Tuesday, February 18, 2014

Wanita dinaikkan pangkat sebagai isteri

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


"Beritahulah kepada orang ramai akan nikah ini 
dengan pukulan gendang dan rebana". (riwayat Ibnu Majjah)

Seronokkan berkahwin. Tak kira, hadiri kenduri kahwin, membuat kerja kahwin, dan juga bila kita sendiri menjadi pengantinnya. Gambar disimpan menjadi kenangan abadi dikenang hingga anak cucu cicit piut miut. Sudah pasti ia seronok. Walau pun inti pati selepas berkahwin itu pelbagai rencahnya, pahit, masam, manis payau dan pelbagai lagi rasa. 

Perkahwinan sememangnya sesuatu perkara yang suci. Manakan tidak, kata ustazah kuliah Sirah Nabawiyah di Masjid, "wanita hanyalah wanita biasa-biasa, sehingga ia dinaikkan pangkat sebagai isteri". Ya, kawan-kawan, isteri ini rupanya satu pangkat yang mulia. 

Bila menjadi isteri, ia beserta pakej dan elaun-elaun yang wajarnya, duduk di rumah, lahirkan anak, jaga anak hinggakan menyusukan anak juga tidak perlu dan patut diberi upah!. Hebatnya golongan wanita dimuliakan di sisi Islam. 

Mengapa belajar Sirah Nabawiyah ada cerita pasal wanita ya?. Ini semua berkait dengan penurunan ayat al-quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Untuk mengetahuinya, saya perlu menghadiri kuliah ini selanjutnya.

Hakikatnya di Malaysia, wanita sinonimnya dengan kerja rumah. Bagi suri yang bekerja di luar rumah juga tidak terlepas dengan kerja rumah. Semasa zaman saya bekerja di luar rumah dahulu, memang tidak betah kalau sehari tak lakukan kerja rumah. Balik dari kerja, terbang tudung, tak salin baju, beg tangan campak saja di kerusi, terus pung pang pung pang di dapur. Jika mahu makan luar pun, tak lalu juga jika setiap hari. Ia biasa, ia lazim. Hujung minggu ke pasar pula. Alkisahnya, mereka yang pernah berada di Timur Tengah katanya yang memasak, ke pasar semuanya suami yang uruskan. Jika tidak mampu lakukan, diupah pembantu rumah. Seronoknya rasa. Tapi bila disesuaikan di sini, macam pelik saja dan tidak puas hati bila suami memasak di dapur hari-hari. 

Cuba bayangkan, kita ada anak kecil, suami masak makanan untuk anak kecil kita. Bubur, puree buah dan sayur. Stok buah. Kemudian, bersusah payah pula menyejuk bekukan puree buah dan sayur di peti beku. Oh, tidak. Bak kata orang Melaka. Tak sajak!.

Mahu tak mahu, kita orang perempuan yang lazimnya lakukan semua ini. Yang sibuk-sibuk buka google dan cari fasal resepi bayi dan anak kecil, sudah pasti perempuan. Yang memasak dan mengisar bubur sudah tentu wanita juga. 

Jadi, kepada wanita, perempuan, yang sedang bersiap sedia untuk berkahwin, set minda anda awal-awal. Berkahwin bukan sekadar majlis perkahwinan, gilang-gemilang, tapi banyak lagi pakejnya selepas masuk alam perkahwinan. Bersedia untuk menjadi isteri, seterusnya ibu kemudian menjadi chef dan pegawai dietetik yang berjaya. Semua urusan itu akan diserahkan kepada kita, apabila sudah mula belayar ke bahtera perkahwinan. Siap-siap simpan niat dalam hati, semuanya dilakukan demi keredhaan Allah, untuk bantu suami, walau pun bukannya tanggungjawab kita pun.

Namun, janganlah risau. Kita tidak perlul handal hingga menjadi seperti tukang masak restoran atau hotel.  Rumah tip top berkilat bak lobi hotel. Cukuplah sekadar ikut kemampuan kita. Kadang-kala memang kita tak terbuat semua itu. Tambah pula dengan kehadiran anak-anak syurga. Ia boleh diperbaiki dari masa ke semasa. Jangan lupa maklumkan pada suami, kita hanya membantu. Kurang sana-sini, tidak perlu komplen sangat. Jika suami sama-sama lakukan tugasnya, ia akan jadi lebih sempurna.

Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang diterima. Apa yang baik, harap bermanfaat, yang dirasakan tidak sesuai jadikanlah sempadan.

Wallahualam.

--------------------------------------------------

Blog merupakan salah satu medan untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Tidak kurang juga menjadikan blog sebagai sumber pendapatan. Jika anda berminat untuk mempunyai blog anda sendiri sama ada untuk tujuan bisnes atau perkongsian pengalaman, jom sertai saya dalam KELAS ASAS BLOG. Anda boleh hubungi saya di talian 0316200432 atau emel nurzahwanimohdnor@gmail.com.


No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts