Wednesday, August 20, 2014

MGTT hamil kali ini.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Lama pula entri ini dalam draft. Hari ini kita sudahkan dan siarkan.

Kisahnya tentang MGTT (modified glucose tolerance test) atau ujian saringan toleransi gula. Masa mengandung sebelum ini, saya ingat ada sekali saya kena buat MGTT, atau sering orang sebut minum air gula (sudah terbayang muka penyek dalam kepala). Lepas saya periksa semula rekod mengandung terdahulu, memang betul. Sekali waktu mengandung anak sulung saya. Sebabnya? Berat naik mendadak. Hingga 3 kilo dalam masa 2 minggu, waktu lapan bulan. 

Biar betul!. 
Iya. Sebabnya, masa itu, saya baru saja habis tempoh mabuk dan alah. Sudah lama sangat agaknya makan tak terasa apa, bila dapat makan, hah, pulun bukan main. Hari-hari makan manisan bubur kacang. Tak padahal saya bukan suka manis dan bukan juga suka bubur kacang. Penangan mengandung. 

Ok. Itu sejarah.


Kali kedua mengandung, alhamdulillah. Semua ok. Berat tak naik sangat, badan maintain slim, perut saja membesar. Alahan pun tak lama dan tak teruk. Bagi saya, memang langsung tak teruk berbanding sebelumnya. Sampai tak sedar mengandung. Tahu-tahu, doktor kata awak rasa sakit kat bawah ni sebab mengandung. Eh?.

Mengandung kali ini, belum apa-apa, temujanji kedua di klinik, sudah pun dapat jadual MGTT. Masa kandungan 3 bulan dan 7 bulan. Eh?. Lagi sekali.

Tak puas hati, saya tanya doktor. Berat saya turun, 4 kilo, kenapa saya kena MGTT?. Dua kali pula tu. Rupanya sekarang sudah ada syarat baru.

Syarat pertama: Mengandung umur 25 tahun ke atas. --> terus melayakkan saya tanpa perlu tengok syarat seterusnya.

Syarat-syarat lain, seperti saya cerita di atas, kenaikan berat badan melebihi 2 kg sebulan, obese, dan faktor keturunan.

Kenapa kena minum air gula?
  • Berkemungkinan melahirkan secara pembedahan.
  • Janin menjadi lebih besar daripada biasa (makrosomia).
  • Kejadian darah tinggi dan protien dalam air kencing meningkat (eklampsia)
  • Cecair likuor dalam kantung meningkat.
  • Jangkitan dalam sistem pundi kencing meningkat.
  • Bayi sukar bernafas.
  • Bayi mati dalam kandungan (jika kencing manis gagal dikawal. Termasuklah keguguran).
Jadi, tak apalah kena minum air gula. Janji semua sihat, lancar dan selamat. Amin.

Pengalaman Minum Air Gula

Sebelum minum air gula, kena puasa dulu malam sebelum tu. Hati sudah rasa debar-debar. Sebab pengalaman pertama minum air gula, perasa oren, pekat dan likat. Mula berpuasa jam 10 malam. Tak ada masalah nak berpuasa waktu malam kan. Memang waktu tidur. 

Esok pagi bersiap awal dengan harapan dapat siap awal. Dah pesan awal dengan suami, kali ini tak perlu ikut ke klinik sebab hanya minum air gula. Kebiasaannya KK memang tiada scan perut awal-awal kandungan dan jika tiada apa-apa masalah. Nanti kebosanan menunggu saja.

Tiba di KK, rupanya ada jiran satu taman, sama-sama jadual minum air gula. Prosedur mudah saja di sini. Sebelum minum air gula, pergi ambil darah setabung. Macam biasa, saya memang jenis kedekut nak bagi darah. Lamalah sikit sesi tampar-tampar tangan, genggam lepas dan seangkatan dengannya. Selesai urusan dengan pontianak KK, terus ke konti minum air gula. Sudah sedia dua gelas besar. Eh?. Minum segelas saja. Lagi segelas untuk orang lain.

Orang kata minum air gula tipsnya minum seteguk sampai habis. Memandangkan gelas ni gelas besar (bayang macam minum air buah gelas besar), saya rasa minum seteguk adalah mustahil. Sebelum minum air gula, ada pesanan penaja, tak lain tak bukan, "jangan muntah ya, kalau muntah kena minum lagi sekali.". 

OK. Tarik nafas panjang. Minum seteguk. Eh, ok saja. Tak teruk sangat. Tak likat sangat. Macam minum air kelapa tanpa ais dari kedai depan rumah. Cuma tak adalah perasa kelapa tu. Air pun suam-suam. Ok beres. Saya minum terus sampai habis. Selesai minum, saya bangun. Kepala mula rasa berpinar, jantung berdebar-debar. Kenapa ni?. Misi kata, memang macam tu. Rehat di Klinik, jangan balik. Teruskan puasa. Air pun tak boleh minum. Selepas dua jam, ambil darah semula.

Ok. Rehat dalam klinik yang dingin hawanya, dengar suara orang bising, jantung berdebar, kepala pusing. Sambil menunggu giliran untuk pemeriksaan rutin kehamilan. Semua selesai, tiada masalah. Saya teruskan menunggu untuk tempoh dua jam. Hiruk-pikuk, berdebar, peluh resah dah keluar. 

Tak boleh tahan. Saya lari masuk kereta. Suasana panas, tiada hiruk pikuk. Lega. Lebih elok dari duduk dalam air-cond. Harap-harap semua gula tadi dicerna dengan elok dan pantas dan keputusan pun cantik.

Selepas dua jam, saya masuk semula untuk ambil darah lagi setabung. Ingatkan keputusan awal boleh tahu terus. Rupanya tunggu sehingga perjumpaan seterusnya. Kalau ada masalah, baru klinik akan telefon untuk pemeriksaan lanjut.

Sehingga hari ini, saya belum dapat panggilan. Maksudnya, keputusan MGTT saya elok agaknya. Moga-moga begitu.Jadi, kita tunggu perjumpaan saya seterusnya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



2 comments:

  1. Salam Wani.
    Oh skarang ni mmg syarat 2x MGTT ye. Nak kena prepare dah la ni. Tapi ok lah KK on time ambik darah. Kak ipar saya lama kena tunggu. Dah naik pitam sebab kan puasa. Wani check di KK mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zailahafni, ha ah, sekarang kena 2x MGTT. kalau result tak ok lagi lah letih, kena dtg test 4 kali sehari. Saya check di KK Salak Tinggi. Ok gak servisnya. Siap ada message reminder tarikh appointment. :). Tq sudi membaca blog saya. Jangan serik singgah membaca lagi ya.

      Delete

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts