Friday, November 29, 2013

Penjenamaan semula dengan logo baharu

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Hari ini saya gembira. Satu, kerana kelas terjemahan di ITBM telah tamat. Hanya menanti peperiksaan Isnin akan datang. Dua, secara automatiknya, saya tidak perlu menghadap jalan raya bersaing dan berlumba dengan kenderaan lain, kalau silap percaturan masa bergelumang dengan jam tanpa roti. 

Ketiga, Akademi Bekerja Di Rumah sudah punyai logo baharu, dengan rasminya menggantikan logo asal. Terima kasih kepada rakan akademi merangkap guru online berdedikasi Khairunisa. Saya suka logo ini, kiut miut' sahaja. Jika anda suka, anda boleh renung lama-lama di sidebar. Oh ya, jika anda berminat untuk menempah doodle atau logo, boleh tempah melalui Khairunisa, atau melalui saya pun boleh.


Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada kami, caranya mudah sahaja. Daftar salah satu kelas di bawah, secara automatiknya anda akan menjadi ahli. Keahlian seumur hidup.

Kelas Akademi Bekerja Di Rumah:-

1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page khusus untuk bisnes
3. Kelas belajar iklan di mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif online, pra daftar, kelas bermula Disember. (Yuran RM170, dua ebook rujukan)
Selepas pilih kelas, pilih yuran1, yuran2, yuran3, atau yuran 4, buat pendaftaran dengan mengemel saya, nurzahwanimohdnor@gmail.com, atau SMS/WhatsApp 0136200432. Boleh juga PM inbox FB saya Wani Mn. Sebelum anda didaftarkan, saya akan mengajukan soalan untuk menganalisis dan memberikan cadangan kelas yang sesuai dan menepati keperluan anda.  Mudah sahaja bukan. Saya juga bermula dengan cara yang sama. Jadi, jika anda berminat, mulakan langkah pertama anda dengan bertanya, Ok?. 





Thursday, November 28, 2013

Kolesterol. LDL, HDL

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Semalam saya bercerita tentang hidangan rasam yang mempunyai nilai perubatan dan diminum selepas makan. Ia membawa saya kepada satu persoalan, adakah ia sebagai pembersih usus atau perut atau apa?. Kemudian membawa saya berfikir tentang kolesterol. Pencarian saya tentang kolesterol membuatkan saya tersedar semula. Dahulu saya pernah mengetahui perkara ini. Tetapi bila dengar orang sekeliling bercerita, ilmu itu sudah diputar dan disalah tafsir pula.

Ok, sebenarnya kolesterol merupakan satu molekul yang diperlukan oleh badan. Semua orang mempunyai kolesterol dalam badan untuk membantu fungsi badan membina vitamin D yang mana ia diperlukan untuk minda dan juga sistem saraf. Hanya ada satu molekul kolesterol. Anda pernah dengar tentang LDL dan HDL?. Ia ialah singkatan high-density-lipoprotein dan low-density-lipoprotein. Bila kita memeriksa tahap kolesterol, kita akan diberikan sekali nilai HDL dan LDL. Doktor perubatan akan membuat kesimpulan dan nasihat berdasarkan nilai ini.

Selalu juga kita salah anggap LDL dan HDL adalah kolesterol. Kadang kala masing-masing dikenali pula sebagai kolesterol jahat dan kolesterol baik. Sebenarnya ia salah. Seperti namanya, LDL dan HDL bukanlah sejenis koleterol. Ia adalah lipoprotein yang memegang dan membawa kolesterol dalam sistem badan.Ia jugalah yang menjadi kayu ukur yang dapat diuji dalam darah. Bukan kolesterol itu sendiri.

Jadi, persoalannya sekarang, bila kita ada masalah dengan kadar lipoprotein yang dapat diuji melalui darah tadi, adakah pengawalan kolesterol dapat mengatasi masalah lipoprotein?. Masalah yang mana satu perlu kita atasi sebenarnya, kadar kolesterol atau kadar lipoprotein?.

Bersambung akan datang ya.

Baca dahulu petikan bab 6 ebook 101 IDEA HOME-BASED BISNES. Unttuk tempahan sila hubungi saya.

Hubungi penulis untuk tempahan
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432

Bab 6: Operasi Dari Rumah

Apa itu SOHO
Di negara maju seperti Amerika Syarikat, Eropah, New Zealand, Jepun, rakyat telah memilih untuk bekerja dan tinggal di kediaman yang sama. Mengapa? Ini membawa perubahan yang besar tentang trend bekerja dari rumah yang mula menular ke seluruh pelusuk dunia, sejajar dengan kelajuan capaian teknologi maklumat yang begitu mendominasi.
Ia semakin berkembang dan pilihan bekerja atau mengusahakan bisnes dari rumah mempunyai banyak sisi yang proaktif. Perkhidmatan perhubungan, pusat jagaan harian, hasil kreatif, fungsi ruang dan bilik untuk hujung minggu dan hobi ditransformasikan kepada hobi menambah pendapatan dan ia berubah kepada satu peluang serius mengusahakan bisnes skala kecil.
Dalam capaian maklumat yang semakin merebak dan pengguna internet semakin meningkat setiap hari. Bekerja dari rumah atau memiliki pejabat kecil di rumah, bukan sekadar dijadikan hobi, tetapi adalah bisnes skala kecil yang mampu memberi pulangan pendapatan lumayan. Pejabat di rumah atau dikenali sebagai small office home office (SOHO), sudah menjadi pilihan untuk menikmati keseimbangan gaya hidup, bekerja dan matlamat untuk keluarga.
Pemilik SOHO, dikategorikan sebagai bekerja seperti penterjemah, penulis, pereka bentuk web. Kategori ke dua ialah mengusahakan bisnes dari rumah, iaitu menawarkan produk dan perkhidmatan yang memasarkan melalui laman web jualan di internet.


Pengusaha SOHO boleh diusahakan secara sambilan juga secara sepenuh masa bagi mereka yang benar-benar serius. Ia rendah risiko, kos yang rendah, permulaan yang mudah bagi pemula bisnes yang baru. Pemilik SOHO perlu mempunyai pengurusan masa yang lebih baik, pengurusan operasi bisnes yang lebih tersusun. Jika anda mengambil masa 30 minit untuk sampai ke tempat kerja, lima hari seminggu. Jumlahkan berapa banyak masa dihabiskan dan juga pembaziran tenaga dan sumber.
Sedangkan pilihan untuk bekerja di rumah memberi ruang yang lebih fleksibel, tiada kekangan birokrasi pejabat juga berjimat kerana tidak perlu lagi mengumpul koleksi pakaian pejabat. Sekadar memakai pakaian yang sesuai dan selesa ia sudah cukup untuk memulakan hari dengan bekerja dengan beberapa langkah sahaja dari bilik tidur.

Wednesday, November 27, 2013

Rasam pelega sejuk badan, selsema dan batuk

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pagi yang aman dan tenang. Alhamdulillah pagi ini semua berjalan lancar, anak tidak merajuk, trafik pun tidak sesak. Hari ini masih bersiaran dari Institut Terjemahan Bahasa, menghabiskan baki kursus intensif terjemahan di bawah program HEARTS untuk suri rumah.

Walau pun rasa renyah selepas lama tidak keluar rumah mengikut waktu pejabat, ada perkara yang suka berkenaan kursus ini. Perhimpunan suri rumah. Bila suri rumah sudah berhimpum, berbagai-bagai topik akan keluar. Sudah pasti salah satu topik biasa yang keluar adalah resepi. Salah satu resepi yang kami kongsikan adalah rasam. Resepi ini menarik perhatian saya, sebab ia bukan resepi biasa-biasa yang kaum melayu makan. Sebenarnya ia adalah hidangan untuk kaum India. Jika anda suka makan di Banana Leaves, hidangan ini memang tidak asing lagi.

Asal-usul rasam adalah daripada Selatan India. Ia juga dikenali sebagai 'Indian Clarified Herbal Consomme’ atau 'sup herba yang terbaik'. Seperti namanya, rasam adalah campuran rempah herba. Uniknya, ia mempunyai nilai perubatan. Itu yang saya suka dan tertarik dengan rasam ini. Rasam dikatakan sesuai untuk merawat sejuk-sejuk badan, demam selsema yang ringan dan juga batuk yang disebabkan kepanasan.  Selain itu, ia juga elok untuk sistem penghadaman. Menurut rakan saya, ia sesuai untuk mereka yang ingin menguruskan badan. Selepas makan, minumlah rasam.  Beliau juga menambah, bila berpantang, elok juga makan rasam, tapi jangan pula masukkan bahan yang tidak sesuai dimakan seperti ketam. Oh, rasam ini boleh dimakan seperti sup, atau lazimnya diminum menggunakan cawan. 

Jujurnya, saya tidak pernah pun merasai hidangan rasam, tapi saya mahu masak hidangan ini satu hari nanti. Dek darah India yang mengalir dalam tubuh ini, saya memang sukakan masakan berempah berbanding suami yang kurang suka. Mungkin sebab dia berdarah cina. Andaian sahaja.

Rakan suri rumah semasa kursus ini, saya panggilnya Yoges. Beliau berkongsi resepi rasam ketam bersama kami. Lagaknya sudah seperti seorang chef pula. Lucu. Ok, boleh lihat resepi di bawah ya.

RESEPI RASAM KETAM

Bahan-bahan

Lada hitam 10 biji -kisar
Jintan putih 2 sudu teh -kisar
Jintan manis -kisar
Bawang putih - 10 ulas -kisar
Daun Kari
Air asam jawa sedikit
Garam secukup rasa
Kunyit  hujung sudu teh
Air 1 liter
Tomato yang dihancurkan
Kaki ketam/ sepit (tidak perlu gunakan badan ketam, badan ketam boleh digunakan untuk hidangan lain).

Kaedah

1. Tumis semua bahan kisar (bawang, lada hitam, jintan) kaki ketam dan daun kari sehingga naik bau. 
2. Masukkan tomato. 
3. Masukkan air perahan asam. 
4. Masukkan air.
5. Tunggu hingga mendidih.

Sedia untuk dihidangkan.

Mudah bukan. Saya suka hidangan mudah dan berfungsi seperti ini. Tidak sampai 15 minit pun boleh siap.
Mudah, ringkas dan kos pun minima. Sekali sekala apa salahnya ubah hidangan kebiasaan kan?. Selalu sudah cuba makan tose dan capati, kali ini tambah lagi satu hidangan kaum India, rasam.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama(kamu) dan tidak mengusir kamu dari kampung halaman kamu, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil”. (Al-Mumtahanah:8)


Tempah e-book 101 IDEA HOME BASED BISNES pada harga promosi.
Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432




Tuesday, November 26, 2013

Penyelesaian separa selesai masalah netbookku

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Saya cuba untuk mulakan semua perkara dengan nama Allah. Banyak manfaatnya. Bagi saya, salah satu manfaatnya adalah menjadikan saya fokus kepada perkara yang akan berlaku atau akan dilakukan. Contohnya, saya sepatutnya membaca lafaz bismillah sebelum saya mula menekan 'remove infected files'. Dengan itu, saya lebih fokus fail apa yang saya akan asingkan. Ini tidak, sambil borak-borak, sambil tekan-tekan komputer. Sudahnya, sendiri bermasalah.

Alhamdulillah juga, bangun dinihari 'dikejutkan' Allah. Usai solat, teringat masalah dengan netbook yang masih belum selesai. Macam-macam cara dibuat untuk cuba selesaikan. Saya bukanlah bijak pandai dalam urusan teknikal komputer. Alang-alang sudah ada niat mahu format semula, saya godeh sajalah. Alhamdulillah, sekarang saya berjaya menaip entri blog menggunakan netbook. Tidak seperti semalam, menggunakan telefon mudah alih. Saya gemar menggunakan netbook. Mudah dan banyak perkara boleh dilakukan serentak.  Tambah lagi, saya memang perlukan netbook untuk menghadapi peperiksaan terjemahan dan melakukan tugasan yang diberi.

Ok. Saya mahu kongsikan masalah yang telah terjadi dengan netbook saya dan apa yang saya telah lakukan hingga saya dapat menggunakan semula perisian yang telah hilang semalam. Minta maaf, istilah yang saya gunakan mungkin tidak tepat kerana saya bukanlah cerdik pandai bidang komputer. Tapi saya masih mahu berkongsi masalah dan penyelesaian yang tidak seberapa ini.

Asalnya, setelah saya mengasingkan fail yang 'dijangkiti' virus, banyak perisian penting telah hilang termasuklah Microsoft Office dan juga pelayar internet. Jadi, baru sebentar tadi, cari punya cari, saya telah diilhamkan Allah untuk membukan 'start menu'.  Akan keluar taskbar dan program-program yang telah hilang. Maksud hilang di sini, zahirnya ada icon MICROSOFT WINDOW, GOOGLE CHROME. Jika klik, sepatunya akan keluar 'dropdown list' untuk Microsoft Window, Excel dan sebagainya. Tapi dalam kes saya, bila klik, tiada 'dropdown list'. Akan keluar (empty). Kemudian, saya klik kanan dan terdapat satu pilihan untuk 'restore previous version'. Klik dan laksanakan mengikut arahan. Alhamdulillah. Berjaya. Namun, ada sesetengah program tiada pilihan 'restore previous version'. Jadi, netbook saya masih belum pulih sepenunya dan perlu dihantar untuk format semula. Sekurang-kurangnya ia boleh digunakan.

Itu sahaja perkongsian saya. Mohon maaf jika kurang faham atau istilah kurang tepat. Jika mahukan maklumat tambahan boleh tanya saya. Tapi seperti saya katakan tadi, ilmu saya terhad dan sangat sedikit. Saya berkongsi berdasarkan pengalaman. Jika ada pembaca yang mahu bantu saya selesaikan masalah saya ini, kecik tapak tangan, nyiru saya tadahkan.

Tanya Allah->Doa->Usaha->Istiqamah->Tawakal.

Hubungi penulis
nurzahwanimohdnor@gmail.com
0136200432


Monday, November 25, 2013

Hari ini dalam sejarah.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Walau pun hati gundah. Cuba untuk kekal senyum. Orang kata senyum dalam tangisan. Sekali lagi netbook saya diserang virus trojan. Saya tak pasti dari mana asal usul virus ini. Yang lepas, saya install antivirus baharu untuk netbook atas sebab netbook saya terus menerus memproses data menyebabkan ia menjadi lambat sangat. Bila sudah selesai muat turun perisian, semuanya nampak ok. Segala virus telah di keluarkan. Tidak ada lagi lampu berkelip-kelip tidak berhenti. 

Tapi, bila saya mahu gunakan perisian photoshop. Saya terpaku sendiri. Perisian sudah hilang. Saya redha saja. Lain kali boleh muat turun lagi. Lagi pun perisian bukan tahap sangat penting. 

Hari ini, sekali lagi netbook ini mengejutkan saya. Bila saya hidupkan, ada amaran tentang virus. Sekali lagi, silap saya, terus saja tekan 'removed'. Siap semuanya, tengok-tengok, banyak perisian sudah ghaib!. Termasuklah google chrome, mozilla dan internet explorer. Aduh!. Dada macam kena cucuk. Macam mana ya?.  Seingat saya, semalam saya hanya cucuk kabel untuk pencetak saja. Takkanlah pencetak pun ada virus ya?. Yang lagi menjadikan ia pelik, dengan perisian antivirus sekali hilang. Macam mana ya? Macam mana?

Apo nak dikato?. Perkara dah pun jadi. Hidup perlu diteruskan. Terus jalan. Cari jalan penyelesaian bukan fikirkan masalah  berterusan. 

Blog ditaip menggunakan telefon bimbit. 
Kelas asas blog tetap dibuka. Untuk pelajar dan bakal pelajar. Kelas insya-Allah boleh diteruskan. Semoga perkara yang baik-baik sahaja untuk puan dan tuan yang hebat.

Salam nutrisi. 
Rohani dan jasmani. 

Thursday, November 21, 2013

Bahasa Melayu berkesan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah. 
Tatkala menulis blog ini, saya berada di dalam ERL dari KL Sentral menuju ke stesen berhampiran dengan rumah. Hari ini agak mencabar, walau pun hari ini adalah hari ke-4 saya menghadiri kursus penterjemahan di Institut Terjemahan dan Buku Malaysia. 

Pernahkah anda datang ke ITBM? Saya pernah dengar dan ini kali pertama saya berada di sana. Di aras bawah ITBM ada kedai buku 1 Malaysia. Menariknya kedai buku ini, harga bukunya lebih murah dari kedai buku biasa. Sesiapa yang berdekatan dengan kedai ini, saya kira sangat rugi tidak memanfaatkan peluang yang ada depan mata. 

Berbalik kepada kursus penterjemahan yang saya hadiri ini, ia merupakan tawaran yang diberikan kepada suri rumah. Jika anda suri rumah yang berminat, bolehlah search HEARTS  dan daftar di sana. 

Kursus penterjemahan ini sangat menarik dan terlebih mencabar. Apa cabarannya?. Nantikan entri saya akan datang. Mungkin esok, mungkin akan datang.

Sehingga bersambung lagi. 

Salam nutrisi untuk jasmani dan rohani. 



Wednesday, November 20, 2013

Penulis blog veteran

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini bermula awal. Saya ingin melaksanakan projek tergendalam malam tadi. Perisian Photoshop saya menghilang tiba-tiba, jadi saya perlukan perisian baru. Sambil memuat turun aplikasi dari internet, saya mencari-cari maklumat dari Google. Terkejut dengan penemuan saya. Terus-terus ingin menulis di blog.

Saya terjumpa satu blog seorang bekas pengetua SDARIAN tahun 1964-1971. Jika menjadi pengetua pada tahun berkenaan, anda kira-kira sendiri, agaknya umur beliau berapa?. Tidak saya saya ada penulis blog yang veteran. Beliau mula blog sejak 2008, dan mempunya 3 buah blog. (http://www.blogger.com/profile/02417606217436327957). Menarik juga perkongsian dari blogger veteran. Banyak berkongsi pengalaman dan meninggalkan manfaat untuk pembaca, seperti saya. Inilah yang dikatakan, apabila menulis dan berkongsi ilmu yang membawa manfaat, kita harap-harap ia menjadi saham diakhirat nanti. Penulisan blog beliau terhenti pada 2012. Wallahualam tidak diketahui musababnya. Namun, pencarian google blog beliau untuk kondisioner makanan berada di muka pertama, senarai ke-4 teratas. Hebat atau hebat?.

Bagi yang belum ada blog, anda mahu tak hasil sebegini?. Apa kata anda sertai kelas asas blog Akademi Bekerja di Rumah. Kongsikan ilmu dan pengalaman anda.

Hubungi penulis:
nurzahwanimohdnor@gmail.com
Sms/WhatsApp 0136200432
Jadi rakan Fb saya: Wani Mn

Tuesday, November 19, 2013

Mengandung, mengidam dan makanan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Masa mengandung, anda ada pernah rasa mengidam atau tidak?. Pengalaman saya mengandung anak pertama, saya mengidamkan buah durian belanda. Barang mudah saja. Tapi masa itu, sukar betul mencari buah durian belanda yang berkenan. Saya pun tidak tahu puncanya. Bila jumpa ada saja yang tidak elok. Sampai suami pun naik malas melayan. Sekali, bila dapat durian belanda yang berkenan, masa dalam perjalanan balik kampung. Tiba di kampung, durian belanda penyek. Dapatlah merasa sikit. Lega rasa hati. Orang tua-tua kata, kalau kempunan barang mengidam, nanti anak air leleh asyik meleleh. Betulkah?. Wallahualam.

Namun, yang pasti, mengidam makanan masa mengandung, bukan lagenda orang-orang tua. Ia kisah benar. Sebab musabab terjadi kes mengidam untuk wanita hamil belum dapat dirungkaikan. Sehingga kini banyak saintis di dunia yang membuat pelbagai hipotesis tentang mengidam semasa hamil. 

Andaian yang paling popular adalah kaitan perubahan hormon wanita hamil atau dikenali sebagai peranan neurochemical. Ada juga kajian yang mengatakan mengidam ada kaitan dengan keperluan wanita hamil pada satu-satu jenis nutrisi. Contohnya jika anda mengidamkan coklat, itu menunjukkan anda kekurangan Vitamin B. Bila mengidamkan makanan berkalori tinggi, ia mungkin disebabkan wanita itu kekurangan nilai kalori yang sepatutnya diambil, berikutan kadar metabolisma yang meningkat semasa hamil. Walau bagaimanapun hipotesis ini tidak jelas dan mempunyai banyak keraguan.

Kajian lain tentang wanita hamil yang mengidam adalah disebabkan sensitiviti deria rasa yang meningkat semasa mengandung. Daripada tidak suka asam, kepada sukakan makanan masam-masam. Dahulu tidak berbau, tiba-tiba makanan jadi berbau kuat, busuk dan menyebabkan perasaan loya dan muntah. Hipotesis ini disokong oleh kajian daripada saintis bernama Margie Profet dalam artikel beliau bertajuk "Pregnancy sickness as an adaptation: A deterrant to maternal ingestion of teratogens". Beliau menyatakan, peningkatan sensitiviti deria wanita hamil didorong oleh keperluan bayi dalam kandungan. Kemungkinan bahan makanan yang berbau tadi mengandungi bahan yang memudaratkan untuk kandungan dan tidak diperlukan.  Kerana itu katanya lagi, wanita yang mengalami morning sickness semasa mengandung jarang menghadapi keguguran. Tetapi, kajian ini juga samar dan tiada bukti kukuh. 

Sejauh mana kita boleh melayan perasaan mengidam?. 
Mengidam makanan yang sihat dan bernutrisi tidak mengapa. Tetapi jika tahap mengidam inginkan lumpur, puntung rokok dan sebagainya, itu memang merapu, Hentikan saja niat dihati. Bagaimana dengan jeruk?. Sukakan jeruk masa mengandung?. Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata pengambilan jeruk tidak memudaratkan fetus secara terus. Tetapi, ia mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya memberi kesan pada anak di dalam kandungan. Ini kerana, jeruk mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi. Ditambah pula dengan kehadiran bahan tambah makanan yang lain seperti natrium benzoate dan juga pewarna tartrazine. Pengambilan jeruk berlebihan mengundang penyakit darah tinggi, peningkatan paras gula dan juga kesan-kesan yang dibawa oleh pewarna tartrazine iaitu ruam, lebam dan asma, terutamanya kepada mereka yang alah kepada penisilin.

Unik juga wanita hamil bukan?. Apa pun, apa jua yang dilakukan biarlah berpada-pada. Kadangkala apa yang diperlukan oleh wanita hamil adalah kasih sayang atau hanyalah satu pelukan untuk menenteramkan jiwa kacau.

Sumber:

The Psychology of Eating and Drinking

 By Alexandra W. Logue



Nutritional Sciences, 3rd ed.: From Fundamentals to Food

 By Michelle Mcguire, Ph.D., Kathy A. Beerman

The Complete Illustrated Pregnancy Companion: A Week-by-Week Guide to ...

 By Robin Elise Weiss, Marcello Pietrantoni



Dugaan ibu mengandung- Oleh Shaidah ShafieCetakEmel Kawan



Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau

3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
 

Monday, November 18, 2013

Ulasan Kelas Asas Blog- Berblog ada matlamat.

Ulasan Kelas Asas Blog & Fanpage : Tuan Fadzilah Tuan Sulaiman
Sumber : http://tuanfadzilah.blogspot.com/2013/11/kaedah-penulisan-blog.html

Kaedah Penulisan Blog

Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.



Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.




Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)
https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Saturday, November 16, 2013

Perjalanan indah berada di rumah

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Hai, nampak singkat pula seluar anak bujangku. Cepat betul anak mama besar", hatiku berkata-kata sendiri.  Masa itu, terngiang-ngiang pula suara pengasuh lama anakku. "Baju yang ini dengan yang ini dah tak muatla h Wani. Lain kali jangan bawa lagi.". 

Aku yang dulu, bukanlah yang sekarang. Dulu, sampai tidak sedar, anak membesar dengan cepat, ada baju yang tidak boleh dipakai lagi, sampaikan kena tegur dengan pengasuh. Manakan tidak, bila kemas baju, memang ambil baju yang sama, khas untuk ke rumah pengasuh. Kadang-kadang, memang di rumah tidak pernah nampak anak disarung baju itu. Tahu-tahu, pengasuh kata tidak muat. Anak membesar pun tak terpandang. Sekarang, semua dapat dilihat. Dari anak tinggi 90cm dan dapat masuk percuma ke i-City, hingga anak tinggi 117 cm. Dari seluar gedobos, sampai sekarang sudah jadi seluar senteng. Dari baju kakak, sekarang sudah jadi baju adik pula. Baju dari almari sudah dikemas masuk dalam kotak dan disimpan untuk kegunaan akan datang. InsyaAllah. 

Apa yang boleh dikatakan lagi. Alhamdulillah. Walaupun rezeki duit belum semewah semasa bekerja, namun rezeki dapat melihat perkembangan anak-anak, dikira rezeki mewah juga. Bagi rakan-rakan ibu yang belum dapat rezeki sebegini, jangan risau, jangan galau. Bila Allah kata 'kun fayakun', rezeki akan ada. Buat masa ini manfaatkan masa berkualiti dengan anak-anak. Terkadang kita terleka, kita hilang fokus. Kembali semula ke trek. Saya yang bekerjda di rumah ini juga, kadangkala terleka bekerja dan hilang tumpuan untuk layan anak. Jadi saya juga sentiasa ingatkan diri untuk kembali pada fokus utama berada di rumah.

Beberapa hari lalu, saya menonton berita jam 8 bersama anak. Berita yang ditunggu-tunggu adalah tentang ribut Haiyan yang melanda Filipina. Misi bantuan Malaysia ke Filipina telah sampai, bersama dengan pihak media. Jadi, liputannya lebih menonjol. Antara yang dipampang di televisyen adalah pengurusan mayat-mayat mangsa taufan Haiyan yang telah berbau busuk. Tanpa disangka-sangka, anak saya yang berumur lima tahun menghamburkan soalan. "Kenapa bau busuk mama?. Orang jahat bau busuk, orang baik bau wangi ke mama?." Tergamam saya mendengar soalan itu. Saya yakin, sebenarnya dia bandingkan kisah di berita tadi dengan kisah penemuan jenazah yang digali semula dalam keadaan elok dan berbau wangi yang dibacanya di suratkhabar beberapa minggu lepas. 

Allahuakbar. Anak ini sungguh suci. Sudah dapat memikirkan perkara sebegitu. Ia membuatkan saya sendiri tersedar. Terus-terus anak saya menangis. Katanya, dia mahu masuk syurga. Tidak mahu jadi busuk dan masuk neraka, mahu jadi baik. Allahuakbar. Jika diikut rasa hati, mahu meleleh air mata saya dan dan itu juga. Tapi, bagaimana mahu menasihat jika saya juga menangis. Jadi saya teruskan nasihat supaya dia menjadi anak yang baik, dengar kata-kata Allah. InsyaAllah, kita doa sama-sama, kita jumpa di syurga. InsyaAllah, amin. Anak, indah jika perjalanan di bumi ini, kita titi bersama dan bersama juga kita melangkah gembira di syurga kelak. Semoga apa yang kita lakukan di bumi ini menjadi bekal di akhirat kelak. Tanggungjawab mama galas sangat besar, anak. Untuk mendidikmu menjadi khalifah di bumi ini. Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebenaran. 

Siapa sangka. Kesedaran boleh timbul pada bila-bila masa. Bila kita berfikir, perkara yang disekeliling kita juga boleh memberikan kesedaran, petunjuk dan hidayah. Sama-samalah kita menghayatinya.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)
https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Friday, November 15, 2013

Bahan pewarna makanan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google.

Dari mata turun ke hati. Sebab itu juga, kita makan menggunakan mata sebagaimana kita merasa dengan lidah. Bila tengok makanan terutamanya kek, kuih dan gula-gula berwarna-warni, kita mula rasa seronok dan teruja. Belum rasa pun makanan itu. Sebab itu juga ada cerita Hansel and Gratel. Kalau tidak sebabkan rumah gula-gula dan coklat pelbagai warna. Saya pun suka juga!. Tapi umur dah menginjak 30-an, rasa geli pula kalau makan manis-manis melampau.


Apa yang saya mahu bawakan hari ini, cerita tentang pewarna makanan. Iya. Pewarna yang cantik, berwarna-warni macam pelangi itulah. Bahan pewarna adalah bahan tambah makanan yang menjadi asbab makanan nampak menarik. Bahan pewarna makanan terbahagi kepada pewarna sintetik dan juga pewarna semulajadi.



Bagi yang sukakan aktiviti membuat kek dan kuih, pewarna apa yang anda selalu gunakan?. 

Jawapan saya, " saya selalu beli pewarna di pasaraya. Ala, dalam botol tu. Tak tau pun semulajadi atau sintetik".


Ha, kalau mahu tahu, itu semua pewarna sintetik. Pewarna sintetik selalunya dihasilkan daripada arang batu dan juga petroleum. Penggunaan pewarna sintetik yang sah, dan digunakan dalam kuantiti yang sedikit, tidak salah sebenarnya. Saya yakin, pewarna dari jenama ternama dan dikenali ramai di pasaraya itu, adalah yang pewarna makanan yang sah dan dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh pewarna sintetik adalah daripada kelas azo, triarilmetana, quinolin, xanten dan indigoid. 



Apa yang dikhuatiri daripada pewarna sintetik adalah penggunaan secara berlebihan. Ada juga pengilang 'nakal' yang menggunaan pewarna tidak dibenarkan dalam makanan yang diproses. Contohnya makanan ringan yang kanak-kanak gemar seperti, jeli, gula-gula dan keropok. Penggunaan warna makanan yang tidak sah serta berlebihan mengundang pelbagai risiko seperti kanser, alahan, hiperaktif pada kanak-kanak, dan gangguan pernafasan. Contoh untuk pewarna Ponceau 4R atau SX Purple atau E124 akan merosakkan sistem pundi kencing, manakala Allura Merah yang mengandungi benzidine merupakan bahan karsinogen iaitu penyebab kanser. Bacaan lanjut, boleh rujuk di sini.

Mengapa pihak industri gemarkan pewarna sintetik?.

Sebab utama sudah tentu harganya yang murah. Pewarna sintetik juga lebih stabil dan warnanya tahan lama walaupun setelah diproses dan dimasak. Warna apa yang dimasuk, warna itu jugalah yang keluar lepas diproses. 

Apa pilihan alternatif?.

Seterusnya pilihan pewarna makanan yang ada adalah pewarna semulajadi.
Tapi pernahkah kita jumpa pewarna semulajadi dijual di pasaraya?. Saya tidak pernah pula belek dan jumpa satu. Mungkin ada yang pernah jumpa. Cuba ceritakan pula. Semasa kerja dahulu, saya pernah hadir satu perjumpaan kerjasama bersama Chr-Hansen, salah satu pengeluar pewarna semulajadi komersil. Salah satu keluarannya adalah beta-carotene, warna merah kekuningan daripada buah sawit. Pewarna itu digunakan untuk pembuatan jus. Untuk menambah tarikan pada jus oren. Rasa jus oren tambah buah sawit?. Tidak pula rasa minyak atau bau minyak. Sama saja rasa jus oren. Tapi persoalannya, saya tidak pernah juga berjumpa pewarna keluaran Chr-Hansen di pasaraya. Oh, untuk mereka yang membuat perniagaan makanan, saya syorkan anda hadir ke pameran makanan yang diadakan di sekitar negara kita seperti Halal Food Industry, MAHA, MICCOS dan seumpamanya. Anda akan jumpa pelbagai bahan pembuatan makanan yang tiada di pasaraya. 

Adakah pewarna semulajadi pilihan terbaik?. 

Pewarna semulajadi komersil mempunyai keraguan tentang bahan pelapis (coating). Pewarna semulajadi tidak stabil. Bahan pelapis ini digunakan untuk melindungi pewarna semulajadi daripada berubah warna disebabkan oleh suhu dan cahaya. Antara bahan pelapis yang digunakan adalah gelatin, daripada unsur haiwan. Gelatin dari haiwan tidak halal, memberikan keraguan. Namun, terdapat pilihan bahan pelapis yang lebih baik seperti karagenan dan juga maltodextrin. Apa yang penting?. Lihat logo halal. Logo halal yang halal ya?. Bukan logo halal yang tidak halal.

Selain daripada bahan pelapis yang tidak halal, satu lagi keraguan adalah penggunaan warna dari sumber haiwan seperti bernama cochineal, iaitu berwarna carmine (merah tua). Cochineal adalah sejenis serangga kecil yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah meluluskan penggunaan pewarna dari sumber serangga ini dengan kawalan piawaian kandungannya dalam makanan tidak melebih 0.003% - 0.006%. Boleh baca lanjut hujah dan penerangannya di sini.

Apa lagi pilihan pewarna makanan yang ada?.

Buat sendiri di rumah. Iya, buat sendiri di rumah. Setakat pewarna menggunakan warna hijau dari pandan, kuning dari kunyit dan merah dari paprika/cili, biasa jugalah saya guna sendiri di rumah. Tapi untuk warna yang lebih mencabar seperti ungu dan biru, belum pernah saya cuba. Tapi saya yakin, orang kelate, banyak menggunakan bunga telang untuk warna biru nasi kerabu. 

Apa lagi pilihan warna yang ada?. Ok. Untuk warna ungu, gunakan kobis ungu yang ada di pasar atau pasaraya. Rendam atau rebus sehingga terhasil warna ungu pekat dan gelap, anda akan dapat hasil warna ungu. Mahu tahu?. Daripada warna ungu ini, campurkan dengan 'baking soda' sedikit anda akan dapat warna biru. Cubalah. 

Untuk warna merah, boleh gunakan strawberi, atau ubi bit. Ubi bit selalunya ada di pasaraya besar seperi Giant atau Tesco.Boleh juga gunakan delima tau. 

Untuk warna oren, cuba gunakan lobak. Buatkan jus lobak. Bukankah ia berwarna oren?. 
Apa lagi ya?. Cuba kongsikan  Seronok bermain dengan warna di dapur. Yang penting, RAJIN. 
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Thursday, November 14, 2013

Taufan Haiyan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto : Google.

Bismillah.

Taufan Haiyan. Berita hangat kini. Entah kenapa tiada pula saya nampak liputan hangat di muka buku. Mungkin lain padang lain belalang. Namun, apa yang melanda Filipina, Bandar Tacloban khususnya amat menyayat hati. Dilanda taufan maut memang sukar. Dengan kepadatan penduduk bandar sekitar 220,000 dan mengikut berita melaporkan kebanyakan rumah penduduk daripada kayu dan beratap jerami, anda bayangkanlah sendiri. Saya kira dengan kelajuan kereta di lebuhraya Malaysia yang mencapai lebih 180km sejam saja sudah cukup untuk ranapkan rumah mereka. Ini kan pula taufan dengan kelajuan lebih kurang 315km sejam. Bayangkan, bayangkan.


Melihat gambar yang terpampang di media cukup menyentuh hati. Bukan saja saya, tapi juga anak-anak saya. Becok mulut bertanya,
"Kenapa dia duduk dekat situ?."
"Kenapa mak dia menangis?."
"Kenapa comot?."
Ada seribu lagi kenapa. Termasuk kenapa abah tak balik lagi. Ya, abah sama-sama dalam misi membantu mangsa taufan. Walau pun dari jauh.


Taufan Haiyan melanda merupakan siklon tropika terkuat di dunia, dengan ranking ke-5 super-taufan, musim taufan Pasifik 2013. Ia melanda Filipina bermula Jumaat lalu dan hingga kini telah mengubah haluan ke arah selatan China. Badai yang melanda Filipina ini dilaporkan telah mengorbankan 1,774 nyawa namun lebih 10,000 dikhuatiri maut dalam kejadian berkenaan.

Allahuakbar. Alhamdulillah kita di Malaysia kurang masalah bencana sebegini. Alhamdulillah kita berada di Malaysia. Sedikit ujian dari Tsunami di Kedah dan Penang beberapa tahun dulu, belum habis cerita lagi bantuannya. Masih ada rungutan penduduk. Inikan pula musibah sebesar ini. Bagaimana ya?. Bagaimana?.

Jadi, bersyukurlah kita yang tidak pernah dilanda musibah besar-besar gaya itu. Syukurlah kita tatkala dilanda musibah kecil sebagai peringatan. 

Doa Nabi Nuh Agar Terselamat Daripada Ribut Taufan.
ÙˆَÙ‚ُÙ„ رَبِّ Ø£َنزِلنى Ù…ُنزَÙ„ًا Ù…ُبارَÙƒًا ÙˆَØ£َنتَ Ø®َيرُ المُنزِلينَ ﴿٢٩﴾(29) "Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ' "Ayat ini khasiat dan khafiatnya amalannya juga adalah mendapatkan rezeki dan tempat tinggal yang elok. Terbanyang pula rumah mangsa taufan ini. Sudah tidak nampak bayang. Tambah lagi berita semalam berkenaan kes mangsa taufan mencuri beras dari stor simpanan bantuan. Bayangkanlah hingga ke tahap itu mereka perlu lakukan untuk terus hidup. Desakan untuk terus hidup. Ada juga yang meminta sedekah di jalanan. Sedih, sedih. Yang hairannya, saya dengar juga dari slot berita yang sama, bantuan mencurah-curang. Setiap negara yang berikan bantuan nilainya berjuta-juta. Termasuk negara kita USD 1 juta. Cepatlah bantuan ini sampai. Semoga dipermudahkan semuanya. Amin.


Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com






Wednesday, November 13, 2013

Berguru dalam berniaga.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Muka buku dan blog memang tidak dapat dipisahkan apabila berniaga secara online. Namun setiap langkah perlu ada sempadannya. Saya cukup tidak sukakan teknik yang digunakan dengan menambah bilangan pengguna group pengiklanan secara paksa. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saya menjadi ahli dalam group pengiklanan. Bila teliti syarat-syarat untuk beriklan, rupanya perlu tambah 50 orang, 100 orang dan ada yang sampai 150 orang. Wah, wah. Ada pula syaratnya. Jika tuan punya badan beri keizinan tidak mengapalah. Tapi seingat saya, tidak pernah pula saya beri keizinan untuk tambah saya pada mana-mana group. Jika saya mahu, saya sendiri akan mohon izin pada pengelola kumpulan tersebut. Pagi ini selamat saya bersihkan muka buku saya. Alhamdulillah. Mohon janganlah ada yang masukkan lagi.

Ini fenomena biasa jika berniagaa tanpa sempadan. Ini pentingnya berguru dalam berniaga. Lain caranya dengan tidak berguru. Jika suka membaca, saya sarankan belilah buku atau e-book. Banyak dipasaran. Jika mahu yang keluaran Akademi pun ada.


Bakal terbit pada 30.11.2013

Bab 1: 101 Idea Home-Based Bisnes
Bab 2: Mula Bisnes Tanpa Modal
Bab 3: Rancang, Sasar Matlamat
Bab 4: Strategi Pemasaran Online
Bab 5: Strategi Pemasaran Offline
Bab 6: Operasi Dari Rumah
Bab 7: Khidmat pelanggan Online
Bab 8: Produk Digital vs Produk Fizikal
Bab 9: Strategi Pemasaran Gaya Rasulullah
Bab 10: Rahsia Bisnes Siti Khadijah
Bab 11: Pengalaman Usahawan Sukses


Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi,

Itu kalau berguru. Kalau tidak berguru, lagilah. Bunga belum kembang teruskan layu. 
Renung-renungkan ya.

Hubungi penulis untuk pembelian e-book dan pendaftaran kelas Asas Blog secara online.
nurzahwanimohdnor@gmail.com
Sms/Whatsapp 0136200432.


Tuesday, November 12, 2013

Sambungan kisah garam.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Entri sebelum ini saya ceritakan tentang garam masakan. Entrinya di sini. Hari ini saya sambung semula perihal garam. Mahu tahu tentang statistik penggunaan garam di Malaysia?. Jika anda mahu tahu, saya terjumpa statistik penggunaan garam yang telah dibuat pada tahun 2012. Statistik menunjukkan kadar purata penggunaan garam bagi rakyat Malaysia adalah sebanyak 8.7 gram. Jauh bezanya dengan kadar yang telah dipersetujui oleh Badan Kesihatan Dunia (WHO) iaitu sebanyak 5 gram sehari tanpa menyebabkan sebarang kemudaratan kepada kesihatan. Sebenarnya, garam atau sumber natrium sangat diperlukan oleh badan untuk kelancaran bendalir dalam badan. Namun, jika berlebihan dan tidak disingkirkan ia mendatangkan kemudaratan. Tambah lagi jika kurang minum air kosong.

Pernahkah kita terfikir untuk buat ujian tahap masin ini kan?. Saya tidak pernah pula terfikir. Yang saya tahu, ada ujian tahap gula. Itupun sebab hamil. Jika tidak hamil, saya pun tidak buat. Mungkin perlu kenalkan pula ujian tahap masin pada ibu hamil juga. Baru ramai yang sedar tentang tahap penggunaan garam ini.

Pentingkah untuk tahu kadar penggunaan garam sebenarnya?. Apa kesan penggunaan garam berlebihan?. Baik. Penyakit utama yang popular adalah darah tinggi. Penggunaan garam pada kadar yang tinggi setiap hari selama hayat manusia. Di hujung hayat, dapat darah tinggi. Popular bukan?. Masa muda, sistem badan masih kuat, ditambah dengan beberapa aktiviti fizikal. Semakin usia menginjak senja, kita sendiri maklum. Saya yang baru usia siri tiga ini pun sudah sakit badan. Jadi sendiri perlu sedar. Jadi saya perlu ambil tahu perkara sebegini. Untuk buka mata sendiri. Tambah pula bila aktiviti senaman juga terhad. Seminggu tidak sampai tiga kali pun, seperti yang dicadangkan. Ketuk kepala sendiri. 

Apa lagi penyakit berkait dengan garam?. Antaranya adalah obesiti, jantung, osteoporosis, kanser perut, gastrik dan buah pinggang. Nampak macam jauh sungguh osteoporosis dengan garam bukan. Ia adalah tindakbalas secara tidak langsung. Ia ada kaitan dengan fungsi badan. Bila kita makan makanan yang masin, kita akan cepat haus. Jadi kita suka untuk pilih jus atau minuman sejuk dan manis. Kadar gula yang tinggi menyebabkan darah berada dalam keadaan asid. Untuk mengalkalikan darah, iaitu keadaan asal darah, fungsi tubuh secara autimotik akan mencari bahan yang akan menjadikan darah alkali. Contohnya magnesium dari tulang. Berlaku kecurian tulang atau 'bone losses'. Magnesium juga penting untuk kekuatan tulang dan mengelakkan berlakunya osteoporosis. Jadi itulah kaitan garam dan osteoporosis. Begitu juga dengan lain-lain penyakit.

Satu lagi akibat kemasinan adalah 'gemuk air'. Takutkan gemuk?. Jangan makan masin-masin. Kadar sodium yang tinggi dalam badan menyebabkan 'water retention' (air tertahan?). Itulah yang dikatakan gemuk air. 

Bagi ibu mengandung, atau tidak mengandung yang sukakan jeruk (saya tepuk bahu sendiri lagi). Kandungan garam dalam jeruk memang tidak dinafikan sangat tinggi. Jika anda pernah buat jeruk di rumah, anda pasti tahu bukan?. Ibu mengandung tidak digalakkan makan jeruk kerana ia bukan saja tidak berkhasiat, malah ia akan menyebabkan kaki mudah bengkak. Jadi kalau terasa mahukan makanan masam, kunyah saja vitamin c contohnyanya chewable vitamin c Shaklee. Sedap dan berkhasiat. 

Cerita tentang jeruk, sebenarnya banyak lagi makanan berbungkus yang mengandungi kadar garam yang tinggi seperti makanan dalam tin, sardin, rendang daging dalam tin, kari ayam dalam tin, dan lain-lain seumpamanya. Untuk makluman, pelabelan kandungan garam pada makanan tidak diwajibkan kerana ia fokus kepada kandungan protein, lemak, karbohidarat dan tenaga. Pemantauan hanya pada makanan terproses. Bagaimanapun, terdapat pula beberapa standard makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mempunyai peruntukan membenarkan penambahan garam, dengan peruntukan khusus bagi paras garam atau natrium yang perlu tambah seperti untuk belacan, cincalok, sos ikan, ikan kering dan pekasam (jeruk).

Berita baiknya, berdasarkan laporan di MyNewsHub pada 14 mac 2013, pihak industri makanan telah menyokong hasrat kerajaan dalam kempen kurangkan garam dengan mengurangkan kadar penggunaan gaam dalam makanan yang dikilangkan. Terdapat 16 item makanan yang telah dikurangkan kadar garam sebanyak 40 peratus daripada jumlah asal. Item tersebut adalah kategori biskut, kicap, mee segera, makanan ringan dan daging beku. 

Jadi, pokok pangkalnya pilihan kita. Tepuk dada tanya selera. Saya hanya berkongsi maklumat.

Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com


Monday, November 11, 2013

Hidup ini satu pilihan atau kebetulan?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor.

Hari ini ambil masa beberapa minit dan melawat blog kegemaran. Satu blog wajib dalam senarai adalah blog
guru kelas asas blog saya, Puan Masayu Ahmad. Salah satu entrinya sangat menarik hati saya. Cuba baca:-

"Fokus dan konsisten tidak semua orang boleh lakukan

Teks: Masayu Ahmad

Saat orang lain berebut-rebut keluar rumah, saya suka di rumah. Saat orang lain mengalami jalan sesak di jalanraya utama, saya santai sahaja di laluan alternatif. Saat orang lain sibuk beli belah masa hari cuti, saya suka cari ruang lain tiada orang dan tidka perlu beratur panjang di kaunter.

Bukankah hidup ini satu pilihan atau kebetulan?
Itulah saya, saya bukan mencari kelainan suka-suka, mungkin itu cara saya lebih suka dengan keadaan santai dan berlapang. Suka di balik tabir sahaja, hanya bekerja di blog ini dari dulu hingga kini. Alhamdulillah, blog ini memberi banyak rezeki kepada saya. Bukan blog ini yang bagi, ia adalah ruang dan peluang, yang bagi Allah taala fahamkan itu, ia berbeza jauh berbeza."


Ada panjang lagi entri beliau. Jika mahu baca, boleh terus ke pautan blog beliau.

Saya tertarik dengan ayat beliau, "hidup ini satu pilihan atau kebetulan?". Ya, benar soalan itu. Hidup ini satu pilihan atau kebetulan. Semalam saya semapat membaca separuh novel berkisar kisah poligami. Persoalan utama novel berkenaan adalah adakah kesanggupan untuk berpoligami itu merupakan pilihan atau kebetulan?. Membaca kisah sebegitu, kadangkala seram juga rasa hati. Tapi, kita tidak dapat menolak perkara yang berlaku dan ia adalah qada dan qadar Allah.

Apa yang saya ingin ceritakan, bukanlah tentang poligami. Hidup berumahtangga bila kena caranya, apa saja boleh jadi bahagia. Poligami atau mono. Ia adalah pilihan. Bukan kebetulan. Saya berada di rumah, menjadi suri rumah berijazah sarjana juga pilihan. Memang berat untuk buat keputusan. Saya berfikir selama setahun sebelum berhenti kerja. Ia adalah pilihan saya walaupun ditentang. Ia adalah pilihan bukan kebetulan. Ia juga pilhan saya untuk bersusah payah mencuba berniaga walaupun rasanya mudah dapat gaji tetap setiap hujung bulan. Ia juga pilhan saya untuk bersusah payah berjimat dan memahami erti wang sebenar dan kegunaan wang sebenar. Ia pilihan dan bukan kebetulan saya dapat belajar kelas asas blog dengan Kak Masayu. Saya memilih untuk memulakan langkah pertama setelah setahun menjadi suri rumah tanpa pendapatan. Hari ini saya di sini untuk memberikan maklumat yang sama kepada rakan suri rumah yang lain. Dahulu, saya tidak tahu cara hendak mulakan perniagaan dari rumah. Sekarang saya masih belajar lagi. Bukan mudah, tapi tidak payah.

Jika anda rasa anda mahu berubah, ia adalah pilihan anda. Ia bukan kebetulan anda membaca blog saya ini. Ia bukan kebetulan anda tahu tentang kelas asas blog. Anda juga mungkin belum miliki satu blog sendiri. Jika anda mahukan blog yang mempunyai fokus dan matlamat sesuai dengan pilihan anda, anda boleh menyertai kelas asas blog saya. Anda boleh bertanya maklumat ini kepada saya.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts