Saturday, April 26, 2014

Minyak berkulat. Betulkah berkulat?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.
Semuanya di hujung jari. Maklumat semakin mudah disampaikan. Kadangkala betul, kita sebarkan. Bila rasa cerita panas, lagi cepat kita sebarkan. Kalau cerita tak benar, bagaimana? Anda sebarkan juga atau KIV atau lupakan saja?

Minggu sudah saya dapat satu gambar dari kumpulan whatsapp masjid kampung saya.Pertama kali baca, saya jerit dalam hati, ewww, gelinya!.
Tengok lagi sekali lagi, fikir lama sikit. Baca-baca sikit. Terang sikit fikiran.


Apa pendapat anda?
Isunya adalah dikatakan minyak ini berkulat, kerana ia minyak terpakai ditapis semula dan ia tiada logo halal. Saya tak mahu bicara tentang isu halal. Saya mahu sentuh tentang kulat.

Sebenarnya pertama kali jumpa memang nampak geli. Saya pernah saja jumpa di rak kedai mempunyai pendingin hawa, minyak jenama lain yang ada putih keladak seperti ini. Namun, adakah ia benar-benar kulat?.

Tambahan lagi, berdasarkan pengalaman sebelum ini, saya pernah lihat masalah keladak dalam minyak seperti ini. Dan ia bukan sama sekali kulat. Ia dipanggil 'Clouding Effect'. Minyak ini mempunyai 'clouding point'. Bila tiba takat beku atau 'clouding point', minyak akan mula membentuk kristal dan membeku. Ia adalah lemak dari minyak itu sendiri.

Walau pun nampak macam geli atau tidak cantik, sebenarnya minyak masih elok. Melainkan ada bau tengik. Atau berkulat sungguh-sungguh ada nampak bulu-bulunya.

Kenapa ada banyak lagi minyak yang tidak membeku?

Antara sebab minyak lain tidak membeku adalah belum sampai tahapnya untuk membeku (belum sampai clouding point). Kemudian, minyak ini kemungkinan minyak campuran dengan sifat kimianya sesuai kandungan lemak tepu dengan lemak tidak tepu.

Selain itu, pengeluar minyak juga menggunakan bahan anti pengkristalan untuk menghadapi masalah sebegini, terutamanya bagi minyak yang dikeluarkan untuk negara bermusim sejuk. Bahan anti pengkristalan ada pelbagai, sama ada menggunakan minyak yang telah terubahsuai atau menggunakan bahan sintetik. Boleh rujuk bacaan di sini.

  1. http://www.google.com/patents/US20030068426
  2. http://www.americanpalmoil.com/publications/Palm%20Olein%20Improves%20Cooking%20Oil%20Blends.pdf


Ini antara gambar lain minyak zaitun yang membeku.




Jadi, betulkah dalam minyak Avena di atas, adalah kulat?. Saranan saya, hentikan penyebaran maklumat minyak berkulat. Jika tidak benar, dikhuatiri jadi fitnah. Satu lagi, ia membantut pendapatan pekebun kecil yang mengusahakan ladang sawit. Saya tak mahu sebut ladang kelapa sawit besar.

Tambahan pula sawit merupakan industri komoditi negara. Sedang Malaysia berusaha menangkis serangan negara luar yang anti sawit, 'serangan' dari dalam sebegini, patut difikirkan dengan lebih jauh dan lebih mendalam.

P/s: Minyak sawit tidak setanding minyak zaitun, tapi ia juga rezeki dari Allah.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts