Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Monday, January 5, 2015

Cerita Hindustan dan resepi susu badam

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Bismillah. Sudah berada di penghujung kehamilan.  Sudah tak sabar nak tunggu melahirkan.  Mohon semua doakan yang baik-baik untuk penulis ya.


Bila mengandung dan selera sudah ok, makanan yang terlintas di depan mata selalu menjadi igauan.  Satu hari saya tertonton cerita hindustan.  Tak ingat tajuknya apa.  Tapi yang menarik minat saya sebab watak ibu dalam cerita itu gemar dan pandai memasak.  Antara yang dipuji tetamunya adalah susu badam.  Lihat watak cerita tu minum susu badam macam tersangat lazat!.

Kebetulan dan hendak dijadikan cerita, saya terpandang resepi susu badam di muka buku. Eh!. Memang rezeki kan?.  Tapi masa hendak membuatnya macam mampu ke tidak.  Apa-apa pun, saya kongsikan dulu resepi di sini.  Mudah saja sebenarnya.  Jika anda terasa juga kelazatan susu badam yang enak berkrim, silalah cuba ya.

Oh, selain sedap ianya berkhasiat juga.  Termasuklah untuk wanita hamil ya.  Ia kaya dengan protein dan vitamin E. 


Bahan-bahan:


  • 1.5 cawan badam, direndam semalaman untuk memudahkan proses blender dan yang penting membebaskan enzim yang membantu penghadaman. 
  • 3.5 cawan air
  • 3 kurma atau 2-3 sudu besar madu
  • sedikit garam
  • 1 sudu teh vanila jika suka.

Cara-caranya:

Masukkan semua bahan dan blender sehingga hancur.  Tapis ke dalam cawan atau mangkuk. Sejukkan dan sedia diminum. Yummy!.

Selamat mencuba!.




Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Monday, December 15, 2014

Sakit kaki pinggul dan pinggang semasa mengandung

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

"Aduh!. Sakitnya pinggul”. Adu Hana yang sedang hamil apabila bangkit dari baringan.

Hana tergolong dalam 20 peratus wanita hamil yang mengalami sakit pinggul dan belakang ketika hamil. Jika anda membaca artikel ini, besar kemungkinan anda juga berada dalam golongan yang sama.

Hamil dan mengalami ketidak selesaan sememangnya sinonim. Kerana itu, terlalu banyak kelebihan dan ganjaran yang diberikan kepada wanita hamil iaitu bakal ibu. Salah satu masalah kehamilan yang disebut-sebut adalah sakit belakang dan pinggul. Adakah ia perkara normal atau sesuatu yang perlu diberi perhatian serius. Sakit pinggul dan belakang mempunyai dua kemungkinan. Ia mungkin juga sakit girdel pelvis (pelvic girdle pain) atau pun saiatika (sciatica).



Sebenarnya ini keratan penulisan saya di web Oh Ibu.  Saya jemput pembaca membaca artikel saya di sana ya.  Dan sudah tentu artikel-artikel lain di sana.  Banyak info dari ibu kepada ibu.

Klik sini--> http://ohibu.com/sakit-pinggul-dan-belakang-semasa-hamil/

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Saturday, November 29, 2014

Stripwash lampin kain moden

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Bismillah.

Catatan persediaan sebelum kelahiran bayi.  Saya sudah pun mulakan aktiviti mengemaskini barangan bayi terutamanya baju-baju.  Nampaknya baju-baju kakak dan abang masih elok dan boleh dipakai.  Yang penting sangat banyak. 4 kotak baju baru lahir hingga umur 12 bulan.  Saya fikir nak beli baru pun masalah penyimpanan.  Rumah comel kena hadkan barang-barang simpanan.  Jadi saya hanya beli 3 pasang baju baru dan selebihnya guna sahaja baju kakak dan abang yang masih elok.  

Baju-baju sudah mula dibasuh berperingkat.  Almaklum musim hujan kena bijak atur masa.  Kemudian aktiviti kemaskini diteruskan dengan membasuh lampin kain moden.  Lampin ini hasil terkumpul dari anak saya yang pertama.  Bila dilihat semula saya rasa ia penjimatan berbaloi walau pun masa awal membelinya rasa mahal sangat!.  Masa itu harga satu lampin kain masih RM30 dan ke atas.  Pertama kali membeli, mak saya sudah bebel.  Namun, lepas anak ketiga dilihat saya masih lagi menggunakan lampin yang sama, kali ini beliau pula turut seronok dan menyokong.  Siap kata pula sekarang sudah ada saiz dewasa.  Saya pun baru tahu.


Lampin yang sudah lama tersimpan, perlu 'stripwash' untuk menambah keputihan, menghilang bau dan menampakkan kegebuan.  Oleh kerana ada yang mahu saya berkongsi cara saya 'stripwash' lampin kain saya, saya kongsikan di sini.  Sebenarnya, ia pun hasil 'google' juga.

Bahan-bahan yang perlu ada (macam resepi pula)

1. Cuka
2. Soda bikarbonat

Cara-cara

  1. Masak air panas. Tuangkan dalam besen anggaran boleh rendam semua insert
  2. Masukkan secawan cuka.
  3. Masukkan insert dan pastikan ia terendam.  Asingkan 'cover' lampin
  4. Rendam sehingga air suam  
  5. Apabila sudah suam, masukkan cover.  Rendam selama 15-20 minit. Sepatutnya cover tidak boleh dicampur dengan cuka.  Memandangkan cuka sudah dicairkan dan saya mempunyai lampin AI0, saya campurkan semua sekali.  Tapi awas, PUL tidak boleh kena cuka pekat dan air panas untuk menjaga ketahanan PUL cover.
  6. Perah dan bilas
  7. Masuk dalam mesin basuh dan basuh sekali dengan fungsi sekali bilasan pun boleh.
  8. Basuh kali kedua dan masukkan satu sudu besar soda bikarbonat.  Rendam 5-8 jam.  Ini untuk mesin yang ada fungsi rendaman.  Jika tiada, rendamlah di dalam besen.
  9. Basuh dengan mesin dengan fungsi bilasan maksima.  Jika mahu boleh masukkan sabun yang sesuai untuk lampin kain ini. Saya tidak masukkan sabun kerana memadai cuka dan soda bikarbonat untuk hilangkan bau dan warna.
  10. Sidai bawah terik matahari untuk keputihan mengagumkan.
  11. Bila sudah kering lipat dan susun cantik-cantik. Sedia untuk digunakan!.

Ok. Jadi begitulah cara saya 'stripwash' lampin kain saya.  
* gambar setiap langkah tiada pula.  InsyaAllah jika stripwash seterusnya saya update di sini (jika teringat).

 

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan
e-book yang lain.

www.books-etcetera.blogspot.com

Barangan mainan sambil belajar 
untuk si kecil anda. 
Dapatkan di sini
www.pitstopmamadanjunior.blogspot.com
https://www.facebook.com/pitstopmamadanjunior

SweetMuslimah.com

Monday, October 27, 2014

Sudah trimester kedua dan sakit girdel pelvis

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Pejam celik , pejam celik, sudah masuk trimester kedua kehamilan.  Syukur atas nikmat tuhan, kandungan dan ibu sihat dan selamat.  Sakit dan bisa memang peneman. Ingatan dititip di minda tentang kafarah dosa.  Nak banding dengan nikmat yang ada, malu pula mahu lebih-lebih merungut.  Teringat sirah nabi, apabila anaknya mengadu lelah, disyorkan untuk berzikir mudah. Subhanallah, walhamdulillah wala ila ha ill-Allah, Allahuakbar.  

 Kandungan makin memberat dan sudah mula terasa kesan sakit girdel pelvis atau Pelvic Girdle Pain.  Sakit ini memang saya ada alami dari kandungan pertama dan berterusan sehingga kandungan kedua. Namun semasa hamil kali kedua sakitnya kurang sedikit.  Dan kini ia berulang lagi.  

Apa itu SGP?

SGP merupakan sakit yang dirasai di bahagian pinggul, pinggang, belakang dan merayap sehingga ke kaki. Sakitnya menyucuk-nyucuk sehingga menyukarkan pergerakan perubahan posisi.  Jika sudah alami sekali, kemungkinan besar akan berulang lagi. 

Sebenarnya dalam tempoh 4 tahun jarak kehamilan kedua dan yang terkini, SGP saya sudah beransur hilang dan tidak dirasai selepas saya aktif melakukan aerobic dan regangan badan.  Semuanya secara tidak sengaja. Jadi saya kongsikan di sini.  Sebelum itu pelbagai cara saya lakukan termasuklah amalan kalsium namun tidak nampak kesannya.  Selepas lakukan senaman, barulah nampak kesan.  Anda yang mengalami SGP dan sudah bersalin, jika kesan sakit masih terasa, bolehlah mula beraerobic ya.  Saya juga sudah berazam untuk beraerobic selepas bersalin nanti.

Oh, sebut tentang azam, belum terlambat lagi rasanya. Salam Maal Hijrah!.   

Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



SweetMuslimah.com

Monday, September 22, 2014

Hamil dan asid folik: dari bila sampai bila?

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Asid folik dan wanita mengandung memang sinonim. Ia perkara yang biasa kita dengar. Apakah sebenarnya asid folik ini dan fungsinya untuk wanita hamil?. Sebenarnya, asid folik ini merupakan kumpulan vitamin B iaitu B9. Asid folik ini bukan sahaja diperlukan untuk wanita, bahkan juga untuk lelaki. Fungsi asid folik ini adalah untuk membaik pulih dan membina sel baru termasuklah DNA. Memandang kepada fungsinya tadi, sudah pasti keperluan asid folik ini meningkat apabila seseorang wanita hamil.



Asid folik ditekankan untuk wanita hamil untuk membantu pertumbuhan fetus dengan cemerlang. Tujuan utamanya adalah pembangunan sistem saraf dan melindungi daripada kecacatan tiub neural, contoh yang biasa didengari adalah spina bifida. 

Berkongsi pengalaman saya sewaktu membuat pemeriksaan kehamilan dan imbasan bayi dilakukan, doktor menerangkan sambil menunjuk imbasan di skrin, keseluruhan tulang belakang bayi. Ujar doktor berkenaan, apabila tulang belakang tidak bersambung, itu salah satu tanda saraf tunjang tidak tertutup dengan sempurna yang merupakan tanda-tanda kekurangan asid folik. Ia juga disebut sebagai sumbing tulang belakang. Pada masa itu, baru dalam kepala saya nampak kelip-kelip lampu. Barulah saya faham dan menghargai kepentingan asid folik.


Waktu yang penting untuk wanita hamil mengambil asid folik adalah dari hari pertama persenyawaan berlaku hingga anggaran minggu ke-12. Namun, adakah kita sedar bila hari persenyawaan berlaku?. Kebanyakannya akan ragu-ragu. Jadi kepada ibu yang memang merancang untuk hamil, ambillah asid folik apabila anda mula merancang untuk hamil. Namun perlu diingatkan bahawa folik asid bukanlah ubat kesuburan. 


Berapa banyak asid folik yang cukup?.

Jumlah asid folik harian yang diperlukan untuk individu biasanya 0.4 hingga 1mg. Wanita hamil pula

Sebenarnya boleh sahaja dapatkan asid folik dari sumber makanan seperti kekacang, sayuran hijau, buah-buahan, daging merah, kerang, hati, bayam dan banyak lagi. Terdapat juga makanan yang diperkayakan dengan folate seperti biskut dan roti. Pilihan memang ada. Namun, dengan jumlah pengambilan yang terhad, ditambah pula dengan nilai vitamin yang terhapus semasa proses pembersihan, memasak dan sebelum sampai ke dalam mulut, makanan tambahan dalam bentuk pil selalunya menjadi pilihan.

Kena ambil asid folik hingga akhir kandungankah?

Ok. Ini adalah soalahn yang bermain dalam kepala saya. Sebenarnya, macam yang saya tuliskan di atas tadi, asid folik bukan vitamin ibu mengandung. Asid folik diperlukan oleh semua orang. Lelaki, perempuan, kecil, besar, tua, muda. Fungsinya lebih pada baiki sel badan. Jadi, jawapan pada soalan tadi, asid folik memang diperlukan oleh wanita hamil juga, dari mula sampai akhir kandungan. Cuma, kepentingannya sangat runcing waktu awal kandungan hingga minggu ke-12. Selepas dari itu, makanan tambahan asid folik boleh saja dihentikan, dan dapatkan asid folik dari makanan harian seperti kekacang, sayuran hijau, biskut dan lain-lain.

Namun, pengambilan asid folik sehingga akhir kandungan tidak memudaratkan. Seperti Vitamin C yang larut air, vitamin B yang berlebihan akan disingkirkan semasa proses perkumuhan. Jadi, tak perlu risau, kalau dah makan asid folik dari mula sampai akhir mengandung pun tidak jadi hal.

Contoh makanan yang mengandungi asid folik

Ini adalah beberapa senarai yang saya perolehi dari http://www.babycenter.com.my.


Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • bayam, 1 cawan; 
  • kacang bendi, setengah cawan; 
  • asparagus, setengah cawan; 
  • lentil, setengah cawan; 
  • hati, 1 keping; 
  • 11 batang taugeh brussels; 
  • kacang mata hitam, 4 sudu makan; 
  • emping bran, 7 sudu makan; 
  • germa gandum, 25g / 1 aun; 
  • betik sederhana besar. 

Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan:
  • brokoli kukus, 2 pucuk; 
  • buah oren saiz besar; 
  • nasi putih, setengah cawan; 
  • oat, setengah cawan; 
  • kacang merah, setengah cawan; 
  • jagung saiz besar, 1; 
  • biji bunga matahari, 1 aun. 

Perlu diingatkan, asid folik adalah vitamin larut air. Jadi, ia sangat mudah hilang semasa proses lepas tuai hingga sampai ke mulut. Kebanyakan proses ini menggunakan air bukan?. Jadi, bila tiba di rumah, proses bahan dengan sebaik mungkin.

Ok, itu sahaja pesanan dan perkongsian dari saya. Jika ada cadangan, komen dan lain-lain, boleh hubungi saya ya.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Wednesday, September 17, 2014

Pilih yang organik

Teks: Nurzahwani Mohd Nor


Pernah dengar GMO, non GMO, organik dan yang tak organik tak pula orang sebut produk tak organik kan?.

Hari ini mahu ulas tentang gula organik sahaja. Kenapa tiba-tiba timbul perkara ini?. Isu ini bermain dalam fikiran saya selepas baca e-book bersalin alami karya Iryani Ahmad. (Hubungi saya untuk pembelian e-book hebat ini). Antara tips untuk bersalin alami adalah pilih bahan makanan organik supaya semua sistem dalam badan berfungsi pada kadar paling optimum. Ini termasuk gula.

Apa gula organik? 

Mengikut USFDA, produk yang tidak menggunakan langsung bahan kimia dalam penghasilannya dari ladang hingga sampai ke pengguna. Bak kata pensyarah saya, Prof Ramlan, masuk emas keluar emas, masuk hampas keluar juga hampas. Ok. Berhenti sampai situ. Tak mahu ulas lanjut.

Namun, pengertian pengeluaran produk setiap negara, ada bezanya. Tambah lagi yang tidak terpantau pengeluaran produk berkenaan. Jadi, yang berlabel organik, belum tentuk organik sepenuhnya. Kita ada pilihan, kita pilih yang paling minima penggunaan bahan kimia. Kalau tidak, haruslah kena keluarkan produk sendiri. Tanam tebu, mesin sendiri dan keringkan untuk jadi gula, ya tak?.

Ok, gula yang berlabel organik sudah tentu lebih elok dari gula tiada label organik. Label 100% organik lebih elok dari label gula organik sahaja. 

pencarian saya, rupanya gula organik ini mudah saja untuk diperolehi. Pembeli mendapatkan gula organik ini dari pasaraya biasa seperti giant dan cold storage. Berdasarkan carian, hanya satu kedai online saja yang saya jumpa menjual gula organik. Harga gula organik ini sekitar RM4-Rm7. Nampak macam mahal, tapi impak pada kesihatan, masih ada bezanya.

Bercerita berkenaan kesihatan, ada juga pendapat mengatakan, walau ia adalah gula organik, ia tetap gula. Impak penggunaan berlebihan masih lagi serupa. Pilihan yang disyorkan adalah madu. Ada juga yang syorkan stevia. Tapi ada juga individu yang rupanya tidak sesuai dengan stevia. Emak saya contohnya, penghidap asma. Semputnya datang menderu jika mengambil stevia sebagai pemanis. Jadi, cuba-cuba lah dulu sebelum ambil dalam kuantiti yang banyak.

Ok. Nanti sambung lagi. Oh, untuk pengetahuan, di Indonesia, gula organik ini juga disebut sebagai 'gula semut' tau.


Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Friday, September 5, 2014

Scan Bayi di Klinik Mediviron

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Alhamdulillah. Perjalanan di bumi Allah diteruskan. Moga berakhir di Syurga Firdaus. Amin.

Minggu sudah cuti panjang sempena hari kemerdekaan. Sabtu, Ahad dan Isnin. Rancangan telah di atur sekeluarga akan pulang ke kampung selepas suami balik dari Jakarta. Penat atau tak, saya pun tak pasti sebab yang akan memandu suami. Sangkaannya jalan lengang sebab pulang hari Sabtu petang. Mesti ramai dah pulang hari Jumaat lagi sempena cuti panjang. Sangkaan kami meleset. Jalan JEM!.

Tiba di kampung, mula pula rasa senak di perut. Sebenarnya tak tahu nak terangkan rasa sakit macam mana, rasa pedih, senak macam kejang pun ada. Tapi tak pernah pula dengar kejang perut?. Saya buat keputusan, tunggu dua tiga hari mungkin elok. Meleset lagi, hingga sampai semula di rumah, sakit masih terasa. Risaulah pula. Jadi, ambil keputusan untuk ke Klinik. Alang-alang nak ke klinik, saya fikir elok scan dan terus book untuk 'detail scan'.

Nak ke klinik mana? Google kan ado!. Saya mencari Klinik yang dapat menunjukkan gambar scan yang jelas, doktor perempuan yang baik hati dan berdekatan dengan rumah.

Ya, saya jumpa jawapannya di FB 3d/4D SonoWorld. Segalanya mudah di hujung jari. Klinik Mediviron Bukit Mahkota pilihan saya. Beberapa blog juga turut berikan pandangan yang bagus terhadap klinik ini. BLOG+Google memang sangat membantu. Jadi, kawan yang berniaga, jom buat blog. Jika tiada asas, jom daftar kelas blog dengan saya. He,he, he. Sempat iklan kan.

Ok, Selepas buat panggilan pertanyaan ke klinik Mediviron, kami sekeluarga bergegas ke sana. Walaupun tak jauh lebih kurang 15-20 minit sahaja, tapi klinik akan ditutup jam 5, waktu itu sudah jam 3 petang.

Tiba di klinik, nampaknya klinik itu lengang. Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama. Keadaan klinik sangat selesa sampai anak dara saya tegur, "ini rumah ke?".

Tunggu 5 minit saya pun dipanggil untuk berjumpa Dr Hanie. Sungguh bagai di kata, memang Dr Hanie peramah. Pandai ambil hati anak-anak juga. Jadi anak tak takut dan excited tengok gambar adik di skrin. Hasil pemeriksaan dan scan, Dr kata semua normal. Sakit yang terasa mungkin sebab 'muscular cramp'. Bukan sebab cyst atau ketumbuhan yang pelik-pelik. Alhamdulillah. Dr siap bekalkan beberapa keping gambar dan video adik. Mujur ada bawa pen drive.

Ini gambar adik malu tutup muka nampak tangan dan siku :)
Sememangya saya puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Gambar-gambar dan penerangan yang diberi sangat jelas. Pengalaman lepas, bila scan kadangkala tak faham pun gambar dan penerangan yang diberi. Ada pula paparannya kelabu asap atau terlalu kecil sampai tak faham. Di Klinik Mediviron Bukit Mahkota, alhamdulillah, jelas dan terang. Anak-anak pun faham juga penerangan Dr. Ibu-ibu seperti saya yang buat pemeriksaan kehamilan di KK, memang jaranglah klinik nak scan kan?. Bolehlah buat scan di Klinik ini. Boleh juga terus tempah untuk detail scan atau 3d/4d scan di sini. Dr sarankan detail scan pada minggu ke 24, kerana saiz bayi sedang elok untuk diperiksa.

Ini maklumat Klinik Mediviron Bukit Mahkota ya.

No Telefon klinik : 03-89231109 / 019-3254635

No 42, Jalan BM 2/1
Seksyen 2
Bandar Bukit Mahkota
43000 Kajang, Selangor

Consultation hours:
Monday-Saturday : 8am-10pm
Sunday : Close

SCAN KEHAMILAN SAHAJA (RM50.00)


ULTRASOUND 3D / 4D ( RM 90.00 SAHAJA )

Detailed Scan - 18 hingga 28 minggu
3D / 4D Scan - 26 hingga 32 minggu
Optional - CD, Gambar Warna & Ujian Darah Antenatal 

Di harap maklumat dan perkongsian ini membantu ibu-ibu yang sedang mencari.

Hubungi penulis :

✉ Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
☎ Sms@Whatsapp : 0136200432


❧❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❊❧

Salam nutrisi rohani dan jasmani,

Ingin belajar buat blog?

Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.

Kedai Online Penulis

Wednesday, August 27, 2014

Bersalin Alami - ulasan ebook Iryani Ahmad

Teks: Nurzahwani Mohd Nor

Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk membaca dan memberikan ulasan untuk e-book karya Puan Iryani Ahmad, Bersalin Alami. Walau pun tidak pernah bersua muka, berhubung atas talian, membaca karyanya membuat hati dekat dengan penulis. Penulis menulis dari hati dan nampak keikhlasannya untuk berkongsi sesuatu yang ramai wanita mengandung risaukan. BERSALIN.

Saya tidak pernah membaca buku seumpamanya. Kebanyakan buku hamil akan ada sekali bercerita tentang bersalin. Kebanyakan buku akan katakan, bersalin itu sakit dan memberi tanggapan kepada minda saya, ia perkara yang tidak menyeronokkan. Namun, pembacaan e-book bersalin alami menukar persepsi saya. Walau pun ada menerangkan sakit bersalin, tapi isunya ditukar menjadikan kita wanita yang redha dan bersedia untuk bersalin, seolah-olah, ia perkara yang menakutkan tetapi seronok. Seolah-olah orang nak terjun 'bungee'. Takut tapi seronok. Adrenalin rush itu menyeronokkan. Tapi dalam kes bersalin, sudah tentu hormon lain yang membantu.

Asalnya, e-book ini sudah ada dalam simpanan saya. Bila saya tahu saya mengandung, terus saya baca e-book ini. Alhamdulillah. Banyak sungguh tips. Kebetulan, saya turun darah di awal mengandung. Rupanya memang ada tips berkaitan menguatkan rahim. Bagai sudah jodoh dengan e-book ini.

Bacaan yang paling berkesan, sudah tentu perkongsian pengalaman dari wanita-wanita gigih yang bersalin secara alami. Ada pelbagai cara, ada pelbagai pengalaman yang berakhir dengan gembira. Sampaikan terdetik dalam hati saya, "eh, rupanya boleh bersalin macam ini." Punyalah kita dimomokkan dengan prosedur bersalin hospital yang menakutkan, jururawat yang menakutkan. Rupanya kita ada pilihan!. Kita yang bersalin. Kita bukan pesakit yang sakit. Kita hanya mahu melahirkan anak yang insyaAllah sihat. 

Ok. Kesimpulannya, e-book ini sememangnya membuka minda dan saya berpuas hati saya dijodohkan untuk membacanya. Terima kasih tidak terhingga kepada penulis, Puan Iryani Ahmad atas peluang yang diberikan. Terima kasih juga kerana menghasil e-book yang saya tidak sangka wujud.

Kepada anda yang sedang hamil dan merancang untuk hamil, e-book ini untuk anda. Jangan tunggu sehingga trimester ke-3. Bacaan ini seperti asid folik. Perlu dibaca sebelum dan awal kehamilan. 

Dapatkan e-book ini dari saya atau terus kepada penulisnya Puan Iryani Ahmad.





Hubungi penulis :

 Email : nurzahwanimohdnor@gmail.com
 FB : https://www.facebook.com/zahwanimn
 Sms@Whatsapp : 0136200432



Salam nutrisi rohani dan jasmani,


Ingin belajar buat blog?




Panduan untuk mula bisnes dan 
e-book yang lain.
www.books-etcetera.blogspot.com


Dapatkan makanan sunnah, telekung dan pes nasi arab kegemaran ramai
www.az-zahwansouq.blogspot.com



Tumit awak merekah tak? Saya nak kongsi pengalaman...

Assalamualaikum. Hari ini nak cerita tentang tumit merekah. Kisahnya saya bermula dengan produk Shaklee asbab tumit merekah....

Popular Posts