Monday, February 10, 2014

Tips kenalpasti anak sihat

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Sekarang ini musim demam saya kira. Rata-rata orang bercerita tentang anak demam di muka buku. Kemudian di klinik juga penuh. Saya juga terkena tempiasnya. Oleh kerana Selangor merupakan kawasan mencatat indeks pesakit denggi tertinggi, anak yang demam berpanjangan akan di periksa darahnya. Langkah berjaga-jaga.

Sebut tentang langkah berjaga-jaga, maksudnya, sama juga dengan cegah sebelum parah. Jadi saya kira pasti ada tips untuk tahu, sama ada badan kita mempunyai perisai yang cukup atau tidak untuk halang penyakit. Kita sememangnya mesti menjaga kesihatan yang telah diamanahkan tuhan kepada kita. Tapi apa indikatornya kita sudah menjaga kesihatan kita? Takkan tunggu sakit baru tahu kan?.

Pembacaan saya membawa kepada artikel dari Zuraini Mat Isaa dalam bukunya Anakku Mahu Makan.
Katanya, sebagai ibu bapa kita mempunyai beberapa cara untuk kenal pasti sama ada anak kita mempunyai cukup nutrisi yang dapat melengkapi keperluan fungsi tubuh serta menjadi perisai menghalang penyakit.
Caranya sangat mudah, umumnya melalui pemerhatian. Saya kongsikan sebahagian daripadanya.

Rambut.
Sihat apabila berkilau dan kuat.
Kurang nutrisi bila tidak bermaya, rapuh kering dan mudah gugur.

Mata
Sihat bila berwarna cerah, membran merah jambu dan cepat ubahsuai dengan pencahayaan.
Kurang nutrisi bila berwarna merah, membran tidak bermaya, lambat sesuai dengan kegelapan.

Kulit
Sihat bila lembut, pejal, warna menarik
Kurang nutrisi bila kering, kasar, berbintik, tidak mempunyai lemak dibawah kulit.

Sikap
sihat bila berwaspada, penuh perhatian, ceria
Kurang nutrisi bila lekas marah, lesu, kurang perhatian, hiperaktif.

Lidah
Sihat bila merah, lekak lekuk dan kasar.
Kurang nutrisi bila bengkak, lembut, keunguan, bengkak.

Itu adalah sedikit yang saya rasa mudah untuk ibu bapa pantau. Bila duduk-duduk bersama anak, mudah saja untuk kita periksa. Untuk saya, memang nampak tanda-tanda anak saya kurang nutrisi untuk kulit dan rambutnya. Selepas ini tindakan saya adalah mencari langkah untuk cukupkan nutrisi yang sesuai.




No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts