Monday, April 28, 2014

Ramuan sakit tekak dari dapur

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Bismillah.

Tekak gatal rasa ingin menggaru. Perit, pedih, rasa terluka. Amboi, macam drama swasta. Saya cuma mahu gambarkan perasaan bila sakit tekak. 

Dahulu, kawan saya berkongsi, bila mula rasa sakit tekak, bakteria sudah mula ada di tekak. Katanya, kadang kala boleh nampak putih di tekak, macam koloni bakteria di piring kaldu. Tipsnya, bila ada rasa berpasir di tekak, boleh cepat-cepat kumur air garam.

Anda pernah tengok kultur bakteria?. Rupanya begini. Satu kelompok itu adalah satu koloni. Saja-saja cerita sebagai ilmu. Beginilah salah satu langkah Shirota mengkaji strain untuk minuman kulturnya.




Kembali kepada kisah sakit tekak. Masa kecil, mak saya selalu berikan lozenges jenama Dequadin (betul atau tidak ejaannya). Tapi, bila dah dewasa, rasanya menghisap lozenges sudah tidak sedap. Tambah lagi bila tiada stok di rumah. Kemudian saya jumpa pula ramuan khas untuk sakit tekak ini dari muka buku.

Ramuan:
Dua biji lemon (dibersihkan dan dihiris)
Dua biji halia, sebesar ibu jari (bersihkan dan dihiris menjadi kepingan bulat)
1 cawan madu

Cara-cara:
1. Dalam bekas (350ml – 400ml), campurkan hirisan lemon (tinggal 3-4 hirisan) dan halia.
2. Tuangkan madu ke dalam bekas itu dengan perlahan. Ini mungkin mengambil sedikit masa untuk membiarkan madu tenggelam ke bawah dan di sekitar limau dan halia hirisan. Pastikan setiap ruangan udara diisi dengan madu. Tinggalkan sedikit ruangan di atas untuk ditutup dengan beberapa hirisan lemon.
3. Tutup bekas itu dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ia akan keras dan menjadi seperti agar-agar.
4. Campurkan 1 – 2 sudu teh ‘agar-agar’ madu itu cawan dan tuangkan air mendidih ke atasnya.
5. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk 1 hingga 2 bulan.

Bila saya baca boleh simpan 1-2 bulan, saya rasa menarik sangat. Jadi, tak rugi jika mencubanya. Sebenarnya sebelum ini saya gunakan jem lemonade tanpa pengawet dan ditambah madu secukup rasa. Jadi, dengan adanya resepi di atas, saya tak perlulah beli jem lemonade. Buat saja di rumah. Saya kira resepi di atas boleh juga digunakan untuk anak kita bukan?.
Jika anda rasa menarik, silalah salin siap-siap dalam buku resepi anda. Selamat mencuba!.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

1 comment:

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts