Friday, February 21, 2014

Asbab bunga.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah.
Nikmat sihat selepas sakit. Selepas seharian terlantar menyertai musim selsema dan demam, rasa syukur bila sudah sihat. Mengimbas perbualan bersama anak lelaki saya kelmarin, waktu petang, waktu mereka bermain dengan anak jiran-jiran yang lain. Tiba-tiba anak lelaki saya masuk membawa kudup bunga raya. Salah satu kegemaran anak bujang saya. Hadiahkan bunga untuk mama.

"Mama, mama suka bunga kan?. Nah, Amir ambil untuk mama."
"Ok Amir. Terima kasih."
"Ok, Mama simpan tau. Nanti tunjuk kat Abah."

Senyum sajalah mama Amir. Ambil bunga dan simpan dalam bakul. Pemberian anak, amanah kita. Jangan buang. Jika nak buang pun, jangan depan anak. Begitu juga dengan mainan dan hasil kerja anak yang lain. Dulu saya tak ambil pusing. Tapi ilmu dikutip hari-hari buat bekal. Antara keuntungan orang rajin membaca. Bukan nak puji diri sendiri, tapi ia galakan untuk rajin membaca.

Berbalik kisah awal tadi. Keesokkan harinya saya tidak sihat. Bunga pun lupa nak ditunjukkan pada Abahnya. Dalam lemah longlai, saya terpandang pula kudup bunga Amir. Allahu Akbar. Dalam sakit ada nikmat. Kembang hati saya. Bercambah-cambah bunga kasih sayang. Kudup semalam sudah kembang di dalam bakul!. Subhanallah. Sayangnya, lupa pula nak ambil gambar. Hari ini, bunga sudah kuncup. hampir layu pun. Kesan kepanasan.

Antara keseronokan mempunyai keluarga. Alhamdulillah. Kadang kita terlupa nikmat yang diberi Allah.

{وَالْأَرْضَ وَضَعَهَا لِلْأَنَامِ (10) فِيهَا فَاكِهَةٌ وَالنَّخْلُ ذَاتُ الْأَكْمَامِ (11) وَالْحَبُّ ذُو الْعَصْفِ وَالرَّيْحَانُ (12) فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ} [الرحمن: 10 - 13]

Dan Allah Telah meratakan bumi untuk makhluk(Nya). Di bumi itu ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak mayang. Dan biji-bijian yang berkulit dan bunga-bunga yang harum baunya. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?
 [Ar-Rahman: 10-13]


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts