Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Entri sebelum ini saya ceritakan tentang garam masakan. Entrinya di sini. Hari ini saya sambung semula perihal garam. Mahu tahu tentang statistik penggunaan garam di Malaysia?. Jika anda mahu tahu, saya terjumpa statistik penggunaan garam yang telah dibuat pada tahun 2012. Statistik menunjukkan kadar purata penggunaan garam bagi rakyat Malaysia adalah sebanyak 8.7 gram. Jauh bezanya dengan kadar yang telah dipersetujui oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu sebanyak 5 gram sehari tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan. Sebenarnya, garam atau sumber natrium sangat diperlukan oleh badan untuk kelancaran bendalir dalam badan. Namun, jika berlebihan dan tidak disingkirkan ia mendatangkan kemudaratan. Tambah lagi jika kurang minum air kosong.
Pernahkah kita terfikir untuk buat ujian tahap masin ini kan?. Saya tidak pernah pula terfikir. Yang saya tahu, ada ujian tahap gula. Itupun sebab hamil. Jika tidak hamil, saya pun tidak buat. Mungkin perlu kenalkan pula ujian tahap masin pada ibu hamil juga. Baru ramai yang sedar tentang tahap penggunaan garam ini.
Pentingkah untuk tahu kadar penggunaan garam sebenarnya?. Apa kesan penggunaan garam berlebihan?. Baik. Penyakit utama yang popular adalah darah tinggi. Penggunaan garam pada kadar yang tinggi setiap hari selama hayat manusia. Di hujung hayat, dapat darah tinggi. Popular bukan?. Masa muda, sistem badan masih kuat, ditambah dengan beberapa aktiviti fizikal. Semakin usia menginjak senja, kita sendiri maklum. Saya yang baru usia siri tiga ini pun sudah sakit badan. Jadi sendiri perlu sedar. Jadi saya perlu ambil tahu perkara sebegini. Untuk buka mata sendiri. Tambah pula bila aktiviti senaman juga terhad. Seminggu tidak sampai tiga kali pun, seperti yang dicadangkan. Ketuk kepala sendiri.
Apa lagi penyakit berkait dengan garam?. Antaranya adalah obesiti, jantung, osteoporosis, kanser perut, gastrik dan buah pinggang. Nampak macam jauh sungguh osteoporosis dengan garam bukan. Ia adalah tindakbalas secara tidak langsung. Ia ada kaitan dengan fungsi badan. Bila kita makan makanan yang masin, kita akan cepat haus. Jadi kita suka untuk pilih jus atau minuman sejuk dan manis. Kadar gula yang tinggi menyebabkan darah berada dalam keadaan asid. Untuk mengalkalikan darah, iaitu keadaan asal darah, fungsi tubuh secara autimotik akan mencari bahan yang akan menjadikan darah alkali. Contohnya magnesium dari tulang. Berlaku kecurian tulang atau 'bone losses'. Magnesium juga penting untuk kekuatan tulang dan mengelakkan berlakunya osteoporosis. Jadi itulah kaitan garam dan osteoporosis. Begitu juga dengan lain-lain penyakit.
Satu lagi akibat kemasinan adalah 'gemuk air'. Takutkan gemuk?. Jangan makan masin-masin. Kadar sodium yang tinggi dalam badan menyebabkan 'water retention' (air tertahan?). Itulah yang dikatakan gemuk air.
Bagi ibu mengandung, atau tidak mengandung yang sukakan jeruk (saya tepuk bahu sendiri lagi). Kandungan garam dalam jeruk memang tidak dinafikan sangat tinggi. Jika anda pernah buat jeruk di rumah, anda pasti tahu bukan?. Ibu mengandung tidak digalakkan makan jeruk kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, malah ia akan menyebabkan kaki mudah bengkak. Jadi kalau terasa mahukan makanan masam, kunyah saja vitamin c contohnyanya chewable vitamin c Shaklee. Sedap dan berkhasiat.
Cerita tentang jeruk, sebenarnya banyak lagi makanan berbungkus yang mengandungi kadar garam yang tinggi seperti makanan dalam tin, sardin, rendang daging dalam tin, kari ayam dalam tin, dan lain-lain seumpamanya. Untuk makluman, pelabelan kandungan garam pada makanan tidak diwajibkan kerana ia fokus kepada kandungan protein, lemak, karbohidarat dan tenaga. Pemantauan hanya pada makanan terproses. Bagaimanapun, terdapat pula beberapa standard makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mempunyai
peruntukan membenarkan penambahan garam, dengan peruntukan khusus bagi paras
garam atau natrium yang perlu tambah seperti untuk belacan, cincalok, sos ikan,
ikan kering dan pekasam (jeruk).
Berita baiknya, berdasarkan laporan di MyNewsHub pada 14 mac 2013, pihak industri makanan telah menyokong hasrat kerajaan dalam kempen kurangkan garam dengan mengurangkan kadar penggunaan gaam dalam makanan yang dikilangkan. Terdapat 16 item makanan yang telah dikurangkan kadar garam sebanyak 40 peratus daripada jumlah asal. Item tersebut adalah kategori biskut, kicap, mee segera, makanan ringan dan daging beku.
Jadi, pokok pangkalnya pilihan kita. Tepuk dada tanya selera. Saya hanya berkongsi maklumat.
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga
besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun
bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Beli buku yang anda suka:
Anda ada bisnes?. Iklankan
produk/perkhidmatan anda di soho directory:
Perlukan supplemen untuk kekalkan
kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri
Hubungi Wani Mohd Nor
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
No comments:
Post a Comment