WAHM/Soho anjuran Akademi Bekerja Di rumah. Jika anda mahu sertai kelas, boleh membuat pendaftaran melalui saya.Selit pula promosi kan.

Ok baik. Saya bukan mahu cerita pasal akaun. Tapi entri ini saya mahu kongsikan bagaimana uruskan pendapatan setiap bulan. Dahulu saya selalu guna sistem sampul surat. Asingkan siap-siap duit untuk bil, untuk kereta, simpanan dan seterusnya. Kakak saya juga amalkan yang sama. Siap ada folder kecil khas dia buat cantik-cantik. Saya hanya sampul surat biasa saja.

Saya dan kakak saya akui, sistem ini memang berkesan. Duit teratur, kepala tak pening hingga emosi. Sistem ini seperti sistem auto. Setiap bulan, keluar duit siap-siap bayar dalam sampul surat. Bila mahu bayar yuran, keluar sampul, bila mahu beri duit mak ayah, keluar sampul. Begitu. Duit dalam bank hanya untuk belanja saja. Tapi bukan untuk dihabiskanlah kan.

Kini, bila sudah menjadi suri rumah, saya masih amalkan perkara yang sama. Bila sudah jadi suri rumah, bukan saja kena bijak buat kerja rumah dan jaga anak-anak, pegawai kewangan pun kita juga kan?. Cuma sekarang telah dinaik taraf. Saya terbaca satu lagi cara urus kewangan. Masih guna sistem sampul atau kata penulis ini di FB-nya Ramlah Lahadi, menggunakan sistem tabung.

Katanya begini.
Sediakan enam tabung. Saya buat secara maya di Excel saja.

Label enam tabung sebagai:-

  1. FFA - Free financial account (10%)
  2. LISA - Long term saving spending (10%)
  3. Ness - Necessity (55%)
  4. Edu - Education (10%)
  5. Play - Hiburan (10%)
  6. Charity - Kebajikan (5%)
FFA- Tabung yang tidak boleh diusik. Tabung ini untuk anda simpan sebagai tabung bebas masalah kewangan. Bila anda perlu, anda ada duit ini.

LISA - Simpanan untuk anda beli barang idaman anda yang mahal. Contoh kereta BMW anda. Gunakan tabung ini untuk kumpul pendahuluannya duitnya.

Ness - Untuk keperluan asasi seperti barangan dapur, bil dan perkara perlu bulanan anda. Nasihat beliau, jangan sampai negatif. Jika sudah negatif, ini penanda aras anda perlu jana pendapatan sampingan.

Edu - Tabung khas untuk ilmu contohnya kelas untuk anda baiki komunikasi, kelas-kelas agama. Ini bukan terhad untuk diri anda saja, malah satu keluarga anda.

Play- Tabung ini khas untuk hiburan seperti makan luar sekali sekala, tengok wayang, makan aiskrim.

Charity - gunakan tabung ini untuk sedekah dan perkara kebajikan. Ia penting juga tau.

Saya rasa sistem ini lebih lengkap berbanding sistem sampul yang saya amalkan dahulu. Sampul yang ada sekarang digunakan untuk uruskan tabung ness tadi. Insya Allah, saya  harap saya berjaya istiqamah perkara ini untuk bebas kewangan.

Selain bijak nutrisi untuk memasak makanan keluarga, saya perlu juga lengkapkan diri dengan pengurusan wang seperti ini. Baru jadi superWAHM, SuperMom. Ebook SuperWahm SuperMom masih lagi dijual. Jika anda berminat untuk memilikinya boleh hubungi saya di nurzahwanimohdnor@gmail.com atau 0136200432 ya.


Selamat menjadi SuperWahm SuperMom.


CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Makluman

Penulisan dari blog Bijak Nutrisi ini adalah bersifat umum dan hanyalah karangan penulis berdasarkan pembacaan, pengalaman dan perbualan harian. Perkongsian di sini tidak diperhalusi dan dimurnikan oleh mana-mana pegawai perubatan berdaftar. Anda hendaklah merujuk kepada pegawai perubatan yang sah dan tidak menggunakan isi kandungan penulisan ini secara membuta tuli.

Isi kandungan ini juga tidak ditujukan kepada mana-mana individu melainkan dinyatakan secara terang-terangan.

Mana-mana pembaca yang berhajat untuk menyalin dan mengerluarkan semula isi kandungan dari penulisan blog Bijak Nutrisi ini dan anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan, anda dialu-alukan berbuat demikian, dengan syarat kredit atau link back ke alamat blog Bijak Nutrisi ini.

Terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.

Google+ Followers

Tweet Tweet

Pinterest Gallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram Shots

Back
to top