Wednesday, August 20, 2014

MGTT hamil kali ini.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Lama pula entri ini dalam draft. Hari ini kita sudahkan dan siarkan.

Kisahnya tentang MGTT (modified glucose tolerance test) atau ujian saringan toleransi gula. Masa mengandung sebelum ini, saya ingat ada sekali saya kena buat MGTT, atau sering orang sebut minum air gula (sudah terbayang muka penyek dalam kepala). Lepas saya periksa semula rekod mengandung terdahulu, memang betul. Sekali waktu mengandung anak sulung saya. Sebabnya? Berat naik mendadak. Hingga 3 kilo dalam masa 2 minggu, waktu lapan bulan. 

Biar betul!. 
Iya. Sebabnya, masa itu, saya baru saja habis tempoh mabuk dan alah. Sudah lama sangat agaknya makan tak terasa apa, bila dapat makan, hah, pulun bukan main. Hari-hari makan manisan bubur kacang. Tak padahal saya bukan suka manis dan bukan juga suka bubur kacang. Penangan mengandung. 

Ok. Itu sejarah.


Kali kedua mengandung, alhamdulillah. Semua ok. Berat tak naik sangat, badan maintain slim, perut saja membesar. Alahan pun tak lama dan tak teruk. Bagi saya, memang langsung tak teruk berbanding sebelumnya. Sampai tak sedar mengandung. Tahu-tahu, doktor kata awak rasa sakit kat bawah ni sebab mengandung. Eh?.

Mengandung kali ini, belum apa-apa, temujanji kedua di klinik, sudah pun dapat jadual MGTT. Masa kandungan 3 bulan dan 7 bulan. Eh?. Lagi sekali.

Tak puas hati, saya tanya doktor. Berat saya turun, 4 kilo, kenapa saya kena MGTT?. Dua kali pula tu. Rupanya sekarang sudah ada syarat baru.

Syarat pertama: Mengandung umur 25 tahun ke atas. --> terus melayakkan saya tanpa perlu tengok syarat seterusnya.

Syarat-syarat lain, seperti saya cerita di atas, kenaikan berat badan melebihi 2 kg sebulan, obese, dan faktor keturunan.

Kenapa kena minum air gula?
  • Berkemungkinan melahirkan secara pembedahan.
  • Janin menjadi lebih besar daripada biasa (makrosomia).
  • Kejadian darah tinggi dan protien dalam air kencing meningkat (eklampsia)
  • Cecair likuor dalam kantung meningkat.
  • Jangkitan dalam sistem pundi kencing meningkat.
  • Bayi sukar bernafas.
  • Bayi mati dalam kandungan (jika kencing manis gagal dikawal. Termasuklah keguguran).
Jadi, tak apalah kena minum air gula. Janji semua sihat, lancar dan selamat. Amin.

Pengalaman Minum Air Gula

Sebelum minum air gula, kena puasa dulu malam sebelum tu. Hati sudah rasa debar-debar. Sebab pengalaman pertama minum air gula, perasa oren, pekat dan likat. Mula berpuasa jam 10 malam. Tak ada masalah nak berpuasa waktu malam kan. Memang waktu tidur. 

Esok pagi bersiap awal dengan harapan dapat siap awal. Dah pesan awal dengan suami, kali ini tak perlu ikut ke klinik sebab hanya minum air gula. Kebiasaannya KK memang tiada scan perut awal-awal kandungan dan jika tiada apa-apa masalah. Nanti kebosanan menunggu saja.

Tiba di KK, rupanya ada jiran satu taman, sama-sama jadual minum air gula. Prosedur mudah saja di sini. Sebelum minum air gula, pergi ambil darah setabung. Macam biasa, saya memang jenis kedekut nak bagi darah. Lamalah sikit sesi tampar-tampar tangan, genggam lepas dan seangkatan dengannya. Selesai urusan dengan pontianak KK, terus ke konti minum air gula. Sudah sedia dua gelas besar. Eh?. Minum segelas saja. Lagi segelas untuk orang lain.

Orang kata minum air gula tipsnya minum seteguk sampai habis. Memandangkan gelas ni gelas besar (bayang macam minum air buah gelas besar), saya rasa minum seteguk adalah mustahil. Sebelum minum air gula, ada pesanan penaja, tak lain tak bukan, "jangan muntah ya, kalau muntah kena minum lagi sekali.". 

OK. Tarik nafas panjang. Minum seteguk. Eh, ok saja. Tak teruk sangat. Tak likat sangat. Macam minum air kelapa tanpa ais dari kedai depan rumah. Cuma tak adalah perasa kelapa tu. Air pun suam-suam. Ok beres. Saya minum terus sampai habis. Selesai minum, saya bangun. Kepala mula rasa berpinar, jantung berdebar-debar. Kenapa ni?. Misi kata, memang macam tu. Rehat di Klinik, jangan balik. Teruskan puasa. Air pun tak boleh minum. Selepas dua jam, ambil darah semula.

Ok. Rehat dalam klinik yang dingin hawanya, dengar suara orang bising, jantung berdebar, kepala pusing. Sambil menunggu giliran untuk pemeriksaan rutin kehamilan. Semua selesai, tiada masalah. Saya teruskan menunggu untuk tempoh dua jam. Hiruk-pikuk, berdebar, peluh resah dah keluar. 

Tak boleh tahan. Saya lari masuk kereta. Suasana panas, tiada hiruk pikuk. Lega. Lebih elok dari duduk dalam air-cond. Harap-harap semua gula tadi dicerna dengan elok dan pantas dan keputusan pun cantik.

Selepas dua jam, saya masuk semula untuk ambil darah lagi setabung. Ingatkan keputusan awal boleh tahu terus. Rupanya tunggu sehingga perjumpaan seterusnya. Kalau ada masalah, baru klinik akan telefon untuk pemeriksaan lanjut.

Sehingga hari ini, saya belum dapat panggilan. Maksudnya, keputusan MGTT saya elok agaknya. Moga-moga begitu.Jadi, kita tunggu perjumpaan saya seterusnya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Monday, August 11, 2014

Berlalu sudah trimester pertama

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Segala puji bagi Allah.

Trimester pertama sudah berlalu. Bagi saya suami isteri, trimester pertama kehamilan adalah waktu kritikal. Sentiasa berjaga-jaga dengan kehamilan. Pengalaman lepas mengajar kita kan?. Namanya sekolah kehidupan. Dua kali keguguran berturutan waktu trimester pertama, itulah puncanya. Namun, Allah lebih berkuasa, kita hanya merancang. Usaha dan tawakal seiring.

Kali ini, awal kehamilan masih seperti dulu. Dimulai dengan mabuk dan alahan. Uniknya, kali ini, waktu berpuasa sambil muntah-muntah. Niat dihati nak puasa penuh, tapi terbabas juga 2 hari dek tak boleh nak tahan. Bak orang kata " tak leh nak gi dah". Syukur 2 hari saja kan. Tamat puasa saya terus timbang. Turun 4 kilo untuk sebulan puasa. 

Wah, kalau bukan kerana mengandung, memang saya loncat bintang. Tapi sebab mengandung, risau jugalah. Hikmahnya, masuk raya, saya sudah mula berselera. Masuk minggu ketiga bulan Syawal, berat sudah mula naik sekilo. Mula gelabah pula kot kot terlebih pula berat badan.  

Berapa target untuk berat badan ibu hamil?. Untuk awal kehamilan ini, sekitar setengah kilo seminggu sahaja. Atau 2 kg sebulan. Namun, untuk saya yang BMI cukup-cukup ni, jumlah pertambahan berat sepanjang mengandung mestilah anggaran 7kg sahaja. Ingat selalu dalam minda ku ini.

Anda hamil?. Jomlah kongsi pengalaman kehamilan anda dan berat bersama saya. Jika mahu kongsi pemakanan seharian anda juga saya suka membacanya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog atau tempahan blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com

Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Tuesday, August 5, 2014

Selamat Hari Raya

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum rakan yang membaca.  

Rasanya belum lagi terlambat untuk ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Radio masih lagi berkumandang lagu hari raya. Inbox masih ada lagi jemputan rumah terbuka. Pintu rumah masih diketuk kanak-kanak riang beserta salam, "kami datang nak raya". Seronok!.

Tahun ini hari raya bertambah seronok dengan kehadiran kandungan ketiga kami. Alhamdulillah. Rasa mual dan muntah-muntah yang bermula seawal kandungan beransur kurang bila nak sambut raya. Macam tahu-tahu pula musim raya banyak berkunjung ke rumah orang sana sini, naik kereta mengharung jem tanpa roti, dan, makanan yang enak belaka. Saya pun tak dapat bayangkan jika berhari raya dalam keadaan muntah dan loya. Alhamdulillah rezeki Allah bagi, semua yang saya takuti tidak terjadi.  Tiada episod muntah-muntah dalam perjalanan raya.

Macam biasa, hari raya waktu yang sesuai untuk kunjung mengunjung sesama saudara.  Yang dah lama tak jumpa, ini lah masanya nak bertukar berita. Yang selalu jadi bahan cerita, inilah masanya untuk kita minta maaf jika ada rasa bersalah bercerita yang tidak tidak dibelakang mereka. Perasaan lega bila kata maaf telah disampaikan dengan tulus ikhlas tau.

Bertukar berita. Soalan tahun lepas, ramai yang bertanya kerja apa?. Tahun ini rupanya sudah tukar. Soalan saudara mara, "tak ada rasa nak kerja lagi ke?".  Jawapan saya, setakat ni belum ada rasa lagi nak kerja luar rumah. Cukup kerja di rumah. InsyaAllah ada rezeki Allah bagi. Doa sentiasa Allah berikan kecukupan jangan sampai kita meminta-minta pada hamba-Nya. Allah kan ado. 

Akhir kata, sekali lagi Selamat hari raya. Mohon maaf sekiranya sepanjang membaca blog saya ini, ada yang terasa dan ada bahasa yang terkasar sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Bisnes saya sudah bermula semula selepas bercuti lebih kurang sebulan. Kelas blog sudah bermula, begitu juga tempahan supplemen Shaklee dan habbatus sauda (AHS) serta makanan sunnah yang lain (www.az-zahwansouq.blogspot.com). Jika anda berminat dengan produk-produk saya, hubungi saya ya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Tuesday, June 10, 2014

Berapa banyak kena makan waktu mengandung?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Mengandung bermaksud jadi gemuk dan makan banyak".
atau
"Tak apa lah jadi gemuk, sebab saya mengandung".
atau
"Masa inilah boleh makan banyak sebab masa mengandung memang jadi gemuk pun".

Ini tipikal. Tapi betulkah bila mengandung kena makan banyak untuk dua orang?. Hakikatnya tidak juga. 

Pada trimester pertama, pertambahan kalori yang diperlukan hanyalah sebanyak 300 kcal setiap hari.  Contohnya saya, keperluan kalori saya ada 1200kcal pada waktu-waktu biasa. Jadi, apabila mengandung, keperluan kalori saya menjadi 1500kcal sahaja. Tak banyak peningkatan pun. 300kcal itu anggarannya bersamaan dengan 2 gelas susu skim dan semangkuk oat. Atau satu bar Kit Kat?. Tepuk dada tanya selera yang mana sesuai.

Trimester pertama bukan waktu untuk menambah berat bayi anda. Ia hanyalah sebesar biji oren saja. Makanlah untuk tenaga anda, sebab anda rasa letih. terutamanya jika kerap muntah. Oh!.

Tapi penat pula mahu kira kalori sepanjang masa. Panduan paling mudah gunakan penimbang anda. Jika berat badan anda meningkat terlalu cepat, maksudnya terlebihlah tu. Ok. Jangan pula risau sangat sampai rasa letih memikirkan soal pengambilan kalori. Lalui pengalaman terindah ini dengan tenang. OK!.



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Monday, June 9, 2014

Rezeki Ulang Tahun Perkahwinan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.

Setelah empat tahun, akhirnya ujian UPT menunjukkan dua jalur tepat pada hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-8. Alhamdulillah.

Anak-anak saya pun sama gembira bila dikhabarkan akan dapat adik. Yang kakak tak sabar nak namakan adik. Katanya lelaki atau perempuan tak mengapa asalkan boleh dukung. Yang anak bujang saya pula kata, dia dah jadi abang. Rasanya masing-masing sudah boleh faham. Alhamdulillah atas kurniaan ini.

Walaupun kesihatan mula celaru. Tekak rasa tak sedap. Hidup mesti diteruskan. Dalam kepala saya cuba set, jangan ikut perasaan.

Walau pun ini kandungan ketiga, kena gali lagi ilmu kehamilan. Pemakanan, amalan dan pengalaman yang lalu dijadikan panduan. Jadi, jangan pula rasa serik, blog bijak nutrisi ini akan ada lebih banyak cerita tentang pemakanan kehamilan, persediaan bersalin, tentang bayi dan juga seangkatan dengannya. Segala catatan ingin saya coretkan di sini kerana ia memang sesuai dengan tajuk blog ini bukan?.

Sambung lagi catatan akan datang...



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Friday, June 6, 2014

Putihkan gigi dengan bahan dari dapur (atau pasar)

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Senyum. Tak perlu kata apa-apa"

Teringat seorang kawan di sekolah menengah. Susah sungguh nak lihat dia senyum. Rupanya baru tahu dia ada masalah dengan giginya. Sebab itu susah nak senyum.

Kemudian borak-borak cerita fasal pembantu rumah, ada pula seorang pembantu rumah ni digeruni anak-anak tuan rumah sebab bila senyum, giginya hitam!.

Ya, bukan mahu salahkan siapa-siapa, mungkin cara hidup seseorang di luar bandar tidak sama dengan yang sudah maju sikit.

Tapi jangan risau. Ada banyak petua yang boleh diamalkan. 

Oh, bagi yang bergigi kuning semulajadi. Anda jangan rendah hati. Ya, memang ia adalah genetik tau. Bergigi kuning. Saya juga jenis bergigi kuning. Tapi bukan berkarah ya. Gigi berkarah di sebabkan teh, kopi atau pemakanan kita. Gigi kuning juga dikatakan lebih kuat berbanding gigi putih. Ok,sila bersyukur dengan kurniaan gigi masing-masing. Ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Selalunya petua yang saya dengar dari orang tua adalah gunakan serbuk arang. Tonyoh saja di gigi dan lakukan 2-3 kali seminggu.

Hari ini saya jumpa satu lagi petua yang menarik. Gunakan strawberi dan baking soda!. Semua boleh jumpa dalam dapur. Kalau tak jumpa di dapur anda, sila beli di pasaraya berhampiran. Tesco online pun boleh.

Silalah lihat video di bawah. Mudah saja. Jangan buat selalu ya. Kandungan asidnya tak baik untuk gigi anda jika buat hari-hari.


Menarik bukan?. Banyak benda yang kita boleh buat dengan apa yang ada di hadapan mata dan di tangan. Termasuklah mula bisnes online. 

Nak mula bisnes online tapi tak reti?. Sila hubungi saya ya. Macam biasa, e-mel boleh, sms pun boleh. Di alu-alukan.

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?


Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com




Thursday, June 5, 2014

Menuju Ramadhan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Bersiaran pagi ini dengan wajah yang lebih berseri-seri.
Walau pun En Abang tiada, dapat bersama anak-anak sememangnya buat kehidupan lebih indah.

Sekarang sudah bulan Syaaban. Masih meneruskan latihan puasa untuk menghadapi bulan Ramadhan kelak. Hari ini, bangun sahur, sekali anak-anak terbangun. Bila kita tidur, dua beradik layan pula drama ulangan di TV. Pandai pula cari siaran. Siap berborak. Entak apa yang diceritanya. Hmm... anak-anak sudah semakin besar. Waktu semakin pantas berlari. 

Ramadhan makin hampir. 

Teringat satu lawak di muka buku. Tanda-tanda kecil Ramadhan adalah apabila terdengar iklan suara gemersik di tv set "Yusoff Taiyoob". He,he,he. Dah banyak tahun, masih kekal dengan iklan yang sama. Masih dapat mengaut keuntungan juga. Yang penting tahu apa target dan keperluan pelanggan.

Saya memang sukakan kurma keluaran Yusoff Taiyoob  yang bertangkai. Basah-basah tidak terlalu kering. Oh, jika anda mahu membeli produk seperti kurma, serunding, kismis, pes nasi arab dan lain-lain keperluan semasa raya nanti, boleh kunjungi blog kedai saya www.az-zahwansouq.blogspot.com. Boleh tempah dari sana terus. Nak jadi agen pun dialu-alukan.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Tuesday, June 3, 2014

Ada apa dengan blog

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

BLOG!.
Bila kawan ada blog kita pun mahu blog.
Kemudian tinggal sawang bila tak dapat sambutan.

Tapi, berada dalam kawanan blogger yang betul, ada potensi untuk blog anda mendapat sambutan hangat.
Ini salah satu buktinya. 

Menulis dan membina bog berpengaruh. Pembaca kemudian jadi pelanggan. Ini contoh ulasan dari puan Noraini Dollah

Menyatakan dia mula menuis dan berkongsi di blog, kemudian baru dia sedar kebanyakan ibu-ibu yang membaca tips atau panduan membaca untuk anak-anak kemudian membeli set bacaan yang dijual.
"Saya berasa begitu tertarik dengan konsep ini lantas terus berdaftar kursus asas blog dan penulisan dengan beliau. Saya diwajibkan melengkapkan 44 entri sebagai tugasan utama tetapi selepas beberapa entri saya hilang fokus dan blog ini terbiar.


Tetapi apa yang mengejutkan saya apabila saya dihubungi ramai ibubapa yang menemukan blog saya dan ingin membeli set membaca daripada saya selepas saya bercerita di blog tentang ajar anak membaca. Ini benar-benar membuka dimensi baru buat saya. Rupanya pemasaran melalui blog sangat besar kesannya dan lebih diyakini. Tetapi jika buat blog sendiri secara individu tentu kesannya tidak sebaik apabila kita belajar. Sebabnya sebelum ini juga saya ada blog sendiri untuk jualan tetapi tiada pengunjung."

Singgah di blog beliau: http://norainidollah.blogspot.com/


Maklumat lanjut kelas asas blog online:







Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Wednesday, May 28, 2014

Anak tak lena tidur dan jadual

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Tak cukup tidur dengan pangkat ibu memang sangat sinonim. Teringat semasa saya baru saja pulang ke rumah, jiran sebelah datang bertandang. Ucapan tahniahnya beserta dengan ucapan 'Selamat tak cukup tidur'. 

Mulanya saya dan suami memang tak faham. Kami memang tak sangka pun perkara tak cukup tidur tu. Mula-mula memang rasa nak bekeng bila tak cukup tidur. Tapi, lama-lama alah bisa tegal dek biasa.

Masa mengandung saya memang sudah biasa tak cukup tidur, sebab bila malam mudah rasa lapar. Saya boleh bangun dan memasak waktu malam. Buat air dan cicah biskut jam 2-3 pagi perkara biasa. Tak selesa dengan perut pun penyebab tak boleh lena tidur. Jadi, sedikit sebanyak memang membantu sebagai latihan tak lena tidur lepas bersalin.

Selepas menjadi ibu, baru saya tingkatkan pembacaan berkenaan penjagaan anak. Orang kata sudah terhantuk baru nak terngadah. Orang tua-tua kata, semuanya kita akan belajar dari pengalaman. Tak perlu baca pun. Tapi saya kira tak salah. Sebab banyak jugak tips yang boleh dikutip dari pembacaan.

Antara panduan yang saya baca untuk menggalakkan anak tidur lena waktu malam:-

1) Tidur/Rehat (nap) waktu siang.

Waktu rehat atau nap pertengahan hari waktu siang dikatakan penting untuk menggalakkan anak tidur siang. Ini memang lain sungguh dengan yang diceritakan oleh orang yang terdahulu jadi ibu. Katanya biar anak main puas-puas waktu siang, nanti malam dia tidur lena. Paling tak tahan suruh menangis bagi letih, kemudian tidurkan. Mungkin kadang-kadang berhasil, tapi tak sanggup kah nak biar anak menangis sampai letih.

Tips dari pembacaan yang saya pun dah lupa dari mana. Jadual tidur penting termasuk rehat siang. Ia secara automatik memberi isyarat berkala waktu tidur untuk bayi. Saya sudah cuba, memang berkesan untuk bayi saya. Ini cerita dulu lah. Anak saya sekarang sudah besar.

Bila anak saya tidur berjadual, memang tidur malam lena. Bangun pun sekali dua untuk menyusu dan tidak meragam. Berbanding waktu tidur yang tidak menentu dan tidur siang yang tak cukup.

2) Jadual makan.

Ini saya baru saja jumpa. Menurut bekas jururawat ini, katanya waktu peralihan dari susu ke makanan pejal, merupakan waktu yang sukar untuk sistem penghadaman serta tidur anak. Jadi, semua perlu dilakukan secara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa.

Memperkenalkan makanan pejal terlalu banyak dan cepat pada waktu yang salah menyebabkan pengurangan pengambilan makanan pada waktu seterusnya. Ini menjadikan anak menjadi lapar pada waktu yang salah iaitu tengah malam!.

Contohnya, bayi telah diberi makan petang dengan banyaknya. Makan puree keledek manis lah katanya. Kemudian, pengambilan susu waktu sebelum tidur berkurang. kemudian bayi tidur jam 8 malam. Hasilnya, waktu tengah malam bayi meragam kerana rasa perut tidak sedap dan sangat lapar.

Rasanya kita sendiri alami benda yang sama. Cuba makan lewat malam, kemudian tidur. Pagi esok pasti rasa sangat lapar.

Itulah saja perkara yang saya kutip. Jadi saya tulis supaya ia jadi panduan untuk saya bila dapat bayi seterusnya nanti. Persediaan awal kononnya. he,he.he. Jika bermanfaat untuk anda juga, silakan praktis.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,




Maklumat lanjut kelas online:



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com

 Sms@Whatsapp : 0136200432

Saturday, May 24, 2014

Panduan untuk anda yang teringin mula bisnes dari rumah.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Nak buat bisnes untuk tambah duit belanja?


Mahu bisnes yang boleh dijalankan dari rumah, tapi tak ada idea.

Dengan keadaan ekonomi sekarang, buat bisnes sambilan sudah jadi trend. Tengok kawan bisnes, bertambah duit belanja, anda pun teringin juga. 

Tapi nak mula tak tahu dari mana, nak bisnes apa, tak tahu macam mana orang lain buat?. Terutamanya golongan suri bekerja. Macam mana nak urus masa, nak urus anak, nak urus rumah tangga lagi.


Pakej E-Book ini sesuai untuk anda!.



E-Book 101 Idea Home Based Bisnes.


✔Ada 101 idea bisnes dari rumah
✔Pilihan idea bisnes online atau offline
✔Idea untuk anda bermula dengan modal di tangan
✔Memberi motivasi dan aspirasi. Boleh dibaca lagi dan lagi



E-Book SuperWahm SuperMom

✔Bantu suri urus masa dan tenaga
✔Ada contoh suri yang berjaya bekerja dan berniaga
✔Tak jemu baca berulang kali


Apa kata pembaca




Selepas membaca ebook 101 idea home based bisnes, saya baru mengetahui sebenarnya banyak jenis bisnes yang boleh dijalankan. Ebook ini sangat sesuai kepada mereka terutamanya para wanita surirumah atau pun yang berkerjaya tetapi ada keinginan untuk membuka bisnes sendiri. ~Puan Nadra Amat (Keningau)

Saya sudah membacanya dan sudah mula bisnes dari rumah. Ayuh, kalian juga boleh mula bisnes seperti yang kalian impikan selama ini. Bijak merancang, bertindak dan konsisten melaksanakannya.~ Puan Haryattidulbahri


Tulisan Masayu adalah santai dan sangat mudah difahami. Kandungannya tidak bersifat teknikal atau analitikal jadi para pembaca tidak akan merasa keliru dengan apa yang dibaca. Di penghujung buku, penulisnya turut berkongsi satu kisah teladan antara Rasulullah s.a.w dengan puteri baginda iaitu Fatimah r.a. yang menyentuh tentang kepentingan dan betapa besarnya nilai seorang wanita menguruskan rumahtangga di sisi Allah s.w.t.~ Puan Durra

====
Promosi
====

Dalam jangka waktu promosi ini, 
Pakej e-book ini dijual pada harga RM50 sahaja. Harga sebenar dua 2 e-book ini RM75.

====
Tempahan
=====
Harga e-book 101 IDEA HOME BASED BISNES (RM50)
Harga e-book SUPERWAHM SUPERMOM (RM25)
Pakej promosi dua e-book pada harga RM 50 sahaja.

Anda boleh menempah pakej e-book promosi ini sekarang.

Komen ‘home bisnes’ dan saya akan berikan maklumat seterusnya
Atau SMS ‘home bisnes’ ke 0136200432.

Kemudian nantikan kami reply SMS tersebut.

Anda juga boleh membuat tempahan terus ke borang tempahan yang disediakan di bawah.






Hubungi penulis :


 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts