Tuesday, February 11, 2014

Asingkan Makanan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pernahkah anda dengar tentang pencemaran bersilang atau kata antarabangsanya 'cross contamination'. Pencemaran bersilang antara makanan sering kali terjadi terutamanya bila dikaitkan dengan penggunaan papan pemotong di dapur. Pencemaran makanan bersilang kata mudahnya, makanan yang elok, tidak tercemar dan sedia untuk dimakan, tercemar pula dek kesalahan aktiviti kita disekeliling makanan yang elok, dan selamat dimakan.

Daging, ayam dan makanan laut mentah perlu diasingkan daripada bahan makanan siap dimakan seperti roti, butter, marjerin dan buah-buahan. Bahan mentah boleh menyebarkan bakteria ke bahan makanan siap dimakan kerana logiknya, makanan seperti marjerin dan buah-buahan tidak dimasak untuk membunuh bakteria yang tersebar tadi.

Lazimnya, kita menhyahbekukan ikan atau ayam waktu malam hari engan menegeluarkannya dari bahagian beku ke bahagian sejuk. Bagi praktis sebegini, pastikan ikan atau ayam mentah tadi dibungkus elok dan diletakkan berasingan dari bahan makana sedia dimakan. Letakkan dibahagian bawah supaya jika ada kejadian tidak diingini seperti kebocoran bekas, ia tidak meleleh dan menitik ke makanan lain.

Perkara lain yang menjadi penyebab berlaku pencemaran bersilang adalah tangan kita sendiri. Saya terngiang-ngiang video dari you tube mengisahkan pembuat roti canai yang pengotor. Huh. Dari tangan ke tuala ke ketiak ke kaki ke hidung. MasyaAllah. Macam mana nak cerita saya pun tak tahu. Jika anda belum tengok, sila jangan tengok. Pasti tidak lalu makan roti canai seminggu. Saya kira moral dari cerita itu, BASUHLAH TANGAN SELALU dan elakkan pencemaran bersilang di rumah kita sendiri.


Jika tengok rancangan memasak di televisyen, cuba anda perhatikan, berapa kali chef itu membasuh tangan?. Saya sering lihat, pegang telur, pegang daging, pegang daun herba, yang adanya lap tangan di kain yang satu. Wah!. Sendiri mau ingat. Memang, kita manusia cepat lupa. Jadi entri sebegini saya tujukan untuk diri sendiri dan pembaca supaya mengingatkan diri kita. Bukan untuk menuding jari menyalahkan sesiapa. Saya juga sering silap. :)



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts