Monday, September 8, 2014

Isi kandungan beg tangan dan kesihatan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya buat pemeriksaan di KK dengan anak bujang kecik. Awal pagi sudah keluar. Alhamdulillah tak berapa ramai lagi. Anak saya awalnya semangat sebab berjalan-jalan untuk urusan makmal dan sebagainya. Bila sudah tiba masa menunggu giliran bertemu jururawat, dia mula gelisah. Baru satu jam di klinik, sudah merengek nak balik.

Mujur mama siap bawa bekalan corn flakes untuk kudap-kudap. Umpan dulu dengan makanan. Mungkin juga sudah rasa lapar sebab sarapan pagi ringan. Makan sikit, sudah tak mahu pula.

Mujur cari-cari dalam beg ada getah pengikat. Alhamdulillah. Selalunya pening kepala macam mana mahu menyimpan makanan lebihan macam itu. Jadi, saya siap-siap simpan getah pengikat. Itu pun kalau ingat. Tapi memang ada pelbagai isi dalam beg seorang mak. Kadangkala memang jadi bahan bual. Beg saya selalunya akan ada sedikit makanan seperti pek biskut cornflakes atau cocoa crunch, kadang kala gula-gula, tisu basah (ini memang cepat kehabisan stok), pampers (bila berjalan jauh), getah pengikat, kertas, dan barang peribadi seperti wallet, cermin mata hitam, pad, pen, getah rambut, buku, pisau lipat serbaguna (bukan sebagai senjata, tapi untuk potong buah, gunting bungkusan makanan, dan sebagai pemutar skru juga tau), kadangkala klip kertas, salotep. Payah pula nak disenaraikan. Hi,hi,hi.



Wah! Dah macam beg Doraemon. Pernah saya hadiri satu kursus perniagaan yang santai. Waktu makan berborak dengan seorang kakak. Anaknya sudah pun besar panjang, tapi masih miliki beg tangan besar. Bila diminta kad perniagaan dia akan sorok-sorok buka beg tangan. Kemudian dia berseloroh, bukan apa, dalam beg ada macam-macam takut orang ketawa. Anak-anak pun faham keadaan begnya. Yang lucu, memang anak-anak dan suami akan minta macam-macam kerana mereka tahu, mungkin maknya ada dalam beg.

Antara yang saya kagum, boleh keluar dari begnya, 'mat' ubat nyamuk elektrik, garam, lada hitam dan sudu. Oh, ini buat saya terfikir, saya patut bawa sudu juga.

Saya pernah baca perkongsian dalam satu blog juga. Lupa pula ulr blognya. Di dalam beg beliau sememangnya ada sudu, pampers, tisu basah dettol, hand sanitizer, pemutar skru, dan pelbagai lagi yang saya tak ingat. Yang saya ingat ini sebab rasa Wow!. 

Ini lumrah beg tangan ibu-ibu. Jika di angkat, memang akan fikir, "eh, ini isi batu bata ke?". Tak percaya, cubalah. :)

Ok, saya juga ada buat pertanyaan di muka buku. Ini antara jawapan yang saya terima. Jom baca:


  • Anys Idayu Zakaria
     dalam beg saya penuh buku je. kadang tak baca pun. tapi nak tinggal kt umah sayang pulak.
  • Wani Mn Haha faham. Kak Wani satu je buku. Ada namanya orang yang fobia tak boleh tinggalkan buku ni.
  • Noor Hazlin Diapers 2pcs, baby wipes (small size), tuala kecil, lipstik, cmpct powder, myk gamat, vicks, tiger bum, wallet, passport, buku2 bank anak, record book baby, beg kecil brooch, lotion, sikat anak, getah rambut gegirl, pad.
    23 hours ago · Unlike · 1
  • Wani Mn Wah! Passport pun ado Noor Hazlin. Agak-agak balik Melaka boleh terus naik bot pi Batam. Isi2 lain memang ciri2 beg doraemon mak anak kecik.  
  • Noor Hazlin Ahaha...mn tau tibe2 ade emergency husb tukar angin tgh2 hway...lol! ;-P
    23 hours ago · Unlike · 1
  • Sue Adam nk join jgak la...best plak topic...org kate beg bsr byk duit...k.ida plak beg bsr sbb byk brg...hehe...pampers 2pcs,wipes,tisu,tuala muaz,lampin kakak,nursing wrap,pantiliner,brooch,pen, wallet n handset...
    19 hours ago · Like · 1
  • Wani Mn Aik, kak sue pun letak brooch dlm beg eh. Hmmm... Wani takde ni dlm beg.
  • Zaila Mohamad Aku bawa beg galas Anmum je skrg ni..dlm tu ada pampers anak ngan wet tisu..makanan xde bawa sebb malas nk peninv kepala anak berebut biskut..fobia dah nk bawa henbeg kalau keluar dgn budak2 ni
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Wani Mn Hmm. Bagus gak cadangan ni ek. Mula la plak rasa nak cari beg banyak kocek ni. Camna leh dpt beg anmum? Tetiba plak ek.
  • Zaila Mohamad Ms bersalin kat spital swasta mmg dia akan bg..siap bg susu lg..susu utk anak ada susu lacto utk ibu pon ada
  • Zaila Mohamad Tp aku xbg pon kt Aaliyah sebab dia fully bf..susu utk lactotation plak aku xleh minum..hrtu try satu terus pwning kwpala
  • Wani Mn Oooo... Maksudnya cantik la beg anmum tu kan. Rasa masa bersalin first kat az zahra dpt diaper beg yg 4 segi tu. Huhu. Malu plak nak bawak.
  • Zaila Mohamad Takdelah cantik tp bulehlah..belasah je labuu..wallet ngan henset aku sumbat dlm tu je..haha
    17 hours ago · Unlike · 1
  • Wani Mn Yg penting bila nak pakai, barang tu ada dan senang dicapai. Hehe
  • Zaila Mohamad Lg satu macam aku ni anak ramai mmg xsesuai kot nk bw henbeg..boleh tarik perhatian peragut aje sampai ke situ fikirnya) yelah dok sibuk pening kejar anak2..tu yg aku selesa bw beg galas je..kepala pon tak pening
  • Wani Mn Wah! Ini mmg betul-betul supermom anak 5. Someday turn aku plak fikir mcm tu kot. 
  • Mimi Mukhtar Kak Mi dah lepas zaman bwk beg besar ni but still kalau jln2 tu masih bwk 1 beg bekalan susu @ minuman & 1 beg persalinan utk Sikecil & yg Darjah 1.
    17 hours ago · Unlike · 1



Menarikkan?. Macam-macam ado. 

Tapi, tahukah anda sebenarnya ada panduan berkenaan berat beg tangan yang sesuai untuk menjamin kesihatan anda. Berat anggaran yang sesuai adalah kurang atau sama dengan 10% berat badan anda.
Beg tangan yang terlalu berat mengundang sakit belakang, tengkuk dan pening kepala.

Menyangkut beg tangan pada siku lebih mudarat iaitu menjadi penyebab otot dan tendon siku tercedera. Sindrom digelar Poshitis itu menjadi ikutan dalam kalangan wanita bercita rasa terkini dan boleh mengundang kecederaan lebih teruk jika beg bersaiz besar dan berat!.

Jadi, fikir-fikirkan ya, ibu-ibu. Kecantikan vs kesihatan vs kemudahan. Pilihan paling baik mungkin beg sandang belakang dengan berat yang bersesuaian.
 
Itu sahaja perkongsian santai dari saya.
Jika ada salah silap, mohon ampun dan maaf.



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



No comments:

Post a Comment

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts