Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Merdeka ke-56

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Selamat hari kemerdekaan yang ke-56. Malaysiaku berdaulat, tanah tumpahnya darahku. Saya sayangi Malaysia!. Anda sayang Malaysia?. Sudahkah anda berdoa agar Malaysia kita ini selamat, aman, sejahtera dan berdaulat?. Jika belum, mari kita berdoa bersama-sama.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim. Ampunkan dosaku, dosa keluargaku, dosa ibu bapaku, teman-temanku. Kepunyaanmulah segala nikmat termasuklah nikmat kemerdekaan negara Malaysiaku.
Ya Allah, kepada Mu lah kami memohon. Tidak ada kekuatan melainkan dengan izinMu YaAllah. Kau kurniakanlah kepada Kami kekuatan untuk meneruskan perjuangan kami dalam memartabatkan bangsa, agama dan negara Malaysiaku yang dicintai. Kau jadikanlah anak bangsa dan keturunanku keseluruhannya berjuang atas landasan Mu Ya Allah. Ku mohon pada Mu, merdekakan kami dari cengkaman kesusahan, kesempitan pemikiran, penjajahan fizikal dan fikiran. Permudahkanlah hidup kami, dan kurniakan kami cahayamu. Hidupkan kami dalam iman, dan matikanlah kami dalam iman."

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.Amin amin Ya Rabbal a'lamin.

Saya terbaca satu sinopsis drama di TV1 oleh seseorang di facebook (saya lupa namanya).  Drama sempena kemerdekaan yang ditayangkan pada malam kemerdekaan. Ia berkenaan seorang pejuang kemerdekaan yang koma dari 1957 hingga kini, ditempatkan di sebuah pusat rawatan. Akhirnya beliau sedar dan menyelusuri kawasan perkampungannya yang telah berubah wajah. Bukan sahaja rumahnya tiada, beliau turut membayangkan betapa semangat ingin merdeka pada zaman dahulu juga telah tiada. Luluh hatinya dengan sikap dan tutur kata yang tidak semegah pejuang kemerdekaan dahulu. Akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir sebelum 31 Ogos 2013.

Mujurnya beliau tidak melihat konsert Ambang Merdeka. Lebih Mat Saleh dari Melayu.

Drama ini, saya tidak tonton sendiri. Tapi saya yakin, mesej yang ingin disampaikan sangat berat. Wajar drama seperti ini diulang tayang berkali-kali.

Masing-masing punya tanggungjawab untuk memanusiakan manusia supaya tidak tersasar dari landasan sebenar. Berat tanggungjawab ini. Yang perlu kita ingat. Mati itu pasti. Satu hari kita akan meninggalkan anak cucu keturunan kita. Apa yang kita akan tinggalkan untuk mereka? Sudahkah kita siapkan bekalan yang patut untuk mereka?.

Setiap kali melihat anak muda yang serong moralnya, gerun timbul di hati saya. Adakah saya mendidik anak saya dengan cara yang betul dan sesuai agar di masa hadapan mereka akan berada dilandasan yang betul dengan bekal agama dan akidah yang cukup?. GERUN. Kerana itu, saya berhempas pulas hari ini. Biar ramai yang cuba mencantas. Saya berdoa, saya kekal berjalan terus menuju matlamat yang satu. Tanggungjawab seorang ibu yang berat ini akan kucuba pikul sehabis baik. Semoga keturunan melayu ku kekal merdeka jasmani dan rohani

Insya Allah.

Tuesday, August 27, 2013

Promosi Pendaftaran Kelas Asas Blog Secara Online

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Kelas secara online yang ditubuhkan lebih kurang empat bulan oleh Puan Masayu Ahmad, mula menampakkan hasil yang memberangsangkan. Lebih dari 100 blog telah berdaftar di kelas ini. Jadi, kepada yang berminat dan ingin berdaftar, rebutlah peluang terbaik pakej promosi sepanjang Ogos hingga September ini. Promosi harga berbaloi-baloi.

Setiap pendaftaran penyertaan Kelas Online sepanjang Ogos & September layak mendapat:-

1. Dua ebook percuma, ebook mula bisnes butik online/offline dan ebook super wahm super mom (pengalaman sebenar bekerja di rumah)
2. Pakej penjimatan sebanyak RM75
3. Layak menikmati ruang tapak iklan bernilai RM100

Kami menawarkan dua kelas berikut:
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas Asas blog dan fan page 


Daftar segera untuk pakej promosi sepanjang Ogos dan September 2013.
Hubungi saya untuk pendaftaran dan maklumat lanjut:-

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn
Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.

Sunday, August 25, 2013

Lawan Selsema dengan Fiber

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Pagi yang segar Alhamdulillah, sihat dan cergas. Ada yang kurang bernasib baik, dengan cuaca yang sejuk-sejuk, hidung pula berair.

Saya ingin kongsikan pembacaan saya di majalah Reader's Digest, kaedah melawan selsema dengan makanan bersumberkan fiber pektin iaitu epal.

EPAL.
Buah epal terutamanya di bahagian kulit mengandungi fiber terlarut dinamakan pektin. Kajian yang dijalankan menunjukkan pektin dari epal ini boleh menghalang jangkitan kuman

Apakah Fiber terlarut?
Fiber terlarut meningkatkan pengeluaran protein anti-radang. Pektin membantu penukaran personaliti sel imunisasi daripada sel yang kemarahan (sel radang) kepada sel anti-radang yang mempercepatkan pemulihan daripada jangkitan (Gregory Freund, Profesor di University of Illinois' College of Medicine).
Antara sumber makanan yang kaya dengan pektin adalah buahan citrus, oat, lobak dan pear.

Menarik bukan. Jika anda rasa ia berguna untuk membantu rakan yang lain, sila lah kongsikan maklumat ini.

Saya berada di rumah makcik untuk meneruskan misi memenuhi undangan rumah terbuka. Walau pun berada di 'perantauan', ia tidak menghalang saya untuk terus mencoretkan perkongsian saya di blog ini. Ambil waktu senggang sementara menunggu yang lain bangun untuk menulis. Mudah saja kan jika ada semangat dan usaha untuk meneruskan blog daripada bersawang. Yang penting dalam menulis blog adalah tulis, tulis dan tulis.

Anda mahukan lebih lagi tips menulis blog?. Sertai kelas online berkaitan blog dan fan page.
Hubungi saya.

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn

Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.

Saturday, August 24, 2013

Rumah Terbuka di Aidil Fitri

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google


Hari ini hari yang meriah. Hari saya sekeluarga dipenuhi dengan undangan rumah terbuka. Rumah yang dikunjungi dari Putrajaya sehinggalah ke Selayang. Meriahnya bukan kepalang. Termasuklah kereta di jalanan. Perjalanan yang pantas, tersekat-sekat dek banyaknya kereta. Mungkin ramai yang tujuannya sama, penuhi undangan rumah terbuka. Bulan Syawal bukankah masih berbaki?.

Perjalanan dari rumah, bermula pada jam 10:30 pagi. Keluar dari rumah terakhir jam 5:00 petang. Keseronokan masih terasa. Sewaktu saya sedang menulis ini pun, anak-anak masih lagi aktif bermain, teruja dari pagi sambung hingga ke malam. Ya, saya rasa, itu perkara yang baik. Amalan kunjung-mengunjung, berkenalan, merapatkan ukhwah, memang seharusnya kita dapat rasakan perasaan gembira itu. Ya. Bagus. 

Makanan yang dihidangkan, macam biasa, ada pelbagai hidangan. Tetapi, fokus utama kami bukanlah makanan. Saya kira, tetamu-tetamu yang saya amati juga, rata-rata kurang makan dan lebih berbual. Saya nampak perbezaan daripada tahun-tahun dahulu. Atau mungkin saya terlebih perasan. Yang pasti, saya suka berbual berkongsi cerita dengan rakan-rakan yang ditemui daripada makan.

Walau apa pun, saya sukakan aktiviti hari ini. Seluruh ahli keluarga. Biar letih, tapi berbaloi-baloi. 
Oh, letih bukan kerana berukhwah, tetapi kerana letih dengan kereta di jalanan. Banyak dan pelbagai ragam. Buatkan saya rasa sangat bersyukur kerana tidak perlu mengharung traffic jam di pagi hari. Alhamdulillah,  saya berada di rumah, bekerja dari rumah, mencari pendapatan dari rumah. Satu zon selesa yang saya mungkin tidak akan tinggalkan.

ZON SELESA DI RUMAH?. Benarkah kita berada di selesa di rumah? Se selesa berada di aras zon selesa? Nanti saya akan kongsikan perkara ini.

Anda mahu sertai saya di Akademi Bekerja Dari Rumah?
Boleh hubungi saya:-

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn

Like Page WAHM SAHM SOHO di kanan blog ini untuk ikuti blog penulis dari rumah.

Friday, August 23, 2013

Ulasan kelas Teknik blog siap e-book

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah, hari ini berjaya untuk mencoretkan pengalaman saya bersama kelas online Teknik Blog Siap e-book. Jujurnya saya sangat bersyukur kerana Allah menggerakkan hati saya untuk mendaftar kelas ini. Permulaan cita-cita saya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa adalah pada sekitar tahun 2008-2009. Masa itu, saya baru mempunyai seorang anak. Perasaan untuk menjaga anak di tangan sendiri sangat meluap-luap, tetapi dipendamkan sahaja kerana takut dengan persepsi orang ramai.

Walau bagaimanapun, saya cuba mencari jalan untuk menjana pendapatan dari rumah. Pelbagai perkara saya lakukan. Menjual T-Shirt kanak-kanak, menjual tudung, mula belajar jahit dengan harapan dapat mengambil upah menjahit baju, menjual baju kurung kanak-kanak, menjual kerepek, dan yang paling terbesar sekali, saya mengeluarkan modal untuk bisnes printing T-Shirt dan cenderahati. Malangnya semua tidak menjadi. Benar bagai dikata, untuk memulakan perniagaan perlukan mentor yang betul untuk tunjukkan jalan.

Saya mula terpandangkan di internet berkenaan Jana Wang Dari Rumah yang ditulis oleh Puan Masayu Ahmad. Saya subscribe e-mail Puan Masayu Ahmad, tetapi hanya membaca sekali lalu. Tidak bersungguh. Dalam pada itu, kontrak saya bersama majikan telah tamat dan saya tidak pula mahu menyambung kontrak berkenaan. Nekad di hati saya untuk berhenti kerja walau pun tiada pendapatan. Ya. NEKAD.

Dari situ, saya korek balik e-mel Puan Masayu Ahmad berkenaan Jana Wang Dari Rumah. Di rumah, saya mula berjinak-jinak belajar menggunakan facebook. Dengan izin Allah, saya terserempak dengan iklan Puan Masayu Ahmad berkenaan kelas Teknik Blog Siap e-book. Berdebar-debar saya menghantar pesanan pertanyaan tentang kelas. Semuanya menggunakan perantara FB. Pada waktu ini saya memang belum pandai menggunakan FB. Apatah lagi membuat fan page.

Usai pendaftaran, Puan Masayu memberikan nota dan e-book sebagai modul pelajaran. ALHAMDULILLAH SYUKUR. Saya tidak menyangka saya bertemu lampu suluh di sini. Saya memang suka menulis blog dari tahun 2007 lagi, tapi rupanya penulisan saya tidak tepat. Di kelas ini, saya banyak belajar bagaimana menghasilkan blog yang sedap dan cantik dibaca oleh pembaca. Ada atau tiada yang minat, saya boleh ketepikan dahulu isu itu, yang penting dan utama bagi saya adalah kepuasan. Mana tahu, rupanya ada juga pembaca blog saya. Sesungguhnya kelas yang diberikan sangat bermakna. Ia bukan sahaja membuka peluang untuk belajar berkenaan penulisan blog, tetapi lebih kepada penulisan yang betul untuk blog dan matlamat utama ialah teknik yang betul untuk menghasilkan e-book.

E-book SuperWahm Super Mom memberikan perkongsian dari mereka yang telah berjaya. Ia sangat bermanfaat. Dari situ, saya mula berjinak-jinak menjalankan perniagaan online. Saya mula mencipta penjenamaan sendiri seperti yang diajar di kelas.

Kelas yang diadakan juga sangat santai. 100% online. Sesuai untuk saya sebagai suri rumah yang mempunyai anak kecil. Sambil menjalankan tugas hakiki menjaga anak dan mengurus rumah tangga, sambil belajar dan mengeluarkan output. Saya sangat sukakan cara sebegini. Selagi ada talian internet, PC dan smartphone, saya boleh berhubung untuk mendapatkan input dan mengeluarkan output. Tidak saya sangka sebenarnya cara ini efektif bagi saya. Saya juga berpeluang menjalin ukhwah bersama rakan sekelas. Ya, walau pun di alam maya, saya punyai rakan sekelas.

Alhamdulillah, rakan yang banyak memberikan sokongan moral, membuatkan kita juga ingin turut aktif dalam aktiviti yang disediakan. Perkongsian pengalaman dari rakan-rakan banyak membantu untuk meneruskan tugasan yang adakalanya mencabar keupayaan saya. Ya lah. Kalau tak mencabar, sudah tentu tidak banyak yang dapat saya belajar. Sesungguhnya belajar berkenaan alam maya ini, tidak akan habis dan tidak akan tamat. Namun, saya harap dapat berkongsi ilmu yang bermanfaat ini kepada suri rumah atau pun mereka yang duduk saja di rumah tanpa pekerjaan. Semoga usaha ini dapat membuahkan hasil, di dunia dan akhirat sana.

Saya yakin, saya tidak rugi dengan menyertai kumpulan ini. Bekerja dari rumah, menjana pendapatan dari rumah. Dan yang saya suka adalah membina ukhwah, perkongsian dan ingatan untuk meningkatkan amal ibadat serta amalan kerohanian kepada Allah SWT, maha pencipta dan pemberi rezeki.

Jika anda mahu menyertai keluarga besar kami, dan bersama menjana pendapatan dari rumah, tidak kira secara sepenuh masa atau separuh masa. Jangan bertangguh lagi. Kelas ini sesuai untuk yang mahu mula melangkah seperti saya di peringkat awal dahulu. Cipta jenama anda bermula dari sini. Usah risau dengan pandangan orang lain. Seperi Dr Azizan Osman katakan, penghalang cita-cita anda, sebahagian besarnya disumbang oleh diri anda yang takut dengan diri sendiri, bukan persepsi orang lain.


Untuk sertai saya, boleh hubungi saya:-

SMS/WhatsApp: 0136200432
E-mail: wanimn_2301@yahoo.com
Facebook: https://www.facebook.com/zahwanimn

Wednesday, August 21, 2013

Label Makanan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Pembungkusan makanan merupakan perkara pertama yang kita lihat apabila kita ingin mendapat atau membeli makanan, terutamanya makanan kering. Pembungkusan adalah antara perkara utama yang sangat dititik beratkan oleh peniaga untuk menarik pelanggan. Pembungkusan menarik, pelanggan tertarik.

Namun, tahukah anda sebenarnya setiap pembungkusan perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan iaitu Peruntukan Pelabelan Makanan di bawah Peraturan-peraturan Makanan 1985. Pembungkusan tidak boleh semberono dan mesti mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi memberi info yang tepat kepada pengguna. Jadi, sebagai pengguna yang bijak, perhatikan, telek, belek, baca maklumat yang terdapat di bungkusan makanan.

Antara yang perlu ada pada pembungkusan makanan adalah:-

1) Nama sebutan sebenar/ nama produk
2) Penyataan tambahan di bawah nama sebutan sebenar
3) Senarai ramuan
4) Pelabelan hipersensitiviti
5) Penyataan tentang bahan aditif
6) Berat bersih/isipadu/Bilangan minimum isi bungkusan
7) Nama dan alamat pengilang/penimport/negara asal
8) Penandaan tarikh
9) Gambar
10) Penyataan cadangan hidangan
11) PENGISYTIHARAN MAKLUMAT PEMAKANAN
12) PENGISYTIHARAN JUMLAH GULA
13) PENGISYTIHARAN JUMLAH DAN JENIS ASID LEMAK
14) PENGISYTIHARAN NILAI NUTRIEN
15) Penggunaan logo
16) Penyataan akuan yang dilarang
17) Penyataan Bakteria bifido
18) Pematuhan dan penalti

Ya. Banyak. Tetapi makanan yang tidak berkaitan dengan pengistytiharan tertentu sudah tentu tidak perlukan kesemuanya sekali. Contohnya jika biskut kepala lutut, tentulah tidak mengandungi bakteria bifido. Jadi tiada pengistytiharan.

Ibu-ibu dan bapa-bapa yang melakukan pembelian, biasakan diri untuk melihat maklumat di bungkusan kerana banyak maklumat yang kita boleh perolehi daripada pembungkus. Pembungkus ini termasuklah tin ya. 

Maklumat yang selalu diperhatikan, berkait dengan nutrisi, sudah tentu maklumat pemakanan atau fakta nutrisi. Saya telah tulis huruf besar dalam senarai di atas. Pengetahuan tentang fakta nutrisi ini membantu pengurus rumah (ibu dan bapa) membeli makanan yang bersesuaian, contohnya jika perlukan makanan rendah kalori, rendah lemak, penuh krim, lebih fiber atau sebagainya.

Kesimpulannya, pesanan saya, jadi pengguna bijak dan bijak nutrisi. Gunakan maklumat di pembungkus makanan sepenuhnya, bukan lihat yang menarik sahaja.
-------------------------------------------------------------------------------------
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).

    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai. Jika sudah ada 
    produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.

Hubungi Wani Mohd Nor 
SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
https://www.facebook.com/zahwanimn



Tuesday, August 20, 2013

Masak bersama untuk diet juga?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Suami ke dapur?
Ada sesetangah individu akan memandang serong terutamanya berkait dengan ibu mertua. 20 hingga 30 tahun lepas, mungkin suami ke dapur merupakan perkara taboo dalam persekitaran Melayu. Untuk memasak untuk anak dan isteri? Oh!

Kadang-kadang, saya lihat, ada saja suami yang lepas makan, tinggalkan pinggan di meja, basuh tangan, terus duduk di hadapan TV. Ya. Ia merupakan amalan masing-masing. Alhamdulillah, isteri dapat pahala lebih jika ikhlas membantu bukan?. Pendapat saya, lebih elok, lebih manis, lebih berkasih-sayang, lebih seronok, lebih erat ikatan suami-isteri-anak jika semua dilakukan bersama-sama. Dari menyediakan membeli barang di pasar, menyediakan bahan masakan, masak, makan dan akhir sekali, mengemas. Usai selesai, buatlah minuman panas pula, minum bersama sambil tonton TV. Kan seronok?!.

Melalui pembacaan saya (Majalah iSihat), "kajian yang dimuatkan dalam Jurnal Psikologi Kesihatan menyatakan bahawa lelaki cenderung untuk mengambil makanan tidak sihat di luar rumah jika isteri cuba untuk mengawal dan membaiki tabiat pemakanan mereka (contohnya untuk diet atau kawal diabetis). Sebaliknya, jika suami bersama-sama dengan isteri menyediakan makanan, mereka dapat berpegang pada diet yang sihat." BERSAMA.

Nah!. Bukan saya yang kata ya. KAJIAN. Renung-renungkan, dan selamat beramal! (dengan nada Profesor Izi Haji Ali).



********************

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).
    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai. Jika sudah ada 
    produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.
Hubungi Wani Mohd Nor 
SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
https://www.facebook.com/zahwanimn


Monday, August 19, 2013

Doa menyediakan hidangan halallan, toiyiban lagi bernutrisi untuk keluarga

Teks : Nurzahwani Mohd Nor

Suri rumah yang bijak memberikan nutrisi terbaik untuk keluarga, tetapi bukan saja terhad pada nutrisinya. Dalam amalan harian, ada juga adab-adab semasa memasak. Saya juga jarang amalkannya. Jadi, mari kita azam, sempena kemenangan kita di aidilfitri ini, kita kembali kepada fitrah. Mulakan dengan amalan yang nampak remeh, mudah dilupakan tetapi PENTING. 

Saya perolehi dari www.sumarz.com dan juga http://ahmadraje.blogspot.com.

Jika kita mudah terlupa, print kan sahaja dan tampalkan menggunakan fridge magnet di peti ais anda. Atau pun frame kan cantik-cantik, gantungkan di dinding dapur. 

Bukan sahaja ibu-ibu dapat sediakan hidangan bernutrisi untuk keluarga, malah keberkatan juga terjaga. Ingatlah, rezeki itu dari Allah, yang mengenyangkan juga Allah, yang menjaga nutrisi makanan itu juga Allah. Makanan itu hanyalah penyampainya sahaja.

Makanan lengkap untuk anak-anak dan suami adalah makanan berkhasiat, bernutrisi, selamat, halal, baik (toiyyiban). Indahnya jika dapat diamalkan sedari awal perkahwinan agar keberkatannya berpanjangan dari anak dalam kandungan sehingga anak-anak dewasa.



Doa Masuk Dapur 
رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]


Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)
الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.


Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)
اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)


Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]
(Kacau ikut lawan jam)


Doa Potong Sayur & Buah(Baca 3 kali)
فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]


Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)
فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]


Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)
وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]


Doa Untuk Sedapkan Makanan(Baca 3 kali)
Selawat Nabi 3x (ALLAH HUMMASYALLI AALA SYAIYIDINA MUHAMMAD)
Istighfar 3x (ASTAGFIRULLAH HAL AZIMMM)

************

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).
    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai. Jika sudah ada 
    produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.
Hubungi Wani Mohd Nor 
SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
https://www.facebook.com/zahwanimn

Pengenalan-Nutrisi berkesan untuk ahli keluarga

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Ibu-ibu yang menjadi Ketua Chef di rumah, arif tentang keperluan setiap ahli keluarganya. Bayi sudah tentu tidak boleh makan, makanan dewasa. Suami yang mempunyai alahan kepada cendawan sudah tentu tidak boleh makan makanan berunsurkan cendawan. Jika mempunyai penyakit seperti SLE pula dinasihatkan doktor tidak makan makanan mengandungi herba alfalfa.

Kedengaran seperti rumit dan besar tanggungjawab Ketua Chef di rumah bukan?. Di dalam bab ini, saya akan bawakan maklumat yang saya perolehi dari pembacaan, atau perkongsian pengalaman saya, bagaimana untuk mendapatkan nutrisi yang berkesan kepada ahli keluarga masing-masing. Nutrisi yang berkesan ini bukan sahaja memastikan anak-anak dan suami mendapatkan nutrisi untuk pertumbuhan, perkembangan dan juga menjalankan aktiviti seharian, malah dapat mengurangkan risiko ahli keluarga mendapat penyakit akibat daripada makan makanan yang salah. Nampak macam susah, tetapi jika diamalkan, InsyaAllah menjadi semakin mudah.

Ikuti perkongsian saya ini dalam entri seterusnya.

Salam kesihatan.
Untuk sihat memang mahal, tapi jika sakit, lagi mahal!.

*********************************************************************************
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.
Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).
    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai. Jika sudah ada 
    produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Mulakan langkah pertama anda menjadi muslimah dermawan yang menjana pendapatan dari rumah sekarang!.
Hubungi Wani Mohd Nor 
SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
https://www.facebook.com/zahwanimn

Saturday, August 17, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pagi nan indah, Syawal ke-10. Belum lambat untuk mengucapkan Salam Lebaran untuk pembaca. Sungguh lama tidak bersiaran. Dari Ramadhan ke Syawal, masa sungguh padat. Alhamdulillah hari ini, setelah sekian lama, diberikan rezeki untuk mencoret catatan harian. Sebenarnya ia adalah sebahagian daripada tugasan yang diberikan oleh Puan Masayu Ahmad bagi pelajar-pelajarnya. Ya!. Kami pun ada tugasan juga. Jika anda mahu ketahui teknik-teknik yang kumpulan kami gunakan dalam kuliah online kami, boleh terus membaca sehingga ke penghujung catatan ini.

Sepanjang dua minggu terakhir Ramadhan, saya berhempas-pulas menyiapkan persiapan hari raya. Saya mahukan baju kurung dan baju melayu anak-anak dijahit sendiri oleh saya. Begitu juga dengan baju sendiri. Alhamdulillah, berjaya walau pun tidak sehebat hasil butik. Kuih raya juga saya buat sendiri. Buat lebih sedikit dan dikongsi serta diberi cenderahati kepada emak, emak mertua dan kakak. Alhamdulillah, tercapai. Hasrat untuk khatam al-Quran di bulan Ramadhan juga berjaya. Alhamdulillah diberikan penghargaan pula dari penulis  Tuan Fathuri Salehuddin, dengan 30 naskhah buku tulisannya Mudahnya Menjemput Rezeki. Syukur alhamdulillah, telah dipanjangkan kepada rakan dan saudara. Tinggal beberapa naskhah sahaja lagi. Bagi pembaca yang ingin mendapatkan buku ini bolehlah SMS/WhatsApp saya 0136200432. Akan diberikan secara percuma dengan pendaftaran dua kelas berikut :-

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page (bisnes)

Yuran pendaftaran kedua-dua kelas adalah seperti berikut:-

1) RM150 beserta e-buku rujukan asas blog sahaja
2) RM180 beserta e-buku asas blog, super wahm, butik

Buku fizikal Mudahnya Menjemput Rezeki diberikan secara percuma selagi stok masih ada. Ya. Ianya PERCUMA!. 


Pembaca yang berminat, boleh hubungi saya,

E-mel: wanimn_2301@yahoo.com
SMS/WhatsApp: 0136200432
 
Jadi saya rasakan Ramadhan dan Syawal kali ini temanya adalah perkongsian. Apa yang saya kongsikan di sini diharap memberikan manfaat kepada pembaca. Bukan sahaja yang sedang menjana pendapatan dari rumah, juga untuk yang sedang bekerja dan yang masih tercari-cari pendapatan selain daripada gaji tetap anda. Ia sesuai untuk semua, termasuk kaum Adam. Percayalah!.

Salam Ukhwah, Salam Kesihatan!.

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts