Monday, March 10, 2014

Tragedi Pesawat MH370

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Hari ini sudah masuk hari ketiga tragedi kehilangan pesawat MH370. Sudah tiga hari juga tragedi urutan daripadanya berlaku. Pesawat Boeng 777-200 ini berlepas dari Kuala Lumpur jam 12.41 pagi Sabtu dan dijangka tiba di Beijing pada jam 6.30 pagi. Namun, yang ditunggu tidak tiba. Mungkin sebagai orang yang melihat, kita hanya mengalami satu tragedi atau dua atau tiga, termasuk tertipu dengan beberapa maklumat palsu, rayuan palsu dari anak palsu dan seangkatan dengannya. Bagaimana dengan mereka yang berada di Beijing menanti kedatangan orang yang ditunggu?. Bagaimana dengan sanak saudara yang memegang telefon menanti sms "sudah sampai di Beijing"?.

Sewaktu mendapat berita kehilangan , saya dan suami sedang bersiap untuk pulang ke kampung. Rancangnya selepas balik dari kelas agama, kami akan terus pulang ke kampung. Beg sudah pun diletak di depan pintu. Tiba-tiba suami dapat panggilan kecemasan untuk membuat mesyuarat tergempar kehilangan pesawat. Tersentap rasa hati sebab tidak pernah lagi Malaysia mengalami peristiwa kehilangan pesawat Boeing yang membawa ratusan rakyat. Paling jauh pun beberapa kapal terbang kecil yang tersesat atau kapal terbang pelatih yang tersasar. Ini pula adalah kapal terbang penumpang. ALLAHUAKBAR

Sejak dari pagi itu, banyak sungguh berita palsu tersebar. Aduhai. Hati ini bagai dicucuk ditarik dicucuk dan ditarik. Saya tak pasti bagaimana perasaan ahli keluarga yang benar-benar terlibat dalam hal ini. Saya rasakan saya terkesan dengan perkara ini, kerana memahami perasaan menghantar orang tersayang pergi untuk bertugas dengan mengharapkan perkara terbaik untuknya. Alih-alih yang pergi terus senyap, tiada berita. Aduhai. Sememangnya apabila mendengar berita pesawat terhempas, C130 tersasar, helikopter dicari. Memang risau.


Kes ini sudah masuk tiga hari. Sudah tiga hari juga saya rasa tempoh paling lama saya duduk di hadapan televisyen menanti berita terkini. Sudah tiga hari juga pelbagai orang-orang pakar berkaitan melontarkan pendapat, teori dan pandangan. Paling terbaru saya dengar adalah daripada pakar yang bersama-sama dalam misi pencarian pesawat di Bario. Beliau tidak menafikan, doa dan permohonan untuk membuka hijab dan ditunjukkan kesan pesawat perlu dipinta pada Allah yang maha Esa. Beliau mengakuinya sendiri, ia berdasarkan pengalaman beliau. Namun, masih juga mengakui, ia tidak dimasukkan dalam jurnal tulisannya yang diterbitkan di antarabangsa.

Tapi perkara terbaik yang berlaku adalah kerjasama antarabangsa yang menghulurkan bantuan dalam misi pencarian pesawat yang hilang ini. Rakyat dunia juga menunjukkan keprihatinan dengan sama-sama mendoakan yang terbaik untuk penumpang MH370.

Semoga kerjasama dan kebaikan ini ikhlas dan berpanjangan. Sama-sama kita terus berdoa untuk keselamatan, kemudahan, keamanan semua penumpang MH370 tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan.

Kepada mereka yang suka tekan butang 'share' perkara yang tidak pasti, hentikanlah aktiviti itu. Yang boleh di kongsi adalah doa dan kata-kata semangat. Tapislah maklumat-maklumat yang anda terima. Biarkan pihak radio dan televisyen siarkan berita, teori dan pandangannya. Jika tidak dapat lihat di televisyen dengarlah di radio.

1 comment:

  1. Anonymous3/10/2014

    Ya saya amat bersetuju,berdasarkan pengalaman mereka dalam pencarian nahas helikopter di Bario Sarawak dahulu mungkin boleh membantu dalam tragedi pesawat MH370 ni... dengan menggunakan segala ikhtiar yang ada bukan sahaja menggunakan peralatan yang canggih,bahkan melalui pendekatan keagamaan dan spiritual juga.

    ReplyDelete

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts