Sumber Teks: http://nadraamat.blogspot.com/2013/12/ulasan-saya-sudah-tamat-kelas.html
Ulasan : Saya sudah tamat kelas
Assalamualaikum,
Alhamdulillah baru hari ini saya berpeluang membuat ulasan tentang belajar asas blog dan penulisan, tidak disangka akhirnya saya berjaya menyiapkan tugasan dalam kelas asas blog dan penulisan. Walaupun agak lambat tetapi saya rasa seronok dapat menghasilkan blog sendiri. Dari segi penulisan, kini saya lebih yakin membuat entri kerana sudah tahu cara penulisan yang baik. Dengan masa kelas yang fleksibel memudahkan saya mengikuti kelas ini. Saya akui agak sukar membahagikan masa antara kerja rumah, kerja di pejabat dan menulis blog serta membuat iklan untuk perniagaan sampingan saya. Sehingga ke hari ini pun saya masih belum dapat menulis setiap hari. Tetapi pengetahuan dalam kelas ini sangat bermanfaat. Saya tidak lagi tetkial-kial menulis. Sebelum ini setiap kali ingin menulis, saya pasti buntu dan akhirnya saya jadi hilang motivasi. Masih banyak lagi yang perlu saya belajar terutamanya pengurusan masa. Moga saya dapat istiqamah untuk terus menulis.
Walaupun sudah habis belajar, tetapi saya masih boleh berhubung dengan guru dan yang paling penting dapat menyertai rakan-rakan yang sudah lama menyertai kelas ini. Membaca sahaja perkongsian mereka pun sudah memberi semangat untuk terus belajar menulis. Ramai rakan-rakan dalam kelas ini yang sudah mempunyai hasil penulisan yang telah memberi pendapatan kepada mereka. Moga saya pun suatu hari nanti dapat mengikuti jejak langkah mereka.
Sekian sahaja perkongsian saya pada kali ini. Bagi anda yang ada minat untuk menulis tetapi tidak tahu caranya, anda sertaikan kelas ini. Insyaallah sangat berbaloi. Kekangan masa dan lokasi bukan lagi alasan untuk kita tidak belajar.
--------------------------------------------------------------
Hubungi penulis (guru online kelas asas blog),
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
No comments:
Post a Comment