Wednesday, February 19, 2014

Santan untuk bayi anda

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Susu lemak manis,
     Santan kelapa muda,
Adik jangan nangis,
     Emak buat kerja.

Apa sinonimnya pantun ini dengan tajuk di atas?. Ia hanya pembuka bicara. Pantun melayu lama ini menunjukkan keakraban kekeluargaan. Walau pun tanggung jawab itu penting, ia sama pentingnya dengan keberadaaan emak di sisi anak.

Berkait pula dengan pembayang pantun berkenaan, rupanya di luar negara, ada juga ibu yang menjadikan santan sebagai alternatif kepada susu badan. Dan, yang paling menyeronokkan bila membaca langkah demi langkah untuk mendapatkan santan kelapa. Lucu jugalah jika ingin perah santan, kena google di internet. Saya kira di Malaysia, tidak pernah lagi saya mendengar isu ini, termasuklah menggunakan santan sebagai alternatif kepada susu badan walau pun pembayang pantun ini sedemikian.

Mengapa santan kelapa dipilih untuk menggantikan susu badan?.
Santan kelapa tinggi kandungan asid lemak laurik yang menyerupai kandungan susu ibu. Santan kelapa juga tinggi kandungan asid lemak rantai sederhana yang mudah diserap oleh badan. Asid laurik juga meningkatkan imunisasi badan terhadap penyakit. Anda pernah dengar tentang virgin coconut oil?. Ia menjadi sangat mahal kerana kandungan asid lemak rantai sederhana ini. Asid lemak rantai sederhana ini merupakan agen penyerap vitamin larut lemak yang sangat diperlukan iaitu A,D,E,dan K.

Jadi, adakah santan kelapa boleh menggantikan susu badan?. TIDAK!. Ini kerana sistem pencernaan bayi yang belum matang, tidak sesuai untuk mencernakan santan kelapa ini secara keseluruhannya. Santan kelapa juga kurang kandungan kalsium dan semestinya tiada antibodi yang diperlukan untuk bayi yang comel itu.

Isu lain berkaitan santan dan bayi
Isu yang selalu ibu tertanya-tanya, bilakah waktu yang sesuai untuk bayi kecil diperkenalkan dengan santan dan adakah santan ini buruk untuk bayi?.

Seperti yang diterangkan sebelum ini, santan mempunyai kandungan yang baik. Malah, ada pengkaji yang mengatakan asid lemak tepu yang terkandung dalam santan kelapa ini sangat baik untuk kesihatan dan tidak boleh disamakan dengan asid lemak tepu dari sumber haiwan yang boleh meningkatkan penyakit kardiovaskular.

Walau bagaimanapun, makanan bersantan hanya boleh diberikan kepada bayi yang berumur sembilan bulan ke atas sahaja. Bolehlah campurkan sedikit dalam masakan untuk si comel anda seperti dalam sayuran. Namun kuantitinya tidak perlu banyak. Awasi juga keadaan makanan, kerana makanan mengandungi santan, cepat basi. Santan yang digunakan seeloknya yang diperah sendiri dan bukan dari santan serbuk atau kotak, kerana kandungan aditif makanannya.






No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts