Showing posts with label Bab 10 Bahan Tambah Makanan. Show all posts
Showing posts with label Bab 10 Bahan Tambah Makanan. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Mengandung, mengidam dan makanan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Masa mengandung, anda ada pernah rasa mengidam atau tidak?. Pengalaman saya mengandung anak pertama, saya mengidamkan buah durian belanda. Barang mudah saja. Tapi masa itu, sukar betul mencari buah durian belanda yang berkenan. Saya pun tidak tahu puncanya. Bila jumpa ada saja yang tidak elok. Sampai suami pun naik malas melayan. Sekali, bila dapat durian belanda yang berkenan, masa dalam perjalanan balik kampung. Tiba di kampung, durian belanda penyek. Dapatlah merasa sikit. Lega rasa hati. Orang tua-tua kata, kalau kempunan barang mengidam, nanti anak air leleh asyik meleleh. Betulkah?. Wallahualam.

Namun, yang pasti, mengidam makanan masa mengandung, bukan lagenda orang-orang tua. Ia kisah benar. Sebab musabab terjadi kes mengidam untuk wanita hamil belum dapat dirungkaikan. Sehingga kini banyak saintis di dunia yang membuat pelbagai hipotesis tentang mengidam semasa hamil. 

Andaian yang paling popular adalah kaitan perubahan hormon wanita hamil atau dikenali sebagai peranan neurochemical. Ada juga kajian yang mengatakan mengidam ada kaitan dengan keperluan wanita hamil pada satu-satu jenis nutrisi. Contohnya jika anda mengidamkan coklat, itu menunjukkan anda kekurangan Vitamin B. Bila mengidamkan makanan berkalori tinggi, ia mungkin disebabkan wanita itu kekurangan nilai kalori yang sepatutnya diambil, berikutan kadar metabolisma yang meningkat semasa hamil. Walau bagaimanapun hipotesis ini tidak jelas dan mempunyai banyak keraguan.

Kajian lain tentang wanita hamil yang mengidam adalah disebabkan sensitiviti deria rasa yang meningkat semasa mengandung. Daripada tidak suka asam, kepada sukakan makanan masam-masam. Dahulu tidak berbau, tiba-tiba makanan jadi berbau kuat, busuk dan menyebabkan perasaan loya dan muntah. Hipotesis ini disokong oleh kajian daripada saintis bernama Margie Profet dalam artikel beliau bertajuk "Pregnancy sickness as an adaptation: A deterrant to maternal ingestion of teratogens". Beliau menyatakan, peningkatan sensitiviti deria wanita hamil didorong oleh keperluan bayi dalam kandungan. Kemungkinan bahan makanan yang berbau tadi mengandungi bahan yang memudaratkan untuk kandungan dan tidak diperlukan.  Kerana itu katanya lagi, wanita yang mengalami morning sickness semasa mengandung jarang menghadapi keguguran. Tetapi, kajian ini juga samar dan tiada bukti kukuh. 

Sejauh mana kita boleh melayan perasaan mengidam?. 
Mengidam makanan yang sihat dan bernutrisi tidak mengapa. Tetapi jika tahap mengidam inginkan lumpur, puntung rokok dan sebagainya, itu memang merapu, Hentikan saja niat dihati. Bagaimana dengan jeruk?. Sukakan jeruk masa mengandung?. Pensyarah Kanan dan Dietitian, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata pengambilan jeruk tidak memudaratkan fetus secara terus. Tetapi, ia mengganggu kesihatan ibu dan seterusnya memberi kesan pada anak di dalam kandungan. Ini kerana, jeruk mengandungi kadar gula dan garam yang tinggi. Ditambah pula dengan kehadiran bahan tambah makanan yang lain seperti natrium benzoate dan juga pewarna tartrazine. Pengambilan jeruk berlebihan mengundang penyakit darah tinggi, peningkatan paras gula dan juga kesan-kesan yang dibawa oleh pewarna tartrazine iaitu ruam, lebam dan asma, terutamanya kepada mereka yang alah kepada penisilin.

Unik juga wanita hamil bukan?. Apa pun, apa jua yang dilakukan biarlah berpada-pada. Kadangkala apa yang diperlukan oleh wanita hamil adalah kasih sayang atau hanyalah satu pelukan untuk menenteramkan jiwa kacau.

Sumber:

The Psychology of Eating and Drinking

 By Alexandra W. Logue



Nutritional Sciences, 3rd ed.: From Fundamentals to Food

 By Michelle Mcguire, Ph.D., Kathy A. Beerman

The Complete Illustrated Pregnancy Companion: A Week-by-Week Guide to ...

 By Robin Elise Weiss, Marcello Pietrantoni



Dugaan ibu mengandung- Oleh Shaidah ShafieCetakEmel Kawan



Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau

3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com
 

Friday, November 15, 2013

Bahan pewarna makanan

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google.

Dari mata turun ke hati. Sebab itu juga, kita makan menggunakan mata sebagaimana kita merasa dengan lidah. Bila tengok makanan terutamanya kek, kuih dan gula-gula berwarna-warni, kita mula rasa seronok dan teruja. Belum rasa pun makanan itu. Sebab itu juga ada cerita Hansel and Gratel. Kalau tidak sebabkan rumah gula-gula dan coklat pelbagai warna. Saya pun suka juga!. Tapi umur dah menginjak 30-an, rasa geli pula kalau makan manis-manis melampau.


Apa yang saya mahu bawakan hari ini, cerita tentang pewarna makanan. Iya. Pewarna yang cantik, berwarna-warni macam pelangi itulah. Bahan pewarna adalah bahan tambah makanan yang menjadi asbab makanan nampak menarik. Bahan pewarna makanan terbahagi kepada pewarna sintetik dan juga pewarna semulajadi.



Bagi yang sukakan aktiviti membuat kek dan kuih, pewarna apa yang anda selalu gunakan?. 

Jawapan saya, " saya selalu beli pewarna di pasaraya. Ala, dalam botol tu. Tak tau pun semulajadi atau sintetik".


Ha, kalau mahu tahu, itu semua pewarna sintetik. Pewarna sintetik selalunya dihasilkan daripada arang batu dan juga petroleum. Penggunaan pewarna sintetik yang sah, dan digunakan dalam kuantiti yang sedikit, tidak salah sebenarnya. Saya yakin, pewarna dari jenama ternama dan dikenali ramai di pasaraya itu, adalah yang pewarna makanan yang sah dan dibenarkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Contoh pewarna sintetik adalah daripada kelas azo, triarilmetana, quinolin, xanten dan indigoid. 



Apa yang dikhuatiri daripada pewarna sintetik adalah penggunaan secara berlebihan. Ada juga pengilang 'nakal' yang menggunaan pewarna tidak dibenarkan dalam makanan yang diproses. Contohnya makanan ringan yang kanak-kanak gemar seperti, jeli, gula-gula dan keropok. Penggunaan warna makanan yang tidak sah serta berlebihan mengundang pelbagai risiko seperti kanser, alahan, hiperaktif pada kanak-kanak, dan gangguan pernafasan. Contoh untuk pewarna Ponceau 4R atau SX Purple atau E124 akan merosakkan sistem pundi kencing, manakala Allura Merah yang mengandungi benzidine merupakan bahan karsinogen iaitu penyebab kanser. Bacaan lanjut, boleh rujuk di sini.

Mengapa pihak industri gemarkan pewarna sintetik?.

Sebab utama sudah tentu harganya yang murah. Pewarna sintetik juga lebih stabil dan warnanya tahan lama walaupun setelah diproses dan dimasak. Warna apa yang dimasuk, warna itu jugalah yang keluar lepas diproses. 

Apa pilihan alternatif?.

Seterusnya pilihan pewarna makanan yang ada adalah pewarna semulajadi.
Tapi pernahkah kita jumpa pewarna semulajadi dijual di pasaraya?. Saya tidak pernah pula belek dan jumpa satu. Mungkin ada yang pernah jumpa. Cuba ceritakan pula. Semasa kerja dahulu, saya pernah hadir satu perjumpaan kerjasama bersama Chr-Hansen, salah satu pengeluar pewarna semulajadi komersil. Salah satu keluarannya adalah beta-carotene, warna merah kekuningan daripada buah sawit. Pewarna itu digunakan untuk pembuatan jus. Untuk menambah tarikan pada jus oren. Rasa jus oren tambah buah sawit?. Tidak pula rasa minyak atau bau minyak. Sama saja rasa jus oren. Tapi persoalannya, saya tidak pernah juga berjumpa pewarna keluaran Chr-Hansen di pasaraya. Oh, untuk mereka yang membuat perniagaan makanan, saya syorkan anda hadir ke pameran makanan yang diadakan di sekitar negara kita seperti Halal Food Industry, MAHA, MICCOS dan seumpamanya. Anda akan jumpa pelbagai bahan pembuatan makanan yang tiada di pasaraya. 

Adakah pewarna semulajadi pilihan terbaik?. 

Pewarna semulajadi komersil mempunyai keraguan tentang bahan pelapis (coating). Pewarna semulajadi tidak stabil. Bahan pelapis ini digunakan untuk melindungi pewarna semulajadi daripada berubah warna disebabkan oleh suhu dan cahaya. Antara bahan pelapis yang digunakan adalah gelatin, daripada unsur haiwan. Gelatin dari haiwan tidak halal, memberikan keraguan. Namun, terdapat pilihan bahan pelapis yang lebih baik seperti karagenan dan juga maltodextrin. Apa yang penting?. Lihat logo halal. Logo halal yang halal ya?. Bukan logo halal yang tidak halal.

Selain daripada bahan pelapis yang tidak halal, satu lagi keraguan adalah penggunaan warna dari sumber haiwan seperti bernama cochineal, iaitu berwarna carmine (merah tua). Cochineal adalah sejenis serangga kecil yang berasal dari Amerika Tengah dan Mexico. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia telah meluluskan penggunaan pewarna dari sumber serangga ini dengan kawalan piawaian kandungannya dalam makanan tidak melebih 0.003% - 0.006%. Boleh baca lanjut hujah dan penerangannya di sini.

Apa lagi pilihan pewarna makanan yang ada?.

Buat sendiri di rumah. Iya, buat sendiri di rumah. Setakat pewarna menggunakan warna hijau dari pandan, kuning dari kunyit dan merah dari paprika/cili, biasa jugalah saya guna sendiri di rumah. Tapi untuk warna yang lebih mencabar seperti ungu dan biru, belum pernah saya cuba. Tapi saya yakin, orang kelate, banyak menggunakan bunga telang untuk warna biru nasi kerabu. 

Apa lagi pilihan warna yang ada?. Ok. Untuk warna ungu, gunakan kobis ungu yang ada di pasar atau pasaraya. Rendam atau rebus sehingga terhasil warna ungu pekat dan gelap, anda akan dapat hasil warna ungu. Mahu tahu?. Daripada warna ungu ini, campurkan dengan 'baking soda' sedikit anda akan dapat warna biru. Cubalah. 

Untuk warna merah, boleh gunakan strawberi, atau ubi bit. Ubi bit selalunya ada di pasaraya besar seperi Giant atau Tesco.Boleh juga gunakan delima tau. 

Untuk warna oren, cuba gunakan lobak. Buatkan jus lobak. Bukankah ia berwarna oren?. 
Apa lagi ya?. Cuba kongsikan  Seronok bermain dengan warna di dapur. Yang penting, RAJIN. 
Salam nutrisi rohani dan jasmani,
Nurzahwani Mohd Nor.

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 
0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Friday, November 8, 2013

Tentang garam masakan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Kurang garam salah, terlebih garam salah juga. Semuanya jadi serba salah. Ini salah satu dilema saya semasa tinggal bersama mertua. Emak saya seorang yang dikatakan orang kurang masin. Baca betul-betul. Bukan kurang asam ya. Disebabkan emak saya begitu, lidah kami sekeluarga mengikut sama. Masakan kami sering dikatakan tawar, sedangkan bagi kami elok saja, Bila sudah berkahwin dan kebetulan ibu mertua saya berpindah masuk ke rumah kerana pertukaran pejabat, masakan jadi gundah gulana. Bila saya masak, mertua saya tidak lalu makan kerana tawar. Bila mertua masak, saya terkejut kemasinan. Macam-macam hal. Tapi saya rasa, perkara ini boleh ditoleransi. Lama kelamaan, masakan kami jadi sama rasa tahap kemasinannya kerana lidah kita sebenarnya boleh dididik.

Apa sajalah tentang garam dan masin.  Entri yang lepas, saya ada menceritakan tentang kandungan gula dalam minuman. Kali ini, saya bawakan perihal garam masakan. Apa had garam yang boleh kita makan dalam sehari?. World Health Organization (WHO) menyarankan penggunaan garam sehari adalah sebanyak satu sudu atau 5 gram sahaja atau 2000 mg natrium. Sikitnya!.

"Dalam gulai letak satu sudu teh, dalam sayur setengah sudu. Eh, banyaknya saya guna garam!.".
Itu yang saya fikir masa mula-mula baca tentang jumlah had pengambilan garam sehari. Tapi bila fikir semula, tidak pula kita makan seperiuk gulai bukan?. Hanya beberapa sudu sahaja. Jadi, jumlah garam yang terlarut kita ambil, tiadalah sampai satu sudu teh. Macam silap mata pula kan. Mahu tahu agaknya berapa jumlah garam terlarut dalam gulai tadi?. Kita bukan belajar larutan kimia di sini. Lupakan saja.

Ok. Apa sumber makanan yang boleh menambahkan jumlah pengambilan garam harian kita selain gulai dan lauk sayur tadi?. Antaranya ialah:-
1) Kicap.
2) Jeruk
3) Kiub ayam
4) Cencalok
5) Budu
6) Ikan pekasam
7) Sos
8) Belacan.

Jika mahu senaraikan, banyak juga lagi. Ini antara makanan yang saya selalu kurang sedar, ada banyak kandungan garam. Satu lagi adalah makanan dalam tin seperti sardin. Bila masak sardin, ada jenama sardin yang saya tidak perlu tambah garam lagi. Apa jenamanya?. Anda boleh rasa semasa memasak. Bukankah lidah kita berlainan citarasa?.

Pakar pemakanan Pakar Pemakanan Hospital Pantai Ampang, Nor Lizawati Che' Lah berkata sebenarnya dalam makanan terproses selalunya mengandungi 75% garam tersembunyi. Sos cili, kicap pekat, kicap cair, cencalok dan seumpamanya dikatakan mempunyai 480 mg natrium. 

Bersambung lagi entri garam ini ya.



Friday, October 25, 2013

Sindrom Restoran Cina?. Apakah ia?.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Acapkali membaca buku kesihatan, terserempak dengan ayat "Sindron Restoran Cina", bila dikaitkan dengan perasa makanan. Sindrom makanan Cina adalah rasa mual, pening, mengantuk, panas dan berpeluh selepas makan. Saya selalu juga rasa situasi ini bila makan di kedai. Mulanya tidak perasan. Tapi setelah emak, ayah dan adik suarakan masalah mereka, saya mula perasan yang saya pun ada rasa yang sama.

Kemudian, bila baca dan geledah internet tentang isu perasa makanan, terbaca pula sindrom ini. Eh, eh, sama pula. Rupanya itulah penangan MSG atau nama panjangnya monosodium glutamate. Atau nama glamor di Malaysia Pak Aji. Sampai ada  nama glamor. Walhal ada banyak jenama lain. Mungkin.
Butiran MSG
Sindrom akibat MSG ini berlainan bagi setiap individu. Ada yang sekejap. Ada yang berlarutan sehingga 5 hari. Dikatakan dari karangan Imam Ahmad Ibnu Nizar, ia berkaitan dengan kepekaan pesakit itu sendiri terhadap kandungan gluten dan kimia terkandung dalam MSG berkenaan. Gejala MSG ini hanya dilaporkan setelah setengah abad penggunaannya iaitu pada 1969 oleh Dr. Ho Man Kwok. Hebatnya susur galur sejarah MSG ini, ia bertahan sehingga sekarang. Masih lagi ada penggemarnya. Bantahan dan promosi penggunaannya sama hebat. Kajian keburukan kesan MSG seiring dengan kajian menunjukkan MSG selamat untuk digunakan. Kesan jangka pendek bermula dengan sindrom restoran Cina tadi. Kesan jangka panjang boleh berlarut sehingga membawa kepada kanser, dan ia berdasarkan pemecahan struktur kimia MSG bergabung dengan keadaan suhu tinggi semasa memasak. Ya, ia kajian kimia. Adakah ia benar-benar berlaku di dalam badan manusia. Wallahualam. Ada yang masih boleh menyangkal.

Setiap bahan mempunyai garis panduan tahap selamat. Begitu juga dengan MSG. Joint Expert Committe on Food Additives, jawatankuasa penasihat WHO menetapkan tahap selamat MSG adalah pada 120mg per kg berat badan setiap hari. Banyak sangat ke 120 mg?. Sangat sedikit. Dan sepatutnya kurang lagi.

Sebagai ibu beranak dua (baru), saya cuba untuk minimakan kemasukan MSG dalam makanan keluarga dengan masak sendiri di rumah. Masing-masing ada kegemaran masing-masing. Saya rasa elok juga kurang satu bahan perasa yang tidak berapa penting. Jimat duit bukan?.

Saya hanya berkongsi. Selebihnya, tepuk dada tanya selera.

Tempah E-Book ini di www.peminatbukuonline.blogspot.com
Hubungi penulis untuk mula jana wang dari rumah dengan blog.
nurzahwanimohdnor@gmail.com
SMS/WhatsApp: +60136200432



Saturday, September 28, 2013

Jom Kenal Aditif Makanan.

Teks: Nurzahwani Mohd NorFoto: Google
Sumber: 
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dzulkifly Mat Hashim, Institut Penyelidikan Produk Halal,UPM.

Anda adalah seorang suri yang sangat sibuk, mengurus anak-anak dan mengurus rumah. Ditambah pula dengan komitmen dan semangat untuk membantu keluarga menjana pendapatan di luar rumah mahu pun dari rumah. Kemudian anda lihat sudah terhidang makanan siap dimasak di atas meja. Siap untuk dimakan. Sedikit teruja. Hasil kasih sayang seorang suami memasak untuk isterinya. Dalam hati berbunga-bunga. Semua ahli keluarga sudah sedia, anda pun ngapp untuk suapan pertama. TIADA RASA!. Tawar tidak, manis pun tidak. Rasa umami apatah lagi???.

Baik, apa perasaan anda apabila menjamah makanan yang tiada rasa seperti itu?. Tak lalu nak makan pun ada bukan?. Situasi di atas hanyalah analogi. Jangan cepat melenting. Masak semula dan letaklah garam, kicap, cuka, minyak bijan, sos tiram, apa saja untuk mencukupkan dan menyedapkan rasa. Ya, itulah sebenarnya penambah makanan atau lebih kerap disebut aditif makanan. 


Mengikut peraturan 19 (1) Peraturan-peraturan makanan 1985, aditif makanan adalah ialah bahan yang ditambah secara sengaja ke dalam atau ke atas makanan dalam kuantiti yang sedikit, tidak termasuk vitamin & mineral. Tujuannya adalah:-
  • mengekalkan/ membaiki kualiti, 
  • penampilan (tekstur, konsistensi, appearance), 
  • perisa, 
  • bau, 
  • rasa
  • memanjangkan tempoh penyimpanan 
Maksud di situ jelas. Garam, kicap, cuka, minyak bijan, sos tiram merupakan aditif makanan. Aditif makanan ini dikelaskan kepada enam (6) iaitu:-
  • Bahan pengawet
  • Bahan pewarna
  • Bahan perisa 
  • Penambah perisa 
  • Antipengoksida 
  • Kondisioner makanan

Siapakah yang menggubal, mengawal jualan, kelulusan dan memantau perkara berkaitan aditif makanan?.

Badan yang memantau aktiviti berkaitan aditif makanan adalah Bahagian Kawalan Kualiti Makanan (BKKKM) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Jadi, anda boleh merujuk kepada badan berkenaan sekirannya anda ingin dapatkan maklumat lanjut, atau pun membuat aduan.

Aditif makanan, diperbuat daripada apa?

Bila sebut aditif makanan, ramai yang mula rasa dalam hati perasaan sangsi. Ada pula yang mencadangkan agar pengusaha restoran meletakkan tanda, TIDAK MENGGUNAKAN PERASA DAN PENGAWET MAKANAN di restoran mereka. Bagi saya, ia adalah penipuan jika letakkan tanda sebegitu. Meletakkan papan tanda itu bagus, tetapi perlu lebih jelas kerana perasa dan pengawet makanan itu perlu, cuma yang tidak bagus adalah ADITIF MAKANAN SINTETIK ATAU TIRUAN. 


Jadi, aditif makanan ini sebenarnya terbahagi kepada empat (4) sumber:-

Sumber dari tumbuhan
•Agen pemekat yang diekstrak dari buah-buahan, “seaweed. 
•Asid tartaric dari buah-buahan 
Nature-identical products (plant or animal sources)
•Asid Askorbik dari buah-buahan 
•Tocopherols dari minyak sayuran 
•Carotennoids dari buah-buahan & sayuran 
•Citric acid dari buah citrus 
Modified natural substances (plant & animal sources)
•Agen pemekat yang ubahsuai dari kanji (kanji terubahsuai) seperti sorbitol 
Man-made products/synthetic 
•Antioksida seperti butylated hydroxyanisole 

Pilihan yang paling bagus adalah yang nombor satu dan yang paling patut 
dielakkan adalah nombor empat. Umumnya, apabila produk makanan hanya mengandungi aditif makanan semulajadi, pengeluar akan meletakkan papan tanda (label) sebesar-besar alam. Maksudnya memang mudah dilihat, bagi yang membaca label makanan. Contoh makanan yang selalu mempunyai label sedemikian adalah jem (spread). 

Saya sendiri membeli satu jenama jem yang tertulis tiada aditif makanan tiruan selain daripada apa yang terkandung di dalam buah-buahan tersebut. Dan dijadikan cerita saya terbeli jem buah oren. Ya Allah, sangat lah pahit. Jadi saya tahulah, benar bagai dilabelkan. Memang tidak sedap dimakan bersama roti. Tapi disebabkan ia tiada aditif, saya buatkan ia minuman. Citrus+madu+air panas. Elok diminum ketika selsema. Hahaha... Jangan tiru pula. Saya tak jamin keselamatan anda. Setakat ini alhamdulillah, tiada rasa sakit perut.

Kesimpulannya, apa yang ingin saya sampaikan di sini, aditif makanan, tidak pula bahaya dan tidak pula seratus-peratus bagus. Kita hanya perlu memilih. Macam mana mahu menjadi pengguna yang memilih?. Baca label, baca label, baca label. Bukan setakat baca harga saja. Ok?.
Salam ukhwah, salam kesihatan.

*****************************************
Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Di Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Beli buku yang anda suka:

Anda ada bisnes?. Iklankan produk/perkhidmatan anda di soho directory:

Perlukan supplemen untuk kekalkan kesihatan dan kejelitaan anda?. Jom bersama D’Hati Nutri

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn
3)E-Mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Thursday, September 19, 2013

Pengawet tidak sah, pengawet berbahaya

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google

Mengekalkan makanan untuk tempoh masa yang panjang merupakan satu cabaran. Bagi yang baru mula menjalankan perniagaan berasaskan makanan dalam skala kecil, selalunya akan bermula dengan produk yang bebas pengawet makanan. Bagus bukan. Tetapi apabila mula meningkat jualan dan menjalan bisnes dalam skala yang lebih besar, pengawet makanan merupakan bahan yang dicari untuk memanjangkan tempoh hayat "GUNA SEBELUM ...". Khususnya bagi makanan basah seperti kek, roti, apam polka dot, acar, dodol, sambal tumis, dan lain-lain.

Baik. Mari kenali pengawet makanan.
Pengawet makanan adalah salah satu aditif, ditambah dalam makanan untuk mengelakkan aktiviti mikrob dan seterusnya memanjang tempoh hayat makanan dan mengelakkan makanan itu basi, tidak sedap, busuk, penyebab sakit perut, dan mendapat penyakit. Tapi sedarkah pengusaha makanan bahawa pengawet yang ditambah dengan menyalahi undang-undang yang ditetapkan juga boleh membawa penyakit?. Jadi, sebagai pengguna, mari kita tambah ilmu supaya kita dapat berhati-hati dengan bahan pengawet ini. Saya cuma berkongsi maklumat yang diperolehi dari pembacaan dan perbualan.


Gambar hiasan
Aditif makanan selalunya digunakan dalam kuantiti yang sedikit. Kehadiran aditif makanan dapat dikesan melalui label makanan. E-Number untuk pengawet makanan adalah pada nombor siri 200-299. Jadi, jika kita kesan di label makanan mempunyai E 211, itu maksudnya mengandungi pengawet. Namun, selalunya, pengeluar akan menulis label bahan pengawet berkenaan seperti asid benzoik dan sebagainya. Boleh lihat di sini. Pengawet makanan yang selalu digunakan adalah pengawet sintetik, kerana ia mudah disimpan, didapati, digunakan dan murah. Walau bagaimanapun tahukah anda sebenarnya bahan yang mudah didapati dirumah kita juga adalah bahan pengawet. Ini contohnya, bawang merah, bawang putih, sitrus, oregano, sage, thyme, cengkih, ketumbar, rosemary, pegaga dan senarai itu akan berterusan sejajar dengan penyelidikan yang dijalankan oleh saintis. Jadi, jangan kata pengeluar makanan tiada pilihan untuk memanjangkan hayat makanan seperti yang diinginkan oleh pengguna. Bagi mereka yang baru ingin mengeluarkan produk makanan sendiri, apa kata anda hubungi badan penyelidikan yang sesuai seperti MARDI, Pusat Penyelidikan di UPM, FRIM dan seumpamanya. Mungkin mereka dapat membantu anda mencari pengawet yang sesuai, halal dan thoiyiban.

Apa terjadi jika pengawet makanan berlebihan?.

Berdasarkan tulisan Dr Rahmat Awang dalam Utusan Malaysia bertarikh 9 November 1996, Asid benzoik yang berlebihan akan menyebabkan perkara berikut:-

  • Kerengsaan perut
  • Menjejaskan sistem saraf
  • Bagi pesakit lelah dan ruam kulit (urtikaria dan ekzema), asid benzoik yang berlebihan akan memburukkan keadaan.
  • Para hidroksi benzoat menyebabkan rasa kebas mulut
  • Pesakit yang alah kepada pewarna azo seperti tartazin kemungkinan besar mempunyai alahan yang sama terhadap pengawet benzoat.
  • Begitu juga dengan mereka yang alah dengan penisilin akan mengalami alahan pada pengawet benzoat.
Contoh lain yang diberikan Dr Rahmat Awang adalah kesan penggunan pengawet nitrat dan nitrit yang berlebihan di dalam makanan. Pengawet nitrat dan nitrit atau dalam bentuk garam kalium dan natrium.
Nilai maksimum penggunaan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah 200mg bagi setiap 1 kg makanan. Pengawet nitrat dan nitrit selalu digunakan untuk mengawet daging dalam bentuk kering atau basah (dalam tin).

Penggunaan yang berlebihan akan menyebabkan perkara berikut:-

  • Mual
  • Muntah
  • Pening,
  • Tekanan darah rendah 
  • Nadi tidak menentu
  • lemah otot
  • Pengawet nitrat boleh bertukar kepada nitrit apabila makanan basi atau disebabkan aktiviti mikrob (bakteria/kulat) di luar atau di dalam perut. Nitrit boleh bertukar kepada nitrosamina iaitu bahan karsinogen yang menggalakkan kejadian kanser.
Gambar hiasan.
Bagaimana pula dengan bahan pengawet terlarang?. Sebenarnya wujud juga bahan pengawet terlarang, tetapi digunakan dalam makanan. Contohnya seperti formaldehid dalam produk daging kering atau jeruk, asid borik dalam mee, kue teow dan rangkaian produk mee yang lain. Penggunaan pengawet makanan yang berlebihan juga adalah terlarang. Contohnya kes yang berlaku sekitar Oktober 2010 berkaitan dengan produk Indomie yang diimport dari Indonesia. Kes ini sebenarnya dilaporkan di Taiwan. Oleh kerana kita juga mengimport produk yang sama, KKM telah membuat siasatan lanjut mengenainya dan ternyata Malaysia bebas daripada masalah berkenaan.

Hydroxyl Benzoic Acid merupakan bahan pengawet yang digunakan dalam makanan seperti sos soya, jeruk, marmalade dan snek. Setiap negara mempunyai peraturan yang berlainan. Kes yang bermula di Taiwan ini menyatakan bahan pengawet tersebut wujud dalam sos soya Indomie melebihi julat yang dibenarkan iaitu kurang 250mg setiap 1kg makanan. Malaysia pula melarang penggunaan bahan pengawet tersebut dalam sos soya selaras dengan tetapan Codex Alimentarius Commission, iaitu hanya digunakan untuk snek pada julat 300-500mg bagi setiap kg makanan. Nyata selepas pemeriksaan, hasilnya adalah negatif dan produk selamat di makan. Iya, setiap negara peraturannya berlainan. Tetapi dari segi kesihatan, Joint FAO/WHO Expert Committe on Food Additive (JECFA) menetapkan had pengambilan harian hydroxyl benzoic acid adalah 10mg bagi setiap kg badan, tanpa menyebabkan masalah kesihatan.

Gambar hiasan
Jika dibaca, diteliti memang menakutkan kisah pengawet makanan. Belum cerita lagi tentang tepung 'bleached'. Buatlah pilihan yang bijak. Kita adalah pengguna. Kita yang menentukan pasaran bukan?. Kesimpulannya, baca label makanan semasa membuat pembelian. Sebolehnya elakkan makanan yang mempunyai pengawet, makan makanan segar, lihat tarikh luput makanan.

Saya hanya berkongsi maklumat. Salam kesihatan dari bijak nutrisi.
--------------------------------------------------------------------------------------

Sertai kelas yang dihadiri oleh warga besar Akademi Bekerja Dari Rumah, sesuai untuk suri rumah sepenuh masa atau pun bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa.

Kelas yang dijalankan adalah:-
1) Kelas asas blog dan penulisan
    Membina blog yang berpengaruh dan menjenamakan tapak hartanah anda di alam maya.
    Tiada asas?. Guru akan tunjukkan caranya.

2) Kelas asas blog dan fan page (bisnes).

    Memulakan perniagaan secara online. Jika tiada produk, kami cadangkan produk yang sesuai.

Jika sudah ada   produk, ketahui cara promosi yang berkesan

Iklankan bisnes anda di www.sohodirectory.blogspot.com. Hubungi penulis untuk pakej dan info.

Hubungi Wani Mohd Nor 
1)SMS/WhatsApp: 0136200432 atau
2)https://www.facebook.com/zahwanimn

Wednesday, September 18, 2013

Pengawet makanan.

Teks: Nurzahwani Mohd Nor
Foto: Google
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika kita biasa melihat dan membaca label makanan, kita akan selalu lihat frasa “ tanpa pengawet tiruan”. Umumnya sudah tentu suka frasa begini. Tiada pengawet tiruan. 

Apa sebenarnya pengawet? Apakah pengawet tiruan dan wujudkah pengawet bukan tiruan a.k.a pengawet semulajadi?.

Apakah pengawet makanan?

Pengawet makanan sebenarnya adalah salah satu daripada bahan tambahan makanan/aditif (additive).
Kementerian Kesihatan Malaysia menggariskan pengawet makanan bermaksud apa sahaja bahan yang ditambah kepada makanan untuk merencat, menyekat dan menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan tetapi tidak termasuk herba, rempah, cuka atau asap kayu. 

Daripada garis panduan di atas, rasanya ia jelas bukan?. Maksudnya herba, rempah, cuka dan asap kayu merupakan bahan yang boleh mengawetkan tetapi ia dikelaskan sebagai pengawet bukan tiruan. Bahan pengawet makanan sintetik bukan sebahagian daripada nutrisi. Manakala bahan pengawet semulajadi mempunyai nilai nutrisi yang boleh dimanfaatkan.

Contohnya, suka tidak anda makan jeruk?. Teringat pula makcik saya yang rajin menjeruk cermai dipetik dari belakang rumah. Bila tiba musim, sampai tak larat nak makan. Dari terbuang, makcik saya menjerukkannya. Bahannya mudah. Gula, dan garam sahaja. Tapi sekarang, jeruk yang dijual ada yang gunakan cuka. Ada juga yang menggunakan madu. Ini semua adalah bentuk pengawetan makanan, menggunakan kaedah dan bahan semulajadi. Cuma kaedah menjeruk ini konsepnya untuk menjadikan makanan lebih berasid, bukan pula menjadikan ia menapai atau mengurai. Contoh lain pengawetan makanan adalah membuat ikan masin, budu, sayur masin, cencaluk dan seangkatan dengannya. Kebanyakannya mengunakan kaedah dan bahan semulajadi. Maksudnya bukan menggunakan bahan sintetik.

Jangan pula mengatakan pengawet ini bahan kimia dan tidak boleh ditambah ke dalam makanan. Garam dari laut semulajadi juga bahan kimia, tapi ia semulajadi. Air dan udara juga adalah komposisi kimia. Jadi jangan pula anggap, asal saja sebutannya adalah melibatkan karbon, oksigen dan hidrogen. Terus kita meloncat dan melenting. Makanan ini disahkan bahaya!. Wow. Keras pula amarannya. Ada pula yang marah mengatakan marjerin=plastik. Tersengih-sengih saya membaca dakwaan itu. Oh My Chemistry Languange???.

Apa contoh pengawet sintetik/tiruan?

Contoh bahan pengawet tiruan yang dibenarkan oleh Peraturan-peraturan makanan 1985 adalah:-
  • Sulfur Dioksida
  • Asid benzoik
  • Asid Sorbik
  • Asid Propionik
  • Unsur garam natrium
  • Unsur garam kalium (nitrat, nitrit)
  • Unsur garam kalsium
  • Klorin dioksida
  • Hidrogen peroksida
Senarai ini adalah pengawet makanan diklasifikasikan sebagai  “pengawet makanan yang dibenarkan”. Tapi pernahkah anda lihat frasa “ mengandungi pengawet makanan tidak dibenarkan”. Lucu jika ada pengeluar makanan guna frasa yang terang-terangan begini kan?. Semuanya mesti letak “mengandungi pengawet makanan yang dibenarkan”, walau pun terdapat pengawet yang tidak dibenarkan.
 
Apa contoh pengawet makanan yang tidak dibenarkan tetapi selalu ada dalam makanan?. Jeng jeng jeng...  Nantikan entri seterusnya. 
----------------------------------------------------
Iklankan bisnes/produk/perkhidmatan di www.sohodirectory.blogspot.my.

Baru mula nak bisnes secara online tak tahu mana nak mula?
Sertai kelas asas secara online untuk Blog dan fan page (bisnes) 

Ada blog tapi  tiada pembaca?.
Belajar Asas penulisan dan blog.

Hubungi saya:-
SMS/WhatsApp 0136200432
E-mel: nurzahwanimohdnor@gmail.com

Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts