Tuesday, April 15, 2014

Tak ada air dan makan luar

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Segala puji bagi Allah.
Isu tiada air bagai sudah sinonim. Walau hujan, bila turunnya bukan masuk ke empangan, isu ini berterusan. Tapi sekurang-kurangnya ia pengajaran nak kata keras tak keras sangat. Pandai dah kita letak besen dan baldi tadah sendiri air hujan. Sayalah tu.

Kisahnya, kawasan perumahan saya tiada air bukan kerana catuan, tapi lebih kepada masalah pam air rosak. Perumahan saya kecil saja, jadi catuan air tidak dikenakan. Alhamdulillah. Jumlah rumah hanya 25 buah. Kecilnya. Tapi saya seronok berkampung di sini. Taman kecil, kenal semua orang, kalau tukar kereta atau pinjam kereta baru pun boleh tahu. Awas pencuri kerana kereta anda akan dikenalpasti.

Waktu tiada air, kawan-kawan pakat makan luar. Saya masih fikir-fikir. Teringat pesan mak saya. Kalau kita di rumah sendiri, ahlinya kecil, nak masak tiada air, rasa kepayahannya. Cuba fikir, macam mana orang kedai masak dan basuh pinggan. Mula pula terbayang-bayang dan rasa mual. Setiap kali mahu makan luar, terngiang-ngiang kata mak saya. 

Anda macam mana?. Saya hanya sampaikan perkara untuk difikir-fikirkan. 

Terkenang status kawan muka buku saya. Beliau seorang yang sibuk, namun sentiasa titik beratkan hal pemakanan anak-anak. Sebolehnya beliau memasak sendiri di rumah dan setiap makanan di masak ikut waktu. Tiada istilah panaskan makanan. Hinggakan orang yang melihat, menganggap beliau mempunyai pembantu rumah, sedangkan beliau tiada. 

Saya rasa beliau HEBAT. Semuanya tentang masa. Tapi jika ada matlamat, sedaya upaya kita cuba berlari melebihi masa. Kawan ini percaya, anak yang makan masakan air tangan ibu lebih berkat, terjamin kebersihan rohani dan jasmani makanan berkenaan. 

Saya juga berfikir yang sama. Sekarang sedang berterusan mencuba. Alhamdulillah, Allah bagi lorong. Apa jua impian, hantar proposal pada Allah, InsyaAllah ada bantuan.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts