Wednesday, September 17, 2014

Pilih yang organik

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Pernah dengar GMO, non GMO, organik dan yang tak organik tak pula orang sebut produk tak organik kan?.

Hari ini mahu ulas tentang gula organik sahaja. Kenapa tiba-tiba timbul perkara ini?. Isu ini bermain dalam fikiran saya selepas baca e-book bersalin alami karya Iryani Ahmad. (Hubungi saya untuk pembelian e-book hebat ini). Antara tips untuk bersalin alami adalah pilih bahan makanan organik supaya semua sistem dalam badan berfungsi pada kadar paling optimum. Ini termasuk gula.

Apa gula organik? 

Mengikut USFDA, produk yang tidak menggunakan langsung bahan kimia dalam penghasilannya dari ladang hingga sampai ke pengguna. Bak kata pensyarah saya, Prof Ramlan, masuk emas keluar emas, masuk hampas keluar juga hampas. Ok. Berhenti sampai situ. Tak mahu ulas lanjut.

Namun, pengertian pengeluaran produk setiap negara, ada bezanya. Tambah lagi yang tidak terpantau pengeluaran produk berkenaan. Jadi, yang berlabel organik, belum tentuk organik sepenuhnya. Kita ada pilihan, kita pilih yang paling minima penggunaan bahan kimia. Kalau tidak, haruslah kena keluarkan produk sendiri. Tanam tebu, mesin sendiri dan keringkan untuk jadi gula, ya tak?.

Ok, gula yang berlabel organik sudah tentu lebih elok dari gula tiada label organik. Label 100% organik lebih elok dari label gula organik sahaja. 

pencarian saya, rupanya gula organik ini mudah saja untuk diperolehi. Pembeli mendapatkan gula organik ini dari pasaraya biasa seperti giant dan cold storage. Berdasarkan carian, hanya satu kedai online saja yang saya jumpa menjual gula organik. Harga gula organik ini sekitar RM4-Rm7. Nampak macam mahal, tapi impak pada kesihatan, masih ada bezanya.

Bercerita berkenaan kesihatan, ada juga pendapat mengatakan, walau ia adalah gula organik, ia tetap gula. Impak penggunaan berlebihan masih lagi serupa. Pilihan yang disyorkan adalah madu. Ada juga yang syorkan stevia. Tapi ada juga individu yang rupanya tidak sesuai dengan stevia. Emak saya contohnya, penghidap asma. Semputnya datang menderu jika mengambil stevia sebagai pemanis. Jadi, cuba-cuba lah dulu sebelum ambil dalam kuantiti yang banyak.

Ok. Nanti sambung lagi. Oh, untuk pengetahuan, di Indonesia, gula organik ini juga disebut sebagai 'gula semut' tau.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



2 comments:

  1. produk organik mahal sikit bukan ka?

    ReplyDelete
  2. Betul,betul,betul? Kenapa mahal? sebab proses nak hasilkannya rumit. Macam minyak wangi lah, walau mahal beratus, nak juga orang beli yang mahal tu. Bedak kat pasar malam pun wangi juga...

    Tapi mahal barang makanan organik ni tak delah mahal sesangat kak mon. ada juga makanan organik yang jual tu kita tka perlu pun. Dari makan organic kelp baik makan sayur tanam sendiri. Kan?

    ReplyDelete

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts