Kelas Urus Akaun yang di buka oleh Akademi Bekerja di Rumah yang merupakan hasil kajian di muka buku. Rata-rata WAHM yang mulakan bisnes mempunyai masalah tidak tahu urus akaun bisnes.
Ternyata, usaha pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, membuahkan hasil. Ini adalah salah satu testimoni pelajar yang telah selesai kelas akaun secara online.
Sumber: http://aishah-hussein.blogspot.com/2014/01/ulasan-kelas-asas-akaun.html
Ulasan salah seorang peserta kelas akaun, Azlina Abd Aziz
Sesungguhnya kelas akaun secara online ini sangat memudahkan
pelajar suri rumah seperti kami di mana tidak perlu untuk keluar rumah
dan itulah objektifnya. Di samping itu juga, dapat menjaga anak di
rumah, seperti peribahasa sambil menyelam sambil minum air. Walaupun
dalam masa yang singkat, banyak ilmu akaun asas dapat dipelajari dan
diketahui. Walaupun saya mempunyai sedikit pengalaman semasa bekerja
dalam mengurus akaun syarikat lama, saya dapat menggilap lagi asas yang
saya ada. Setelah mempelajari ilmu akaun asas ini, saya dapat memahami
bahawa ia sangat penting bagi setiap individu untuk belajar mengenai
akaun dalam menjalankan perniagaan secara online ataupun offline. Faktor
paling penting yang saya anggap berat adalah duit persendirian tidak
boleh dicampur-adukkan dengan duit perniagaan kerana terdapat pelbagai
kelemahan dan masalah akan timbul sekiranya akaun di uruskan seperti
ini.
Sesungguhnya pembelajaran asas kelas akaun ini amat bagus dan
bermanfaat serta menjimatkan masa. Akan tetapi jika kita hendak
mendapatkan ilmu akaun ini secara terperinci, hendaklah kita menghadiri
kelas secara offline seperti dicadangkan oleh trainer, Puan Khadijah.
Anda berminat untuk sertai kami?
Hubungi saya,
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432
( https://www.facebook.com/messages/zahwanimn )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...
Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....
Popular Posts
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Foto: Carian google Si Manja lazimnya mula diberi makanan apabila mencecah umur enam bulan. Pengalaman s...
-
Teks: Nurzahwani Mohd Nor Kus semangat?. Orang tua-tua kampung saya selalu kata, kalau budak-budak tembam jangan kata "gemuknya...
No comments:
Post a Comment