Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Wednesday, August 17, 2016

Wordless Wednesday






Nukilan
Nurzahwani Mohd Nor

Shaklee Independent Distributor ID 953514
Pengedar produk bermain sambil belajar (Visit page PitstopMamaDanJunior)
Ahli Akademi Bekerja di Rumah.

Saturday, August 6, 2016

Aktiviti hari Sabtu

Assalamualaikum




Menjelang hari Jumaat, anak-anak dah mula lelah.
Kita yang bekerja pun terasa lelah.  Saya yang mengurus rumah pun terasa juga tau. Jadi, menjelang Sabtu, aura dah lain.

Sabtu
-----
+ boleh buat sarapan lambat sikit
+tak payah tergesa-gesa sangat
+rasa lebih relax walau pun kerja hujung minggu lagi banyak sebenarnya (extra laundry- cadar/selimut/alas kaki/towel dapur/tuala/ eh mana-mana yang kadang kala saja buatlah. Walau pun boleh buat hari biasa, aktiviti ni macam meraikan hari minggu agaknya.

Nampak tak penggunaan tanda + tu. Ha. Itu tandanya mood lebih POSITIF di hari SABTU.

Walau pun air tak ada juga macam hari-hari biasa, tapi Acik Wani ni kekal senyum dan relax sebab Acik tak payah kejar masa jam 11 nak jemput anak dan bagi makan gesa-gesa sebelum jam 1.00 nak hantar ke sekolah pula.

Jadi. COOL.

Sempena hari SABTU kali ini, pagi-pagi lagi Amir dah minta nak buka kolam. Ye lah nak buat kolam sebiji kat tepi rumah, takut pula diranduk lotong.  Jadi Acik Wani selesa pakai kolam plastik saja. Dah sudah pakai, air jangan bazir, siramkan pokok keliling rumah, keringkan, lipat dan simpan. Mudah kan?.

Kalau anda nak beli kolam macam ni, macam biasa contact Acik Wani ya. Acik Wani memang penjual barang-barang yang menyeronokkan anak-anak ni. Macam-macam ado.  Lawati page Acik wani  Https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior/?ref=bookmarks.



Berpagi-pagi lah Acik dengan buka kolam, pam, dan isi air. Siap semua Acik masak pula sarapan. Fuh!. Memang seronoklah anak-anak.  Siap panggil sepupu depan rumah. Ha, best kan. Rumah sedara dokek saja.

Siap masak, kami pun berpiknik tepi rumah.  Dengan bunyi burung, ada semak samun hijau-hijau atas bukit rumah. Feeling memang macam berkelah tepi bukit ada sungai lah.

Memang SERONOK!.

Ok. Anda buat apa lagi weekend ni? Ada aktivti menarik lagi?. Jom kongsi.

Oleh: Nurzahwani Mohd Nor.
#pitstopmamadanjunior
#aktivitianak
+pembekal produk main sambil belajar
+Whatsapp 0136200432

Thursday, August 4, 2016

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum

Berkurun juga saya buat cubaan untuk menulis di sini. Banyak kali buka dan draft tapi tak berjaya publish.  Jadi azam kali ini biar menjadi.  Harapnya saya berjaya dapat kembali rentak menulis setiap hari.  Catatan harian, perkembangan anak-anak, aktiviti bisnes yang lama terhenti.  

Diam tak diam blog ini dah berusia 3 tahun lebih.  Bermaksud saya sudah berhenti kerja selama 5 tahun. Wah, dari asalnya hanya mahu berehat setahun sementara menanti Amir, anak bujang saya yang kedua besar sikit, kini dah melangkau 5 tahun.  

Lucu juga.  Namanya rezeki.  Alhamdulillah.  Saya rasa, saya suka berada di rumah.  Ya, bukan semua wanita betah duduk di rumah sahaja.  Minat masing-masing.  

Bukannya tak pernah terdetik rasa nak kembali bekerja.  Memang ada.  Tapi bila fikir panjang lagi, eh, rasanya di rumah pun boleh bekerja sekarang ini.  Boleh dapatkan pendapatan.  Jadi boss sendiri.  Mahu dengan tidak sahaja.

Bezanya, kerja dengan orang, memang sudah ada skop kerjanya, hujung bulan dapat gaji.  Kerja sendiri kena urus masa sendiri. Ini merupakan cabaran saya yang terbesar. Kena pandai bahagi masa.  Tergelincir saja, alamatnya tercicir.  Kalau dibiarkan memang terus hanyut.

Sebenarnya itu bercakap dari pengalaman. :)

Bila dah hanyut payah sikit nak kembali ke darat.  Macam mana nak berada dalam track yang betul?

1. Kawan dengan orang yang boleh sama-sama beri motivasi
2. Kawan dengan orang yang positif dan sangat kuat semangat
3. Ingat selalu misi kita apa sebenarnya.


Saya tak pandai nak nasihat sebab diri sendiri masih belum kategori berjaya.  Apa yang ada saya hanya kongsi sahaja.

Anda ada apa-apa pertanyaan? Boleh tanya saya melalui emel atau facebook ya.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn






Anda mencari barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda? Lawati laman web

www.pitstopmamadanjunior.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

Friday, January 22, 2016

Selamat Tahun Baru

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Selamat Tahun Baru!!


Walau pun sudah menjejak penghujung Januari.  Tahun baru pun dah suam-suam kuku kambing, namun, masih lagi ada semangat.  Saya pun baru saja beli planner 2016. Bukan apa, selalunya saya menanti yang percuma.  Memang ramai yang memberi buku planner.  Jadi macam tahun-tahun lepas, saya kira tunggu sahaja lah.  Tapi alkisah saya terserempak penjual planner yang menarik dan penuh makna saya kira. 

Namnya Planner Muslimah Produktif.  Saya tertarik, jadi saya beli dengan harga RM35.  Jika ada yang minat boleh tanya saya ya. Saya akan lorongkan anda ke tempat membeli.
Tajuk depan planner memang best.  Itu doa saya untuk tahun ini.  Baca ulang kali dan jadikan ia LOA.


Isi dalamnya sangat padat.  Sangat terancang.  Sangat melorong kita ke arah positif.  Tapi untuk mengisinya saya masih terkial-kial.  Sungguh banyak perkara.  Dari matlamat dunia ke akhirat, spiritual ke kewangan.  Hebat!.

Moga-moga dengan planner ini saya lebih produktif dan terancang. Amin.



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Wednesday, October 7, 2015

Bayi tercekik mainan kecil

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Cerita fasal makan, bayi yang tengah menaik taraf perkembangan motor skill, memang suka sungguh mengutip benda-benda kecil sewaktu merangkak.  Mengikut kajian, memang bagus bayi merangkak dalam tempoh yang lama kerana waktu ini mereka melatih koordinasi mata tangan dan kaki mereka.

Tak dapat tidak ibu bapa atau penjaga memang perlu biarkan bayi guna semua kebolehan dan panca indera mereka.  Dalam masa yang sama, kita yang dewasa ni pun memang kena cakna.  Kena guna juga semua panca indera untuk awasi bayi ni.  Jangan sampai tertelan mainan atau barang kecil.  Kadang-kadang benda yang kita sendiri pun tak perasan!.

Masa ni risiko bayi tertelan benda bukan makanan sangat tinggi.  Tapi yang bagusnya jangan risau sangat. Betul kah? Saya tetap juga risau. Hahaha...


Berdasarkan pembacaan saya, Dr Sears salah seorang doktor paedatrik berkata, mainan plastik saiz kecil yang ditelan bayi boleh keluar melalui sistem pencernaan mereka. Tempohnya 3-5 hari.  Hanya perlu tengok situasi bayi.  Jika nampak tiada tanda-tanda sistem pencernaan dan pernafasan terganggu seperti susah bernafas, air liuh meleleh berlebihan, menangis tanpa sebab, anda boleh tunggu barang itu keluar.  Jika ada tanda pelik, sila bawa jumpa doktor.

Dr Sears menambah lagi katanya dia pernah melihat safety pin  berjaya keluar melalui kumuhan bayi.  Jadi mahu rasa apa?
Risau ?
Lega?
Apa-apa sajalah...

Oh, tapi, ada tapinya.  Awas jika tertelan benda yang ada bahan kimia bahaya. Contoh bateri bulat yang kecil seperti bateri jam.  Ia bahaya ya.  Bawa jumpa doktor cepat-cepat.

Kenapa cerita tentang ini?
Sebab Aishah tertelan juga. Polisterin. Hmm...

Thursday, March 12, 2015

Kelahiran ahli baru

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Syukur di fasa awal 2015 ini dengan kelahiran ahli baru dalam keluarga kami tanggal 2 Februari lalu. Saya masih dalam fasa berpantang. Curi-curi masa untuk membiasakan diri dengan jadual baru.  Ya. Walau pun tidak bekerja di pejabat lagi, saya perlu biasakan diri juga mengawal masa untuk membuat kerja-kerja yang mendatangkan pendapatan. 

Saya kira mengawal masa merupakan cabaran buat saya.  Ini pertama kali saya melahirkan bayi selepas saya berhenti kerja. Jika dahulu, selepas habis pantang, saya serahkan terus pada pengasuh. Pengasuh yang kawal jadual anak saya. Waktu tidur dan makan. Sekarang, saya mendapat peluang untuk mengawal dan menetapkan.  Kerja akan lebih mudah jika jadual dalam kawalan.  Ini yang saya dapat belajar dari Sifu ABDR dan rakan-rakan sekumpulan.  Memang tidak rugi bersama-sama kumpulan ini.  Saya boleh katakan ia kumpulan sokongan sekaligus kumpulan yang membantu memberikan peluang memperoleh pendapatan dari rumah. 

Anda nak join kami?. Boleh hubungi saya di bawah ya. (iklan sekejap)


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432

Bercakap tentang ahli baru, anda tertanya-tanya di mana gambarnya? Nantikan ya. Mungkin selepas habis pantang saya akan kongsikan gambar dan ceritanya. Tunggu...

Salam 2015.



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Monday, October 27, 2014

Sudah trimester kedua dan sakit girdel pelvis

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pejam celik , pejam celik, sudah masuk trimester kedua kehamilan.  Syukur atas nikmat tuhan, kandungan dan ibu sihat dan selamat.  Sakit dan bisa memang peneman. Ingatan dititip di minda tentang kafarah dosa.  Nak banding dengan nikmat yang ada, malu pula mahu lebih-lebih merungut.  Teringat sirah nabi, apabila anaknya mengadu lelah, disyorkan untuk berzikir mudah. Subhanallah, walhamdulillah wala ila ha ill-Allah, Allahuakbar.  

 Kandungan makin memberat dan sudah mula terasa kesan sakit girdel pelvis atau Pelvic Girdle Pain.  Sakit ini memang saya ada alami dari kandungan pertama dan berterusan sehingga kandungan kedua. Namun semasa hamil kali kedua sakitnya kurang sedikit.  Dan kini ia berulang lagi.  

Apa itu SGP?

SGP merupakan sakit yang dirasai di bahagian pinggul, pinggang, belakang dan merayap sehingga ke kaki. Sakitnya menyucuk-nyucuk sehingga menyukarkan pergerakan perubahan posisi.  Jika sudah alami sekali, kemungkinan besar akan berulang lagi. 

Sebenarnya dalam tempoh 4 tahun jarak kehamilan kedua dan yang terkini, SGP saya sudah beransur hilang dan tidak dirasai selepas saya aktif melakukan aerobic dan regangan badan.  Semuanya secara tidak sengaja. Jadi saya kongsikan di sini.  Sebelum itu pelbagai cara saya lakukan termasuklah amalan kalsium namun tidak nampak kesannya.  Selepas lakukan senaman, barulah nampak kesan.  Anda yang mengalami SGP dan sudah bersalin, jika kesan sakit masih terasa, bolehlah mula beraerobic ya.  Saya juga sudah berazam untuk beraerobic selepas bersalin nanti.

Oh, sebut tentang azam, belum terlambat lagi rasanya. Salam Maal Hijrah!.   

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Sunday, October 5, 2014

Selamat Hari Raya Korban

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Allahuakbar, allahuakbar, allahuakbar.
Alhamdulillah, berkesempatan berhari raya di kampung. Berpagi-pagi dengan solat aidiladha di masjid bersama anak-anak. Anak dara bersama saya, yang bujang bersama abah.

Awalnya kecoh dengan baju masing-masing. Yang ada sampin, kecoh pula dengan sampin. Yang anak dara bertanya pula kenapa saya tak pakai baju sedondon. Manakan pula, baju sedondon hari raya aidilfitrsi sudah tak muat perut!. 

Solat kali ini alhamdulillah di tingkat atas dapat lihat imam. Anak saya tak pernah lihat khatib baca khutbah di mimbar. Terpegun anak saya. Pelik bagaimana khatib boleh naik ke mimbar kerana tangga tersorok. Tanya pula kenapa kena pegang kayu. Apa pula dibuat khatib di atas sana. Saya terangkan serba sedikit dan diakhiri dengan pesanan, sewaktu bacaan khutbah kena senyap dan dengar. Allahuakbar. Kadang kala benar, ilmu yang lebih bermakna bila ada depan mata dan belajar in situ. Kadangkala sudah di baca dari buku, dah ada depan mata boleh cerita dan buat kesinambungan.

Tambahkan lagi cerita berkenaan sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Semoga hidayah dan semangat pengorbanan ini dapat meresap dan dijadikan panduan hidup.

Bagaimana hari raya korban anda? Mahu cerita? Bolehlah layangkan komen di bawah.   

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com


SweetMuslimah.com

Monday, September 8, 2014

Isi kandungan beg tangan dan kesihatan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Assalamualaikum.

Minggu lepas saya buat pemeriksaan di KK dengan anak bujang kecik. Awal pagi sudah keluar. Alhamdulillah tak berapa ramai lagi. Anak saya awalnya semangat sebab berjalan-jalan untuk urusan makmal dan sebagainya. Bila sudah tiba masa menunggu giliran bertemu jururawat, dia mula gelisah. Baru satu jam di klinik, sudah merengek nak balik.

Mujur mama siap bawa bekalan corn flakes untuk kudap-kudap. Umpan dulu dengan makanan. Mungkin juga sudah rasa lapar sebab sarapan pagi ringan. Makan sikit, sudah tak mahu pula.

Mujur cari-cari dalam beg ada getah pengikat. Alhamdulillah. Selalunya pening kepala macam mana mahu menyimpan makanan lebihan macam itu. Jadi, saya siap-siap simpan getah pengikat. Itu pun kalau ingat. Tapi memang ada pelbagai isi dalam beg seorang mak. Kadangkala memang jadi bahan bual. Beg saya selalunya akan ada sedikit makanan seperti pek biskut cornflakes atau cocoa crunch, kadang kala gula-gula, tisu basah (ini memang cepat kehabisan stok), pampers (bila berjalan jauh), getah pengikat, kertas, dan barang peribadi seperti wallet, cermin mata hitam, pad, pen, getah rambut, buku, pisau lipat serbaguna (bukan sebagai senjata, tapi untuk potong buah, gunting bungkusan makanan, dan sebagai pemutar skru juga tau), kadangkala klip kertas, salotep. Payah pula nak disenaraikan. Hi,hi,hi.



Wah! Dah macam beg Doraemon. Pernah saya hadiri satu kursus perniagaan yang santai. Waktu makan berborak dengan seorang kakak. Anaknya sudah pun besar panjang, tapi masih miliki beg tangan besar. Bila diminta kad perniagaan dia akan sorok-sorok buka beg tangan. Kemudian dia berseloroh, bukan apa, dalam beg ada macam-macam takut orang ketawa. Anak-anak pun faham keadaan begnya. Yang lucu, memang anak-anak dan suami akan minta macam-macam kerana mereka tahu, mungkin maknya ada dalam beg.

Antara yang saya kagum, boleh keluar dari begnya, 'mat' ubat nyamuk elektrik, garam, lada hitam dan sudu. Oh, ini buat saya terfikir, saya patut bawa sudu juga.

Saya pernah baca perkongsian dalam satu blog juga. Lupa pula ulr blognya. Di dalam beg beliau sememangnya ada sudu, pampers, tisu basah dettol, hand sanitizer, pemutar skru, dan pelbagai lagi yang saya tak ingat. Yang saya ingat ini sebab rasa Wow!. 

Ini lumrah beg tangan ibu-ibu. Jika di angkat, memang akan fikir, "eh, ini isi batu bata ke?". Tak percaya, cubalah. :)

Ok, saya juga ada buat pertanyaan di muka buku. Ini antara jawapan yang saya terima. Jom baca:


  • Anys Idayu Zakaria
     dalam beg saya penuh buku je. kadang tak baca pun. tapi nak tinggal kt umah sayang pulak.
  • Wani Mn Haha faham. Kak Wani satu je buku. Ada namanya orang yang fobia tak boleh tinggalkan buku ni.
  • Noor Hazlin Diapers 2pcs, baby wipes (small size), tuala kecil, lipstik, cmpct powder, myk gamat, vicks, tiger bum, wallet, passport, buku2 bank anak, record book baby, beg kecil brooch, lotion, sikat anak, getah rambut gegirl, pad.
    23 hours ago · Unlike · 1
  • Wani Mn Wah! Passport pun ado Noor Hazlin. Agak-agak balik Melaka boleh terus naik bot pi Batam. Isi2 lain memang ciri2 beg doraemon mak anak kecik.  
  • Noor Hazlin Ahaha...mn tau tibe2 ade emergency husb tukar angin tgh2 hway...lol! ;-P
    23 hours ago · Unlike · 1
  • Sue Adam nk join jgak la...best plak topic...org kate beg bsr byk duit...k.ida plak beg bsr sbb byk brg...hehe...pampers 2pcs,wipes,tisu,tuala muaz,lampin kakak,nursing wrap,pantiliner,brooch,pen, wallet n handset...
    19 hours ago · Like · 1
  • Wani Mn Aik, kak sue pun letak brooch dlm beg eh. Hmmm... Wani takde ni dlm beg.
  • Zaila Mohamad Aku bawa beg galas Anmum je skrg ni..dlm tu ada pampers anak ngan wet tisu..makanan xde bawa sebb malas nk peninv kepala anak berebut biskut..fobia dah nk bawa henbeg kalau keluar dgn budak2 ni
    18 hours ago · Unlike · 1
  • Wani Mn Hmm. Bagus gak cadangan ni ek. Mula la plak rasa nak cari beg banyak kocek ni. Camna leh dpt beg anmum? Tetiba plak ek.
  • Zaila Mohamad Ms bersalin kat spital swasta mmg dia akan bg..siap bg susu lg..susu utk anak ada susu lacto utk ibu pon ada
  • Zaila Mohamad Tp aku xbg pon kt Aaliyah sebab dia fully bf..susu utk lactotation plak aku xleh minum..hrtu try satu terus pwning kwpala
  • Wani Mn Oooo... Maksudnya cantik la beg anmum tu kan. Rasa masa bersalin first kat az zahra dpt diaper beg yg 4 segi tu. Huhu. Malu plak nak bawak.
  • Zaila Mohamad Takdelah cantik tp bulehlah..belasah je labuu..wallet ngan henset aku sumbat dlm tu je..haha
    17 hours ago · Unlike · 1
  • Wani Mn Yg penting bila nak pakai, barang tu ada dan senang dicapai. Hehe
  • Zaila Mohamad Lg satu macam aku ni anak ramai mmg xsesuai kot nk bw henbeg..boleh tarik perhatian peragut aje sampai ke situ fikirnya) yelah dok sibuk pening kejar anak2..tu yg aku selesa bw beg galas je..kepala pon tak pening
  • Wani Mn Wah! Ini mmg betul-betul supermom anak 5. Someday turn aku plak fikir mcm tu kot. 
  • Mimi Mukhtar Kak Mi dah lepas zaman bwk beg besar ni but still kalau jln2 tu masih bwk 1 beg bekalan susu @ minuman & 1 beg persalinan utk Sikecil & yg Darjah 1.
    17 hours ago · Unlike · 1



Menarikkan?. Macam-macam ado. 

Tapi, tahukah anda sebenarnya ada panduan berkenaan berat beg tangan yang sesuai untuk menjamin kesihatan anda. Berat anggaran yang sesuai adalah kurang atau sama dengan 10% berat badan anda.
Beg tangan yang terlalu berat mengundang sakit belakang, tengkuk dan pening kepala.

Menyangkut beg tangan pada siku lebih mudarat iaitu menjadi penyebab otot dan tendon siku tercedera. Sindrom digelar Poshitis itu menjadi ikutan dalam kalangan wanita bercita rasa terkini dan boleh mengundang kecederaan lebih teruk jika beg bersaiz besar dan berat!.

Jadi, fikir-fikirkan ya, ibu-ibu. Kecantikan vs kesihatan vs kemudahan. Pilihan paling baik mungkin beg sandang belakang dengan berat yang bersesuaian.
 
Itu sahaja perkongsian santai dari saya.
Jika ada salah silap, mohon ampun dan maaf.



Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts