Search This Blog

Adegan yang tak ingin kita lihat - Parking Kereta

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum.
Pagi ini bersiaran dari Kedah. Seronoknya dapat berjalan meluaskan pandangan di bumi jelapang padi. Alhamdulillah. Semalam tiba di Kedah jam sudah pukul 12.30 pagi. Dari tingkap hotel memang nampak lampu jalan dan deretan kedai berhampiran. Pagi ini, cuaca cerah. Selak langsir, saujana mata memandang, di balik deretan kedai, ada sawah padi. Asing di mata dan terperanjat apa yang menguning dan luas itu?. Akal segera menangkap, oh, saya di Kedah!. 


Apa lagi yang dapat di lihat dari tingkap hotel di tengah pekan?. Deretan petak meletak kereta dan stesyen minyak. Terus pula teringat kejadian malam tadi sewaktu singgah isi minyak di hentian rehat. 

Keadaan masa itu sedikit lengang. Selesai isi minyak, suami meletak kereta di petak letak kereta yang lengang. Kereta tunggal di sebelah kedai utama. Suami bergegas ke kaunter untuk mendapatkan resit. Sambil berjalan balik ke kereta, sambil memeriksa resit dan kertas yang dikepilkan. Tawaran menarik!  Sampai di kereta sedia untuk buka pintu kereta. 

Kertas yang menarik hati inilah puncanya.

"Eh?."
Penghuni dalam kereta pun terkejut.
"Alamak, sorry, sorry. Sudah silap kereta.". Kata suami sambil senyum sumbing.

Sudah salah kereta.
Adui. Pecah perut saya di sebelah tergelak. Sampai berair mata. Penghuni kereta sebelah pun sama tergelak-gelak. Memang hiburan malam hari, menyegarkan keletihan akibat perjalanan panjang.
Nasib baik belum masukkan kaki dan duduk di tempat pemandu. Jika tidak lagi malu berganda-ganda.

Apa moral dari cerita ini?. 
Cakna!. Jangan yakin sangat itu kereta anda. Lagi pun banyak kereta yang sama jenis, tapi plat lain-lain kan?. Sebenarnya ini bukan kali pertama kejadian salah kereta ni. Suami saya kata sudah 2 kali!. Ha,ha,ha. Lucu sungguh.

Ok. Cukup cerita lawak hari minggu. Sekian dari penulis. :)

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



CONVERSATION

2 comments:

  1. hihi...seb baik kawan tu tak menjerit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau menjerit kena katok kepala dengan stereng lock lagi haruuu

      Delete

Makluman

Penulisan dari blog Bijak Nutrisi ini adalah bersifat umum dan hanyalah karangan penulis berdasarkan pembacaan, pengalaman dan perbualan harian. Perkongsian di sini tidak diperhalusi dan dimurnikan oleh mana-mana pegawai perubatan berdaftar. Anda hendaklah merujuk kepada pegawai perubatan yang sah dan tidak menggunakan isi kandungan penulisan ini secara membuta tuli.

Isi kandungan ini juga tidak ditujukan kepada mana-mana individu melainkan dinyatakan secara terang-terangan.

Mana-mana pembaca yang berhajat untuk menyalin dan mengerluarkan semula isi kandungan dari penulisan blog Bijak Nutrisi ini dan anda rasa ia bermanfaat untuk dikongsikan, anda dialu-alukan berbuat demikian, dengan syarat kredit atau link back ke alamat blog Bijak Nutrisi ini.

Terima kasih kepada anda yang singgah ke blog ini sama ada sengaja atau tidak sengaja. Semoga mendapat manfaat.

Google+ Followers

Tweet Tweet

Pinterest Gallery

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Instagram Shots

Back
to top